#HOT~Isteri Izzue Islam Nafi Sudah Berbadan Dua

Izzue Islam dan Awin anggap pertanyaan tentang anak satu doa buat mereka. PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Izzue Islam, iaitu Awin menafikan dirinya sudah berbadan dua seperti diperkatakan oleh pengikut Instagram menerusi beberapa foto yang dimuat naik baru-baru ini. Bagaimanapun, Awin atau nama sebenarnya, Nurinafilah Waharudin, 34, berkata, dia tidak berkecil hati dengan pertanyaan-pertanyaan berkaitan cahaya mata dan menganggap ia sebagai doa buat mereka. "Tidaklah, setakat ini belum ada rezeki lagi untuk dikurniakan cahaya mata. Mereka saja usik-usik dan saya tidak terasa hati pun. "Memang ramai yang bertanya mungkin kerana baju saya besar waktu itu, saya anggap ia seperti satu doa buat kami, mana tahu satu hari nanti Allah akan makbulkan," ujarnya kepada mStar Online. Awin berkata demikian kepada mStar Online ketika diminta mengulas beberapa fotonya bersama suami dalam satu majlis baru-baru ini yang mendapat perhatian pengikut laman sosial y...