Posts

Showing posts with the label Luar Negara

#SPEKULASI ~ Lindsay Lohan Bakal Lancar Jenama Hijab

Image
PELAKON bermasalah yang pernah digelar “wild child” Hollywood satu ketika dahulu, Lindsay Lohan, dikatakan bakal mengeluarkan jenama hijabnya sendiri dalam masa terdekat ini.  Spekulasi mengenai kerjaya baru Lohan ini mula bertebaran apabila dia memuat naik gambarnya berselendang dengan memaparkan matanya beserta kapsyen, “Jenama fesyen terbaru akan datang.”   Para peminat mula ‘naik syeikh’ dan mengandaikan selendang yang dipakai Lohan itu merupakan salah satu daripada koleksi hijab yang bakal diperkenalkan olehnya nanti.  Tidak kurang juga ada peminat Muslim Lohan yang gembira pelakon seksi itu mula kerap dilihat mendekatkan diri dengan gaya hidup Islamik seperti memakai tudung dan membaca al-Quran.  Bulan lalu, Lohan mendakwa dia telah dilayan dengan buruk di Lapangan Terbang Heathrow,London hanya kerana memakai hijab di tempat awam.  “Semasa saya mahu terbang ke New York baru-baru ini, saya memakai hijab dan telah ditahan di lapangan terbang dan melalu...

#WOW ~ Pelakon Filipina dikatakan wanita paling cantik di dunia

Image
Liza Soberano. - Foto sumber Google  PELAKON drama Filipina Kapamilya, Liza Soberano menduduki tempat teratas dalam senarai wanita dengan wajah tercantik 2017.  Senarai tersebut, 'The 100 Most Beautiful Faces 2017' yang didedahkan oleh Independent Critics yang diketuai pengkritik filem TC Candler mengatakan Soberano mengalahkan lebih 90,000 pelakon dan selebriti wanita lain di seluruh dunia.  Penghormatan kepada Soberano tersebut juga adalah yang pertama diterima oleh seorang warga Filipina semenjak senarai tersebut mula dihasilkan pada 1990.  Pada 2016, Soberano menduduki tempat kedua di belakang pelakon dan model Britain, Jourdan Dunn dan menduduki tempat keenam pada 2015.  Antara individu lain yang termasuk dalam senarai wanita tercantik 2017 adalah Thylane Blondeau (Perancis) dan Emma Watson (Britain)  TC Candler berkata, senarai yang dihasilkan Independent Critics 'bukan satu pertandingan mengenai populariti'.  Selain itu, senarai berkenaan jug...

#BUNUH DIRI ~ Ahli Grup SHINee, Jonghyun ditemui mati

Image
AHLI grup SHINee , Jonghyun ditemui mati di kediamannya yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul jam 6.30 petang tadi waktu tempatan lapor Channel News Asia.  Pihak berkuasa mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak berkuasa di dalam sebuah bilik bersama arang batu yang terbakar, satu kaedah bunuh diri biasa di sana.  "Pada jam 4.42 petang tadi, kakak Jonghyun melaporkan bahawa adiknya akan membunuh diri, kami segera ke kediamannya dan mendapati dia telah melakukan percubaan tersebut menggunakan briket arang.  "Kami segera memberikan bantuan kecemasan dan membawanya ke Hospital Universiti Konkuk kerana dia menunjukkan simptom serangan jantung," katanya.  Sebab kematian adalah kerana keracunan karbon monoksida.

#KENANGAN ~ Aktor Bollywood Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Image
Pelakon ikon veteran terkenal Bollywood, Shashi Kapoor, yang pernah muncul dalam 116 judul filem, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 79 tahun di Mumbai.  “Mendiang disahkan meninggal dunia pukul 5.20 petang pada 4 Disember di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani selepas sehari dimasukkan,” dedah Dr. Ram Narain, pengarah eksekutif hospital berkenaan di Versova, Mumbai.  Dalam petikan laporan portal Indian Express , legenda filem Hindi itu yang pernah menjadi produser dan sutradara; dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan pada malam Ahad, bagi menjalani rawatan jangkitan paru-paru.  Aktor tersebut pernah bertarung dengan keadaan serupa pada tahun 2014, selepas menjalani pembedahan pintas.  Shashi Kapoor meninggalkan anak perempuan, Sanjana Kapoor serta dua anak lelakinya iaitu Kunal dan Karan.  Merupakan anak Prithviraj Kapoor dan Ramsarni Kapoor serta adik lelaki bongsu kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, menurut media tempatan, mendiang pertama kali b...

