Posts

Showing posts with the label Kontroversi

#KRISIS RUMAHTANGGA ~ Hidup perlu diteruskan - Ziana Zain

Image
Ziana Zain. - Gambar fail  “Sebagai seorang selebriti yang menjadi tatapan umum, kita perlu fokus dalam meneruskan kerjaya. Hidup perlu diteruskan.”   Itu kata-kata yang diucapkan penyanyi popular Ziana Zain sambil menahan sebak ketika sedang membuat persembahan pada majlis Malam Gala Mood Republik 2018 yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam tadi.  Ketika itu, Ziana sedang mempersembahkan lagu hitnya, Puncak Kasih sebelum tiba-tiba mengalirkan air mata dan menghentikan persembahan buat seketika.  Sedar dengan kesedihan dan kemelut rumah tangga yang dihadapi Ziana pada ketika ini membuatkan penonton bersorak tanda memberi sokongan moral terhadapnya.  “Terima kasih, ” ucapnya tatkala peminat melaungkan kata-kata ‘kuatkan semangat’ dan ‘kami sayang Kak Ziana’ .  Ziana bagaimanapun tidak dapat ditemu bual media kerana bergegas pulang sebaik membuat persembahan.  Terdahulu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita suami Ziana, Armin Z...

#PANAS ~ Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Image
Selepas pelancaran penuh kontroversi koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota Kuala Lumpu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa. Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen yang secara jelas ‘memerli’ Hajjah Neelofa yang baru berusia 29 tahun itu.  “Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau.  Apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang ‘makan dalam’! Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.  Beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.  Imam Muda Kata Hukumny...

#HOT ISU ~ Kesalahan Merogol Tiada Pengampunan Mudah Ke Kalau Kes Dah Lama? - Fathia Latiff

Image
Fathia, Kesalahan Merogol Tiada Pengampunan Mudah! KALAU diikutkan, memang seminggu sekali sekurang-kurangnya Fathia Latiff akan menjadi tajuk berita dek kerana kenyataan dungunya di Twitter .  Baru-baru ini, pelakon itu telah memberikan reaksi terhadap satu berita tentang hukuman yang telah dijatuhkan kepada seorang penjenayah.  Seorang penganggur telah dijatuhi hukuman mati dan penjara 18 tahun serta 12 sebatan selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu di Gua Musang, Kelantan.  Berasa seperti adalah satu tanggungjawab sosialnya untuk memberikan komen, Fathia menulis bahawa tidakkah undang undang boleh memberikan peluang kedua kepada individu tersebut sedangkan jenayah itu telah dilakukan lebih 3 tahun dulu. Seperti biasa, para netizen pun berbondong-bondonglah mengecam kenyataan Fathia itu kerana seakan-akan meringankan kesalahan bunuh dan rogol tersebut.  Bagaimanapun, Fa...

#HOT ~ Farid Kamil dakwa dianiaya, tiga rakan artis beri dadah?

Image
PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil mendakwa telah dianiaya oleh tiga rakan artis yang memberinya minuman bercampur dadah sehingga dia hilang kawalan dalam kejadian yang berlaku di Balai Polis Kota Damansara, bulan lalu.  Memetik laporan Malay Mail, tiga artis yang dimaksudkan adalah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.  Selain diberikan minuman yang telah bercampur dengan dadah, Farid juga mendakwa diberikan rokok bersalut dengan cecair yang tidak dikenalpasti sehingga berasa khayal.  Farid juga mendakwa kekerasan dilakukan terhadapnya oleh pihak polis semasa dalam tahanan reman. Farid turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan pada dirinya.  Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya.  Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan Farid telah membuat laporan rasmi.  “Farid membuat la...

#SENSASI ~ Dulu Jakim, Kini JPN Pula ‘Sangkut’ Isu Jantina Sajat

Image
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bakal mengambil tindakan lanjut berhubung aduan yang dikemukakan seorang penulis blog berhubung status jantina sebenar jutawan kosmetik, Nur Sajat.  Memetik sumber, difahamkan langkah itu diambil selepas sebuah rakaman video memaparkan perbualan antara penulis tersebut dengan seorang pegawai JPN menjadi tular di laman sosial pada Isnin.  Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah memberitahu bahawa setiap aduan yang diterima daripada orang awam akan disiasat. Tak Layan Komen Netizen, 'Rahsia' Sajat Kekal Bahagia   Pun begitu, beliau berkata pihak JPN bertanggungjawab untuk memelihara dan menjaga rekod pemilik dokumen pengenalan rakyat negara ini.  “JPN akan menyiasat aduan penulis blog berkenaan, sebagaimana di dalam rakaman itu mengaitkan video Sajat yang tular.  “Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” katanya d...

