Posts

Showing posts with the label Neelofa

#PANAS ~ Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Image
Selepas pelancaran penuh kontroversi koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota Kuala Lumpu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa. Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen yang secara jelas ‘memerli’ Hajjah Neelofa yang baru berusia 29 tahun itu.  “Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau.  Apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang ‘makan dalam’! Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.  Beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.  Imam Muda Kata Hukumny...

#SENSASI PANAS ~ Video Neelofa Gelek Arab Cetus Sensasi

Image
KUALA LUMPUR- Beberapa video aktres popular dan hos program televisyen Neelofa sedang menari tular di Internet sejak dua tiga hari ini.  Klip-klip pendek yang telah disunting menjadi sebuah video berdurasi beberapa minit itu sudah pun mencecah lebih 300,000 tontonan dan menerima ribuan komen daripada netizen.  Dalam salah satu klip video, selebriti dan usahawan berjaya berusia 28 tahun itu dilihat dibawa masuk ke dalam dewan sambil ditandu ala-ala puteri Arab oleh beberapa orang lelaki.   Neelofa kemudiannya dilihat mempersembahkan gerak tarian yang lincah dan menawan di atas pentas sambil diiringi oleh sekumpulan penari latar.  Ramai yang tak sangka Neelofa boleh menari sebenarnya kerana menganggap karakternya yang kelihatan serius dan tegas. Tapi sekali dia ‘belanja’ skil, fuh gamat dewan dibuatnya!  Video tersebut difahamkan diambil ketika malam gala jenama tudungnya,Naelofar Hijab, yang diadakan Sabtu lalu di Hotel JW Marriot, di sini.  Majlis terseb...

#ARTIS HOT ~ Fattah Amin, Fazura popular di carian Google

Image
NAMA pasangan ‘kekasih’ Fattah Amin dan Nur Fazura terus menjadi trending di carian Google.  Menerusi bancian di Google Trends , pelayar internet dari Terengganu lebih banyak membaca berita tentang Fattah Amin dan Nur Fazura ini.  Sejak digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderalla, pasangan ini terus mencipta fenomena dengan tanda pagar #fattzura di media-media sosial. Tidak hanya pasangan dalam drama, kisah cinta mereka dikatakan terbawa-bawa ke luar.  Dari hubungan sebagai kawan, bertukar kepada kawan istimewa dan kini pasangan ini dikatakan sudah mengikat tali pertunangan sehari sebelum kedua-duanya berangkat ke Tanah Suci 15 November lalu.  Biarpun masih tiada perkataan keramat ‘ya.. kami sudah bertunang’ daripada kedua-duanya, Fattah Amin dan Nur Fazura terus diburu peminat terutama di media sosial.  Setiap ketika, peminat menunggu perkembangan mereka dari masa ke masa.[SH]

#SEIRAS ~ Kembar Neelofa Pula Ditemui

Image
Hawa kelihatan seperti Neelofa.   FAKTA mengatakan bahawa dalam dunia ini ada tujuh orang mempunyai muka serta paras muka yang sama.  Terdahulu seorang doktor bernama Afiq menarik perhatian apabila wajahnya dikatakan seiras dengan pelakon Redza Rosli.  Manakala, bulan lalu pula menjadi trending di media sosial apabila penyampai berita Nasional 8, Normazalina dikatakan kembar penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza. ARTIKEL BERKAITAN: #BIOR BETIK ~ DATUK SITI NURHALIZA MENJADI PEMBACA BERITA RTM?  Antara komen daripada netizen yang mengatakan Hawa kembar Neelofa.   Baru-baru ini muncul pula seorang gadis di Instagram yang mempunyai raut wajah seakan-akan pelakon dan pengacara Neelofa.  Wanita tersebut bernama Hawa Rizwana dan dia mempunyai lebih 9,000 pengikut di Instagram.  Memang tidak dinafikan jika dilihat fotonya daripada bahagian tepi memang kelihatan seperti Neelofa.  Bagaimanapun kalau lihat daripada bahagian hadapan, tidak terdapa...