#PENGABDI SETAN ~ 'Pelakon' terlebih ketika rakam babak di kubur

Image
SEJAK awal pembikinan semula filem ini, ia sudah mendapat perhatian peminat genre seram bukan sahaja di Indonesia, bahkan di negara serantau lain seperti Malaysia dan Singapura.  Mengekalkan judul sama dari filem asalnya, Pengabdi Setan arahan Joko Anwar mendapat respons yang cukup positif di Indonesia semenjak mula ditayangkan 28 September lalu.  Kini filem berkenaan bakal ditayangkan di Malaysia bermula 23 November ini. Penulis yang berkesempatan menonton filem ini lebih awal tidak dapat menafikan Pengabdi Setan mengundang debaran tersendiri sejak lima minit filem ini bermula.  Tidak hanya menonton, penulis bersama teman media lain juga berkesempatan menemu bual Joko dan dua pelakon filem ini, Tara Basro dan Dimas Aditya yang turut hadir mempromosikan Pengabdi Setan di Malaysia.  Akui Joko, lokasi rumah yang digunakan di dalam filem ini merupakan rumah yang sudah ditinggalkan sejak 20 tahun lalu dan dibina pada zaman British lagi.  "Selepas berbulan-bulan m...

#BIOR BETIK ~ Pelakon popular teruk 'dibelasah' pengasas Alibaba,Jack Ma

Image
Foto sumber Business Insider  PENGASAS platform e-dagang Alibaba , Jack Ma kini digelar seorang selebriti pula apabila muncul di layar perak.  Jack yang merupakan individu terkaya di China memuat naik sebuah filem pendek yang dilakonkan beliau, Sabtu lalu, lapor Business Insider .  Dalam filem berdurasi 20 minit itu, Jack membawa watak ahli kungfu yang menumpaskan seorang demi seorang seterunya. Foto sumber Business Insider  Antara selebriti yang berlakon bersama Jack adalah pakar pertahanan diri, Wu Jing, pakar sumo Asashoryu Akinori, dan bintang filem aksi, Jacky Heu.  Selain itu, Jet Li dan Donnie Yen juga teruk dibelasah Jack dalam filem tersebut.  Filem diberi tajuk 'Gongshoudao' itu menampilkan Jack mempertahankan dirinya menggunakan seni mempertahankan diri tradisional Cina, Tai Chi. Foto sumber Business Insider  Lebih menarik, pada akhir filem, selebriti dan pelakon dari Hollywood, Jason Statham dan petinju profesional Filipina, Mannya Pacqu...

#HEBAT ~ Mr Bean bakal timang anak di usia 62 tahun

Image
PELAKON yang popular dengan watak Mr Bean, Rowan Atkinson bakal bergelar bapa di usia 62 tahun, lapor mirror.co.uk   Komedian itu dan pasangannya, Louise Ford, 33, kini sedang menanti kelahiran anak pertama mereka itu.  Ini merupakan cahayamata ketiga Atkinson yang sebelum ini mempunyai dua anak berusia 23 tahun dan 21 tahun iaitu Ben dan Lily dalam perkahwinan terdahulunya bersama Sunetra Sastry.  Pasangan tersebut bertemu semasa berlakon bersama pada 2012 dan mula bercinta setelah Atkinson berpisah dengan isterinya pada 2014.

#TERKINI ~ Manohara semakin langsing selepas lama menyepi

Image
NAMA Manohara Odelia Pinot pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu apabila kisah perkahwinannya dengan Tengku Muhammad Fakhry Petra menjadi perbualan hangat.  Selepas pulang ke negara kelahirannya, Manohara pernah terbabit dengan sebuah filem yang menceritakan kisah peribadinya pada tahun 2009.  Selepas itu, Manohara mula menyepi dan hanya sesekali muncul di khalayak.  Kini, Manohara, 25, merupakan salah seorang bintang Indonesia yang mengalami transformasi penampilan secara positif.  Penampilannya tampak begitu langsing bak seorang model dan begitu berbeza dari masa awal-awal namanya menjadi sebutan.  Tidak ada diet spesifik, namun menurut Kapanlagi.com.  Manohara hanya mengamalkan senaman dan hanya memakan sayur untuk memastikan tubuhnya langsing. - www.kapanlagi.com