#GOSIP PANAS ~ “Saya ‘Beauty With Brains’, Jangan Dengki” - Fathia Latiff

Image
AKTRES kontroversi Fathia Latiff nampaknya tidak serik-serik lagi mengeluarkan kenyataan memalukan dirinya sendiri melalui akaun Twitter miliknya.  Isnin lalu, pelakon berusia 30 tahun itu telah memuat naik status berbahasa Inggeris yang berbunyi:  “I’m a beauty with brain. Thats an obvious fact. Don’t be jealous. (Saya cantik dan bijak. Itulah kenyataan. Jangan cemburu.)”  Nur fathia Latiff @fatiyalatiff Im a beauty with brain. Thats an obvious fact. Dont be jealous. 19:26 - 22 Jan 2018 · Paddington, London 433 Replies 968 Retweets  1,401 likes Twitter Ads information and privacy  Seperti biasa, tweet berbaur angkat bakul itu telah mengakibatkan netizen memberikan respon yang sarkastik terhadapnya hinggakan kami yang baca pun rasa nak tercabut jantung!  “@yyun1rahman: You are beauty with brain, its just that most of the time, u didnt use it. (Awak memang bijak dan cantik, cuma kebanyakan masanya awak tak guna otak sangat).”   “@sufiannn: Artis y...

#PANAS ~ Penerbit tak gentar ugutan saman Farid Kamil

Image
Penerbit dan novelis popular tanah air, Siti Rosmizah Semail (gambar) tidak teragak-agak untuk menyaman aktor, Datuk Farid Kamil yang didakwa melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu (LKC) .  Siti Rosmizah mendakwa, sikap tidak berdisiplin aktor terbabit menyebabkan beliau mengalami kerugian ketika menghasilkan drama arahan Jalena Rejab dan Along Kamaluddin itu.  "Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran.  Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.   "Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu.  Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa. "Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya d...

#TEKA-TEKI ~ Farid Kamil Buat Repot Polis...Apa Motifnya?

Image
Jumpa di mahkamah esok - Farid Kamil STATUS yang dikongsi di Instagram Farid Kamil kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.- Foto ihsan @faridkamilz   Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, menyatakan mahu terus memperjuangkan nasib orang yang teraniaya tanpa menyebut individu dimaksudkan.  Pada masa sama, beliau turut berharap masyarakat dapat mendoakan supaya perjalanan hidupnya yang penuh berliku itu mampu ditempuhi dengan penuh kesabaran.  "Assalamualaikum. Terima kasih di atas iringan doa daripada kalian. Semoga Allah SWT akan terus merahmati kita semua. Insya-Allah, dengan kudrat yang masih tinggal, saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang teraniaya.   "Pinta saya supaya kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat ditempuhi. Amin," katanya dalam status yang dikongsi di Instagramnya kira-kira jam 1.40 tengah hari semalam.  Menerusi perkongsian di akaun @faridkamilz yang diikuti 774,000 peminat itu, bel...

#APA DAH JADI? ~ 300 Artis Terpaksa Pinjam Ah Long Akibat Tiada Kerja - SENIMAN

Image
PADAH…. Lebih kurang 300 orang seniman di negara ini dilaporkan terjebak dengan pinjaman secara haram atau juga disebut Ah Long akibat kekurangan tawaran kerja sepanjang tahun lalu.  Menurut portal The Malay Mail Online, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mendedahkan hanya 20 peratus daripada golongan seniman tempatan yang berjaya mendapat tawaran pekerjaan tetap ketika ini.  Bagaimanapun selebihnya berada dalam keadaan kerja yang tidak menentu termasuk kontrak jangka pendek atau separuh masa mengakibatkan mereka terpaksa meminjam duit tunai dengan pihak peminjam wang tanpa permit.  “Apa yang membimbangkan adalah Ah Long tersebut akan menyimpan kad mesin tunai automatik (ATM) mereka. Terdapat satu kes di mana maklumat peribadi seniman terbabit kemudian disalahgunakan oleh Ah Long.”   Tambah Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, Seniman gusar kemungkinan data peribadi dan akaun bank tersebut akan digunakan pula untuk menjalank...

