Posts

Showing posts with the label Justin Bieber

#POPULAR ~ Justin Bieber kumpul 100 juta pengikut di Twitter,kedua selepas Katy Perry

Image
Sebelum ini, Justin juga mengakui dia sudah lama menggunakan Twitter sebagai salah satu cara berhubung dengan peminat dan mempromosikan lagu terbaharu.  PENYANYI Justin Bieber mencipta rekod tersendiri apabila menjadi selebriti kedua yang meraih 100 juta pengikut di akaun Twitter.  Menerusi laporan Daily Mail, Justin merupakan individu kedua mempunyai pengikut teramai selepas penyanyi, Katy Perry menjadi individu pertama meraih 100 juta pengikut pada pertengahan Jun lalu.  Perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak Twitter dalam satu kenyataan dan mengucapkan tahniah diatas pencapaian itu dengan menggunakan hashtag #100MBeliebers selain mewujudkan emoji khas kepada Justin.  Pihak Twitter juga telah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Bieber sejak dia menyertai Twitter pada Mac 2009.  Sebelum ini, Justin juga mengakui dia sudah lama menggunakan Twitter sebagai salah satu cara berhubung dengan peminat dan mempromosikan lagu terbaharu.  Setakat ini, terdap...

#CINTA ARTIS~Selena Gomez Beri Peluang Kedua Buat Justin Bieber

Image
SELENA Gomez dilaporkan masih mencintai bekas kekasihnya Justin Bieber selepas dia dilihat menghadiri konsert penyanyi itu baru-baru ini.  Penyanyi itu mahu memberi peluang kedua kepada Justin untuk memperbaiki hubungan mereka yang putus sebelum ini.  "Dia mahu bersama Justin dan masih sayangkannya," kata sumber seperti dilaporkan Hollywood Life.  Dalam pada itu, sumber itu turut memberitahu, Selena berharap mereka dapat menghabiskan masa bersama bagi memperbaiki hubungan mereka selepas kedua-duanya tamat konsert jelajah.  "Selena tidak akan berkorban demi lelaki dan sehingga sanggup melupakan kariernya dan hanya akan memberi peluang kepada Justin selepas mereka berdua lapang.  "Setakat ini mereka berdua sedang sibuk dengan konsert jelajah masing-masing," katanya.[mStar]

#OVERHEAT~Peminat Teruja Dengan Gambar Bogel Justin Bieber

Image
APA sahaja yang dilakukan oleh Justin Bieber pasti mendapat perhatian peminatnya dari seluruh dunia.  Yang terbaharu, gambar bogel dimuatnaik penyanyi berusia 22 tahun terbabit mendapat jutaan likes daripada pengemar pelantun lagu Love Yourself itu.  Bieber menayangkan fotonya sedang menikmati pemandangan menarik di pantai dalam sesi percutiannya, baru-baru ini.  Ini bukan merupakan kali pertama Bieber bergambar ‘keterlaluan’ untuk tatapan peminatnya yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda.  Sebelum ini, dia pernah bergambar bogel untuk sampul muka hadapan majalah Clash keluaran bulan lalu.  Dalam edisi itu, Bieber berbogel dengan hanya memakai topi sebagai props untuk sesi fotografinya itu. – MYNEWSHUB.CC