#NATCHATHIRA VIZHA 2018 ~ Tiket harga RM10 temui Rajinikanth, Kamal Hassan

Image
DENGAN membeli tiket berharga hanya RM10, orang ramai berpeluang bertemu bintang filem India, Rajinikanth dan Kamal Hassan dalam satu program khas yang menghimpunkan artis-artis terkenal dari negara berkenaan.  Program dikenali sebagai ‘ Natchathira Vizha 2018 ’ itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Jan tahun depan.  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, Shahul Hameed Dawood berkata harga tiket yang rendah antara RM10 dan RM30 itu adalah bagi memberi peluang kepada peminat di negara ini, hadir ke majlis bakal menghimpunkan lebih 300 artis terkemuka dari India Selatan itu melibatkan pelakon, penyanyi dan pengarah muzik filem Tamil, selain penglibatan artis India tempatan.  “Nachathira Vizha 2018 merupakan pesta artis yang menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak oleh artis India serta artis tempatan,” katanya kepada Bernama.  Beliau menjangkakan lebih 30,000 peminat tanah air akan hadir m...

#LENSA KAMERA ~ Perkembangan kehidupan terkini anak Michael Jackson

Image
PARIS dan Prince Jackson sudah menempuhi banyak perkara di usia yang sangat muda namun mereka berdua kekal menyokong antara satu sama lain.  Sudah berada di lensa kamera sejak bayi lagi, mereka berterusan diburu paparazi berikutan mempunyai seorang ayah yang dikatakan lagenda pop dalam industri hiburan.  Baru-baru ini, anak kepada penyanyi pop popular, Michael Jackson ini kelihatan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka hujung minggu lalu lapor E News!  Prince memuat naik satu gambar bersama kakaknya ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu mereka,Siggy Jackson iaitu anak kepada salah seorang ahli Jackson Five, Jackie Jackson. "Satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada perkahwinan Siggy Jackson, bersama kakak saya, Paris," tulis remaja berusia 20 tahun itu.  Majlis tersebut diadakan di Jackson Estate, Encino Calif Ahad lalu.  Ternyata hubungan kedua-dua beradik itu akrab apabila Prince sebelum ini turut memuat naik gambarnya bersama Paris men...

#BERANI MATI ~ Aktres Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda

Image
SEORANG aktres dari Jerman, Manoush, yang berusia 45 tahun, sanggup membahayakan nyawanya sendiri dengan menyuntik bakteria berusia 3.5 juta tahun yang ditemui di Siberia, semata-mata mahu kelihatan muda.  Manoush, telah menyuntik ekstrak Bacillus F ke dalam darahnya sejak tiga bulan lalu dan mendakwa bakteria itu menjadikan wajahnya kelihatan muda.  Bakteria berkenaan ditemui oleh saintis di barat laut Rusia pada 2009.   Bacilus F tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan dan dikatakan jawapan untuk meningkatkan kesihatan dan umur manusia.  Sampel mengandungi ekstrak berkenaan telah diberikan kepada Manoush oleh doktor Anatoli Brouchkov, iaitu ketua Jabatan Geocryology di Moscow State University. Suntikan bakteria itu merupakan kaedah terbaru yang digunakan oleh Manoush untuk kelihatan muda selepas menjalani pelbagai pembedahan plastik sejak 20 tahun lalu.  “Kulit saya lembut seperti bayi. Anda tidak boleh melihatnya dalam gambar tetapi jika anda melihat saya an...

#WOW ~ 'One step closer to happiness' - Bella

Image
ANTARA gambar yang dimuatnaik Bella ke akaun Instagramnya. FOTO Instagram Laudya Cynthia Bella  PERKAHWINAN pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dipercayai kian hampir.  Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella dilaporkan mengadakan majlis khatam al-Quran di kediamannya di kawasan Pasar Minggu, Jakarta Selatan, Ahad lalu.  Namun majlis yang diadakan secara tertutup membabitkan keluarga Bella hanya dikongsikan di laman Instagram milik Bella, semalam.  "One step closer to happiness.   "Ini part of the best moment in my life, proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan takdir.   "Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati. Terima kasih ya Allah," tulis Bella sambil meletakkan hashtag #BAE.   Menerusi satu lagi gambar dimuat naik, Bella turut...

