#KRISIS RUMAHTANGGA ~ Hidup perlu diteruskan - Ziana Zain

Ziana Zain. - Gambar fail “Sebagai seorang selebriti yang menjadi tatapan umum, kita perlu fokus dalam meneruskan kerjaya. Hidup perlu diteruskan.” Itu kata-kata yang diucapkan penyanyi popular Ziana Zain sambil menahan sebak ketika sedang membuat persembahan pada majlis Malam Gala Mood Republik 2018 yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam tadi. Ketika itu, Ziana sedang mempersembahkan lagu hitnya, Puncak Kasih sebelum tiba-tiba mengalirkan air mata dan menghentikan persembahan buat seketika. Sedar dengan kesedihan dan kemelut rumah tangga yang dihadapi Ziana pada ketika ini membuatkan penonton bersorak tanda memberi sokongan moral terhadapnya. “Terima kasih, ” ucapnya tatkala peminat melaungkan kata-kata ‘kuatkan semangat’ dan ‘kami sayang Kak Ziana’ . Ziana bagaimanapun tidak dapat ditemu bual media kerana bergegas pulang sebaik membuat persembahan. Terdahulu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita suami Ziana, Armin Z...