#VIRAL ~ Hot FM mohon maaf isu panggilan hangit

Image
Misi menjelajah satu Semenanjung dengan berbasikal melawat 320 buah masjid.   PIHAK pengurusan Hot FM memohon maaf di atas isu panggilan hangit yang hangat diperkatakan ketika ini.  Dalam satu kenyataan yang dikirimkan, pihak pengurusan memohon maaf kepada semua pendengar Hot FM yang terkesan atas siaran Panggilan Hangit tersebut.  "Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggung mana-mana pihak terbabit.  Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami.   "Sekali lagi, Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pihak yang telah tersinggung mengenai isu ini. Terima kasih," petikan kenyataan tersebut.  Sebelum ini, segmen Panggilan Hangit Hot FM telah membuat panggilan kepada salah seorang pendengar yang ketika ini sedang menjalankan misi menjelajah satu Semenanjung dengan berbasikal melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan.  Untuk itu, pend...

#SENSASI PANAS ~ Video Neelofa Gelek Arab Cetus Sensasi

Image
KUALA LUMPUR- Beberapa video aktres popular dan hos program televisyen Neelofa sedang menari tular di Internet sejak dua tiga hari ini.  Klip-klip pendek yang telah disunting menjadi sebuah video berdurasi beberapa minit itu sudah pun mencecah lebih 300,000 tontonan dan menerima ribuan komen daripada netizen.  Dalam salah satu klip video, selebriti dan usahawan berjaya berusia 28 tahun itu dilihat dibawa masuk ke dalam dewan sambil ditandu ala-ala puteri Arab oleh beberapa orang lelaki.   Neelofa kemudiannya dilihat mempersembahkan gerak tarian yang lincah dan menawan di atas pentas sambil diiringi oleh sekumpulan penari latar.  Ramai yang tak sangka Neelofa boleh menari sebenarnya kerana menganggap karakternya yang kelihatan serius dan tegas. Tapi sekali dia ‘belanja’ skil, fuh gamat dewan dibuatnya!  Video tersebut difahamkan diambil ketika malam gala jenama tudungnya,Naelofar Hijab, yang diadakan Sabtu lalu di Hotel JW Marriot, di sini.  Majlis terseb...

#HOT ~ Rap Aiman Tino Dikritik Damian VE, Fara Hezel Beri Penjelasan Konsep Sebenar

Image
RASANYA nama Aiman Tino tidak perlu diperkenalkan lagi apabila cubaan pertama menerusi lagu Ku Rela Dibenci ‘meletup’ dalam kalangan netizen.  Baru-baru ini, Aiman telah muncul dengan single duet pertama bersama kakaknya, Fara Hezel menerusi lagu Terasa Cinta.  Dengar-dengarnya penyanyi 19 tahun ini menerima kritikan daipada netizen dan juga artis senior dari anggota kumpulan VE, Damian Mikhail.  Khabarnya, Damian menyatakan apa yang dilakukan Aiman itu merupakan satu pencemaran dan penghinaan bagi genre muzik hip-hop. Namun, Aiman tidak kisah dengan kritikan itu sebaliknya menyatakan itu bukanlah cara yang sesuai untuk menegur pendatang baharu sepertinya.  “Saya pendatang baru, hanya mahu mencuba. Sepatutnya sebagai orang lama, Damian ada cara lebih baik untuk mengkritik.   “Kalau cara saya tidak sesuai, boleh sahaja hubungi pengurus atau saya sendiri.   “Saya tidaklah bodoh sangat tak pandai rap, asas itu memang ada. Saya juga pernah menjayaka...

#PANAS ~ Shahir gagal jelaskan sewa kereta mewah?

