Posts

Showing posts with the label Artis Bollywood

#KENANGAN ~ Aktor Bollywood Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Image
Pelakon ikon veteran terkenal Bollywood, Shashi Kapoor, yang pernah muncul dalam 116 judul filem, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 79 tahun di Mumbai.  “Mendiang disahkan meninggal dunia pukul 5.20 petang pada 4 Disember di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani selepas sehari dimasukkan,” dedah Dr. Ram Narain, pengarah eksekutif hospital berkenaan di Versova, Mumbai.  Dalam petikan laporan portal Indian Express , legenda filem Hindi itu yang pernah menjadi produser dan sutradara; dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan pada malam Ahad, bagi menjalani rawatan jangkitan paru-paru.  Aktor tersebut pernah bertarung dengan keadaan serupa pada tahun 2014, selepas menjalani pembedahan pintas.  Shashi Kapoor meninggalkan anak perempuan, Sanjana Kapoor serta dua anak lelakinya iaitu Kunal dan Karan.  Merupakan anak Prithviraj Kapoor dan Ramsarni Kapoor serta adik lelaki bongsu kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, menurut media tempatan, mendiang pertama kali b...

#GILA ~ Ganjaran RM640,000 jika bakar pelakon wanita hidup-hidup

Image
Deepika Padukone  NEW DELHI - INDIA. Kumpulan pelampau menjanjikan ganjaran 10 juta rupee (RM637,145.027) kepada mereka yang berjaya membakar seorang pelakon wanita hidup-hidup.  Menurut laporan Malaysian Digest , kumpulan Akhil Bhartiya Kshatriya Mahasabha (ABKM) mendedahkan ganjaran tersebut dalam satu memorandum kepada majistret daerah mengenai filem 'Padmavati'.   Kumpulan tersebut lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap lakonan Deepika Padukone yang membawa watak seorang ratu Hindu yang jatuh cinta kepada pemimpin beragama Islam, Alauddin Khilji yang dilakonkan oleh Ranveer Singh.  "Deepika patut tahu bagaimana rasanya dibakar hidup-hidup. Dia tidak pernah tahu pengorbanan ratu itu. Sesiapa yang membakarnya hidup-hidup akan diberikan 10 juta rupee," kata pemimpin kumpulan pemuda AKBM, Bhuvneshwar Singh.  Anggota-anggota ABKM juga membuat protes jalan dan membakar ratusan patung pengarah dan pelakon filem berkenaan hujung minggu lalu.  Pe...

#NATCHATHIRA VIZHA 2018 ~ Tiket harga RM10 temui Rajinikanth, Kamal Hassan

Image
DENGAN membeli tiket berharga hanya RM10, orang ramai berpeluang bertemu bintang filem India, Rajinikanth dan Kamal Hassan dalam satu program khas yang menghimpunkan artis-artis terkenal dari negara berkenaan.  Program dikenali sebagai ‘ Natchathira Vizha 2018 ’ itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Jan tahun depan.  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, Shahul Hameed Dawood berkata harga tiket yang rendah antara RM10 dan RM30 itu adalah bagi memberi peluang kepada peminat di negara ini, hadir ke majlis bakal menghimpunkan lebih 300 artis terkemuka dari India Selatan itu melibatkan pelakon, penyanyi dan pengarah muzik filem Tamil, selain penglibatan artis India tempatan.  “Nachathira Vizha 2018 merupakan pesta artis yang menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak oleh artis India serta artis tempatan,” katanya kepada Bernama.  Beliau menjangkakan lebih 30,000 peminat tanah air akan hadir m...

#TERUJA ~ Kajol terkejut dengan peminat Malaysia

Image
Pelakon Bollywood, Kajol (kanan) ketika ke Majlis Promosi Fillem " VIP 2 " di Jalan Masjid India. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM   BAGAI dilanda histeria, begitulah gamatnya suasana di Masjid India malam ini, apabila kelibat Ratu Bollywood, Kajol, 43, tiba di pentas utama kawasan itu sebentar tadi.  Ketibaan Kajol, diiringi dengan jeritan lautan bunyi 'we love you Kajol' oleh para peminatnya yang menantinya sejak petang tadi.  Dalam ucapannya, Kajol berkata, beliau sangat terharu dengan sokongan peminat terhadapnya selama ini.  "Selamat petang, thank you," katanya kepada para peminat yang begitu teruja tatkala beliau mula membuka mulut.  Dalam pada itu, kata Kajol beliau sangat terharu dan tekejut dengan sambutan yang diterimanya hari ini. Pelakon Bollywood, Kajol (kanan) ketika ke Majlis Promosi Fillem " VIP 2 " di Jalan Masjid India.  "Sangat mengujakan, Saya dengan rasa rendah hati menghargai sokongan anda semua,"...

#HOT~Dilwale Dinobat Sebagai Filem Paling Teruk

Image
JIKA di Malaysia, filem Dilwale gandingan bintang Bollywood Shah Rukh Khan dan Kajol tidak putus-putus dipuji, namun lain pula ceritanya di India.  Ini kerana filem ini telah menerima gelaran ‘Filem Paling Te­ruk’ menerusi Anugerah Golden Kela kali ke-8 yang berlangsung pada Ahad lalu. Anugerah Golden Kela ini menyerupai Anugerah Razzie di Hollywood, yang mengumumkan hasil karya dan lakonan paling tidak memberangsangkan di pawa­gam Hindi.  Filem ini dinobatkan gelaran tersebut sekali gus me­ngetepikan empat lagi filem lain yang dicalonkan ­iaitu Bombay Velvet, Shaandaar, Tevar dan Singh is Bling.   Akhbar tempatan sebelum ini pernah melaporkan, filem ini gagal mendapat kutipan pecah panggung di India berbanding negara-negara lain.  Antara faktor Dilwale gagal di pawagam kerana petani di Maharashtra mengambil keputusan memboikot filem tersebut susulan Shah Rukh Khan tidak menghulurkan sebarang bantuan kewangan sewaktu mereka melalui musim kemarau yang teruk. ...