#POPULAR ~ Justin Bieber kumpul 100 juta pengikut di Twitter,kedua selepas Katy Perry

Image
Sebelum ini, Justin juga mengakui dia sudah lama menggunakan Twitter sebagai salah satu cara berhubung dengan peminat dan mempromosikan lagu terbaharu.  PENYANYI Justin Bieber mencipta rekod tersendiri apabila menjadi selebriti kedua yang meraih 100 juta pengikut di akaun Twitter.  Menerusi laporan Daily Mail, Justin merupakan individu kedua mempunyai pengikut teramai selepas penyanyi, Katy Perry menjadi individu pertama meraih 100 juta pengikut pada pertengahan Jun lalu.  Perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak Twitter dalam satu kenyataan dan mengucapkan tahniah diatas pencapaian itu dengan menggunakan hashtag #100MBeliebers selain mewujudkan emoji khas kepada Justin.  Pihak Twitter juga telah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Bieber sejak dia menyertai Twitter pada Mac 2009.  Sebelum ini, Justin juga mengakui dia sudah lama menggunakan Twitter sebagai salah satu cara berhubung dengan peminat dan mempromosikan lagu terbaharu.  Setakat ini, terdap...

#BRUCE LEE ~ Jaguh seni bela diri yang tak pandai berenang

Image
Siapa yang tidak kenal dengan bintang seni bela diri ini? Jika anda tak kenal, anda mungkin tinggal di bawah tempurung atau di dalam gua! Bruce Lee, atau nama sebenarnya, Lee Jun-Fan, merupakan seorang ahli seni bela diri, pelakon, ahli falsafah, penerbit filem, dan juga pengasas seni bela diri Jeet Kune Do .  Walaupun ramai yang kenal akan beliau ini, namun ramai juga yang tidak mengetahui fakta pelik mengenai bintang kelahiran San Francisco, California ini. Kami ingin berkongsi dengan anda 18 fakta pelik mengenai Bruce Lee.  1. Mempunyai darah kacukan Jerman Datuk Bruce adalah 100% Jerman! Disebabkan Bruce mempunyai status bukan Cina asli, ia telah membuatkan beliau tidak diterima untuk belajar di kebanyakan sekolah Kung Fu pada tahun 50-an, dan membuatkan pilihannya sangat terhad. Tapi bagus juga, kalau tak mesti Bruce Lee tak dapat peluang belajar Wing Chun daripada Ip Man dan William Cheung.  2. Seorang pemandu yang teruk  Ramai rakan-rakan Bruce dari Amerika t...

#JACKIE CHAN ~ Pelakon Lagenda Seni Bela Diri Yang Tidak Tahu Membaca Dan Menulis

Image
Tak perlu nak kenalkan lagi siapa Jackie Chan. Semua orang mengenali lagenda seni bela diri dan pelakon hebat dan tangkas ini. Walaupun bertubuh kecil, ia bukanlah penghalang kepada Jackie Chan untuk berjaya dalam industri lakonan sehingga menembusi Hollywood. Beliau yang tak boleh membaca, adalah contoh kepada masyarakat bahawa usaha dan kegigihan mampu membuahkan kejayaan. Jackie Chan dilahirkan pada 7 April 1954 di Hong Kong kepada bapanya Charles dan ibunya Lee-lee Chan. Ketika dilahirkan, bapanya yang tak mampu membayar kos pembedahan terpaksa meminjam daripada rakan, dan menolak tawaran doktor untuk mengambil Jackie Chan sebagai bayaran. Bapanya merupakan seorang tukang masak di kedutaan Perancis di Hong Kong manakala ibunya seorang pembantu rumah. Semasa zaman kanak-kanaknya, kehidupan Jackie Chan dihimpit kemiskinan yang sangat teruk. Bapa beliau akan mengejutkan awal pagi dan mereka akan berlatih kung fu bersama-sama. Charles percaya dengan belajar kung fu, ia akan membantu...

#WOW HEBAT ~ Princess Syahrini Dan Queen DSV Bakal Bergabung Satu Konsert

Image
USAHAWAN produk kecantikan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mempunyai berita baik buat peminat!  Vida memasang hasrat untuk bekerjasama dengan artis sensasi dari Indonesia, Syahrini.  Untuk makluman, Syahrini baru sahaja mengadakan persembahan di Konsert Nova 2017 yang berlangsung pada 5 Ogos lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.  Namun ramai teruja dengan kisah aktres cantik ini apabila berjaya meraih tumpuan netizen dengan perkongsian gaya hidup mewahnya. Justeru Vida dilaporkan berasa amat teruja berikutan dapat bertemu dengan Syahrini ketika konsert tersebut dan baru-baru ini kedua-dua diva ini bercadang untuk mengadakan konsert duet.  Konsert tersebut bakal diadakan di Istana Budaya. Kenyataan itu diakui oleh Syahrini sendiri di mana dia akan datang ke Malaysia sekali lagi untuk mengadakan konsert duet bersama pengasas kosmetik itu.  “Kepada semua peminat Dato Seri Vida, aku akan datang sekali ke Kua...