Image
SEJAK akhir-akhir ini, namanya terus menjadi siulan. Bukan hanya kemunculannya semula dalam arena seni hiburan tempatan, malah namanya ‘panas’ dek kerana kontroversi yang menghambat jejaka ini.  Jika beberapa hari lalu, seorang wanita memuat naik mengenai Shahir yang dikatakan masih berhutang dengannya sejak beberapa tahun lalu, kini seorang lelaki turut memuat naik mesej perbualan antaranya dengan Shahir yang memintanya menjelaskan hutang sewa kereta berjumlah RM24,000.  Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir atau nama sebenarnya Shahir Zawawi terpalit kontroversi terbaru ini apabila dikatakan berhutang kereta mewah yang disewanya sejak lima bulan lalu.  Memetik ruangan komen di laman sosial Facebook pemilik kereta terbabit, rata-rata kenalannya bertanyakan jenis kereta yang disewa Shahir namun enggan didedahkannya.  “Kereta ape tu biarlah rahsia. Tapi kereta mewahla, dia dah sewa lima bulan tapi baru bayar sebulan, so ada lagi RM24,000 dia hutang. Haah nak...

#GOSIP PANAS ~ Mimi @ Mona sudah ada kekasih baru dan desak Shahir AF minta maaf

Image
Shahir AF8. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat   KUALA LUMPUR: Wanita yang dikaitkan dengan Shahir Zawawi, Mona Syamimi Mohd Samsudin, menolak dakwaan penyanyi itu konon apa yang berlaku sebagai usaha mensabotaj periuk nasinya.  Malah, dalam perkembangan terbaru juga, Shahir meluahkan hasrat ingin menarik diri daripada bersaing dalam pentas akhir, AF Megastar , Ahad ini.  Wanita yang mesra disapa Mimi itu sebaliknya hanya meminta Shahir memohon maaf kepadanya secara peribadi atas kenyataan yang didakwa palsu.  Shahir sebelum ini menyifatkan hubungan mereka hanya berpaksikan artis dan peminat. Sedangkan, kata Mimi, hubungan mereka yang sebenar adalah sebagai kawan.  "Untuk apa saya nak sabotaj dia seperti didakwa itu? Saya bukannya artis.  Kalau saya artis barangkali saya ada niat sebegitu. Saya hanya orang biasa.   "Tak perlu untuk dia bersandiwara lagi. Benda sudah terang lagi bersuluh.  Saya hanya mahu dia minta maaf saja kepada saya ker...

#ISU STATUS CERAI ~Saya tidak akan kembali kepada Hafiz: Joy Revfa

Image
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam membuat keputusan lafaz cerai ahli perniagaan, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim terhadap usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Refva pada 12 Januari 2015, adalah sah.  Hakim, Mohd Suhail Mohd Najid membuat keputusan selepas kes disebut kali pertama di hadapannya pada Selasa. Mahkamah mendapati lafaz cerai Mohd Rayus memenuhi rukun dan syarat talak serta Seksyen 57 Enekmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.  Sementara itu, Joy menegaskan tidak akan kembali kepada suaminya, Hafiz Hamidun meskipun mahkamah memutuskan penceraian perkahwinan sebelum ini sebagai sah .  Jelas Joy, dia sudah tawar hati dengan Hafiz yang dianggapnya gagal memainkan peranan sebagai suami.

“Dia Melampau... Saya Dah Tak Tahan” - Luahan Ezlynn Berkaitan Suaminya

Image
Ezlynn berkahwin dengan Adam pada 20 November 2011.  Enam tahun melayari alam rumah tangga dengan pengurus sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 38, Ezlynn mengakui dia berada dalam fasa kehidupan yang pahit.  Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, berkata, dia tidak mampu lagi untuk berselindung demi menjaga maruah suaminya.  "Cukuplah buat saya macam ni, saya simpan rahsia dia sudah lama.  Dulu, jika orang tanya, saya diam dan tidak mahu orang tahu perangai sebenar dia.   "Tapi sekarang dia sudah melampau. Saya sudah tidak tahan lagi, saya harap kes perceraian saya berjalan lancar," luahnya kepada mStar Online .  Ezlynn diminta mengulas tentang status laman sosialnya yang mendedahkan rumahnya dirompak oleh suami sendiri.  Tambah Ezlynn, kejadian berkenaan bukanlah kali pertama dilakukan oleh suaminya itu.  "Ini kali ketiga dia pecah masuk. Dia bukan tidak boleh cakap baik-baik kerana kunci ada pada kakak saya.  "Lagi pula bara...

