Posts

Showing posts with the label AF Megastar

#FINAL ~ Idayu Juara Megastar AF

Image
Idayu muncul juara AF Megastar melalui lagu My All dan Amylea Azizan. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  SEPERTI dijangka, Idayu muncul juara program realiti AF Megastar sekali gus menyandang gelaran Megastar pada konsert akhir di Royal Theatre, Shah Alam, malam tadi.  Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang.  Pada konsert akhir itu, semua peserta diberi dua tugasan iaitu menyampaikan lagu penyanyi lain dan lagu baru masing-masing.  Idayu tampil dengan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baru, Selamanya ciptaan Amylea Azizan. Juara menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  Idayu menganggap kemenangannya adalah sesuatu yang berbaloi sepanjang penantiannya.  “Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong sepanjang 12 tahun saya berjuang dalam industri muzik,” katanya.  Selain itu, di konsert akhir berkenaan, ...

#AF Megastar ~ 8 bekas juara AF berentap bersama peserta lain

Image
ANTARA bekas juara Akademi Fantasia terdiri dari Zahid, Shahir, Mila dan Faizal.. - Foto NSTP   KUALA LUMPUR: Hanya lapan bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu bakal menyertai program realiti terbaru terbitan Astro, AF Megastar.   Rancangan yang akan memulakan siarannya pada September ini menampilkan 24 peserta daripada 13 musim program berkenaan.  Menurut sumber, bekas juara yang bakal bersaing kembali ialah Zahid (AF2), Faizal (AF4), Milla (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016).  Enam belas peserta lain ialah Rosma (AF1), Anding (AF2), Adam (AF2), Bob (AF2), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).  "Semua peserta berkenaan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama, manakala bakinya bakal menjayakan persembahan pada...