#ARTIS HOT ~ Fattah Amin, Fazura popular di carian Google

NAMA pasangan ‘kekasih’ Fattah Amin dan Nur Fazura terus menjadi trending di carian Google. Menerusi bancian di Google Trends , pelayar internet dari Terengganu lebih banyak membaca berita tentang Fattah Amin dan Nur Fazura ini. Sejak digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderalla, pasangan ini terus mencipta fenomena dengan tanda pagar #fattzura di media-media sosial. Tidak hanya pasangan dalam drama, kisah cinta mereka dikatakan terbawa-bawa ke luar. Dari hubungan sebagai kawan, bertukar kepada kawan istimewa dan kini pasangan ini dikatakan sudah mengikat tali pertunangan sehari sebelum kedua-duanya berangkat ke Tanah Suci 15 November lalu. Biarpun masih tiada perkataan keramat ‘ya.. kami sudah bertunang’ daripada kedua-duanya, Fattah Amin dan Nur Fazura terus diburu peminat terutama di media sosial. Setiap ketika, peminat menunggu perkembangan mereka dari masa ke masa.[SH]