#FILEM BARU ~ Sinopsis Film Annabelle: Creation (2017)

Image
Sinopsis Film Annabelle: Creation (2017)   Anda penggemar Film Horror?  Annabelle: Creation (2017) akan kembali hadir dengan cerita yang tentu saja lebih menarik. Filem ini diarahkan oleh David F. Sandberg , dan diterajui oleh para pelakon seperti: Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia, Talitha Bateman . Akan rilis (global) di bioskop mulai tanggal 11 Agustus 2017, dan di bawah ini adalah sinopsisnya: Cerita pada filem ini berfokus pada seorang pembuat boneka dan istrinya. Beberapa tahun setelah kematian putri mereka yang tragis, maka mereka memutuskan untuk membuka kembali rumahnya agar ditempati (secara tertutup) oleh seorang biarawati dan beberapa gadis dari panti asuhan. Tak lama kemudian, mereka menjadi incaran boneka misterius ciptaannya yang bernama Annabelle.   Film Annabelle: Creation (2017)  Credit: LOVEHEAVEN-07

#KENANGAN ~ ‘Kehidupan dongeng kami bertukar tragedi’ - Isteri Vokalis Linkin Park

Image
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat satu dunia bersedih dengan kematian mengejut vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington, individu paling terasa kehilangannya tentu sekali isterinya, Talinda, lapor Huffington Post.  Seminggu selepas kematian suaminya, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi kesedihannya bersama umum.  “Seminggu yang lalu, saya kehilangan orang tersayang dan anak-anak saya kehilangan hero dan ayah mereka. Kami mempunyai kehidupan dongeng yang kemudiannya bertukar menjadi tragedi drama Shakespeare.   “Bagaimana saya mahu meneruskan kehidupan?  Macam mana ingin menyembuhkan luka di hati saya?  “Hanya satu jawapan yang saya tahu iaitu membesarkan anak-anak kami dengan segala kasih-sayang yang masih ada dalam diri,” katanya.  Bennington yang ditemui mati di rumahnya di Los Angeles meninggalkan seorang isteri dan enam anak.  Talinda berkata, dia berasa bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada ...

#TERUJA ~ Kajol terkejut dengan peminat Malaysia

Image
Pelakon Bollywood, Kajol (kanan) ketika ke Majlis Promosi Fillem " VIP 2 " di Jalan Masjid India. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM   BAGAI dilanda histeria, begitulah gamatnya suasana di Masjid India malam ini, apabila kelibat Ratu Bollywood, Kajol, 43, tiba di pentas utama kawasan itu sebentar tadi.  Ketibaan Kajol, diiringi dengan jeritan lautan bunyi 'we love you Kajol' oleh para peminatnya yang menantinya sejak petang tadi.  Dalam ucapannya, Kajol berkata, beliau sangat terharu dengan sokongan peminat terhadapnya selama ini.  "Selamat petang, thank you," katanya kepada para peminat yang begitu teruja tatkala beliau mula membuka mulut.  Dalam pada itu, kata Kajol beliau sangat terharu dan tekejut dengan sambutan yang diterimanya hari ini. Pelakon Bollywood, Kajol (kanan) ketika ke Majlis Promosi Fillem " VIP 2 " di Jalan Masjid India.  "Sangat mengujakan, Saya dengan rasa rendah hati menghargai sokongan anda semua,"...

#VIDEO ~ ‘Gangnam Style’ Oleh PSY Tidak Lagi Nombor 1 Kini 'See You Again'

Image
VIDEO muzik ‘Gangnam Style’ yang mencetuskan kegilaan menari di peringkat global dan tular hingga hampir ‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak ditonton.  Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again’ , persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.  Pencapaian ‘Gangnam Style’ , yang mengisahkan kehidupan penduduk daerah Gangnam di Korea Selatan turut mengejutkan penyanyinya, PSY yang sebelum itu tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan.  Video itu menjadi yang pertama mencecah 1 bilion tontonan di YouTube sehingga menyebabkan jurutera laman berkenaan bertungkus-lumus membuat perubahan apabila ia mencapai 2.1 bilion tontonan.  Lewat kelmarin, ‘Gangnam Style’ yang ditonton sebanyak 2.895 bilion kali di YouTube, jatuh ke tempat kedua, di bawah ‘See You Again’ . – Reuters/myMetro Online