#VIRAL ~ Eyka Farhana Terkejut Video Lucah Tersebar Dikaitkan Dengannya

Image
PELAKON filem Juvana 2 , Eyka Farhana dikatakan berang apabila namanya dikaitkan dengan sebuah penyebaran video lucah yang viral di laman sosial sejak Julai lepas.  Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mengakui amat terkejut akan kejadian tersebut.  Pelakon ini mula menyedari perkara berkenaan selepas ditanya oleh beberapa orang rakan yang ingin mendapatkan kesahihan mengenai video tersebut.  “Itu bukan saya…Saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.   “Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain.   “Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,” ujarnya memetik mStar Online. Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini. Saya masih waras dan belum lagi 'GILA' untuk m...

#BIOR BETIK ~ Tok Ti Vs DS Najib PRU14 Di Pekan?

Image
Ada khabar angin mengatakan parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mengenal pasti calon untuk berdepan Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Pekan.  Calonnya? Tak lain tak bukan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza binti Tarudin yang merupakan anak jati Pahang.  Setidak-tidaknya begitulah desas-desus yang menarik perhatian sesetangah pihak. BERSATU bagaimanapun menafikan khabar angin itu.  “Berita palsu,” kata Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Dr Rais Hussin melalui pesanan ringkas kepada Malaysiakini.  Beliau berkata demikian sebagai menjawab imej ala poster pilihanraya dengan Siti Nurhaliza sebagai calon BERSATU di parlimen Pekan.  Poster itu disebarkan di laman sosial dan turut dikongsi oleh akaun Facebook pro-BN, Friends of BN.  Sin Chew Daily melaporkan pengurus Siti Nurhaliza enggan mengulas apabila ditanya tentang poster itu. Jika benar terjadi, ia bukan kali pertama penyanyi pop dicalonkan oleh pembangkang untuk bert...

#ISU PANAS ~ Disamakan Seperti Pelacur, Joy Revfa Minta Hentikan Hinaan

Image
Hafiz dan Joy Revfa berkahwin pada 1 Mei lalu.  Isteri penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Siti Arifah Amin atau Joy Revfa meminta orang ramai menghentikan hinaan dan cacian kononnya dia masih isteri orang ketika berkahwin dengan penyanyi itu pada 1 Mei lalu. Joy, 33, berkata, dia yakin perkahwinan yang dibina lebih tiga bulan itu adalah sah di sisi agama dan dirinya telah diabaikan serta digantung tidak bertali sejak 23 Mei lalu. "Selama ini saya diam, saya tidak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara dan turut campur tangan kerana mereka melihat penderitaan dan tangisan saya selama ini.  "Tolong hentikan hinaan dan cacian anda terhadap saya bahawa saya masih isteri orang ketika berkahwin dengan dia (Hafiz). Kepada yang menghina dengan menuduh saya pelacur dan anak saya adalah anak haram, saya maafkan,” ujarnya. Imam Tegur Hafiz Hamidun Lambatkan Faraq Joy menerusi laman Instagram miliknya memberi reaksi kepada kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yan...

#ISU HANGAT ~ Didakwa 'geng kunyit' ini jawapan Hafiz Hamidun...

Image
PENYANYI nasyid Hafiz Hamidun (gambar), menggesa mana-mana pihak yang mendakwa bahawa beliau bukan lelaki sejati dan sukakan kaum sejenis menampilkan bukti berhubung dakwaan itu.  Katanya sekiranya, tiada bukti berhubung dakwaan tersebut, beliau tidak teragak -agak untuk mengambil tindakan undang-undang.  "Tak apalah kalau dia (Joy)...buat kenyataan, dia kena buktikan dan jika berlakunya unsur-unsur yang tidak tepat saya anggap itu fitnah dan pihak peguam saya tak ragu-ragu untuk mengambil tindakan saman," katanya dalam sidang medianya di Damansara hari ini.  Terdahulu, isterinya, Siti Arifah Mohd Amin,30, atau lebih dikenali sebagai Joy Refva mendakwa Hafiz mengaibkan dirinya apabila menjaja cerita ‘dalam kelambu’ mereka kepada orang luar.  Siti Arifah mendakwa, selama ini beliau hanya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga status suaminya sebagai ‘ustaz penyanyi’, tetapi apabila diberitahu dia menjaja cerita dalam kelambu, tiba dia tampil bersuara. ...