#HOT~Dazrin Belum Sedia Bercinta Selepas Putus Tunang Amyra Rosli
Dazrin yakin sudah mampu kawal emosi. PETALING JAYA: Pelakon Dazrin Kamarudin memberitahu hatinya masih belum terbuka untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita selepas kegagalan pertunangannya dengan aktres Amyra Rosli. Dazrin, 28, berkata, keadaan emosi yang baharu sahaja pulih selepas majlis pernikahan dengan pelakon itu dibatalkan kira-kira lebih setahun lalu membuatkan dia sendiri belum bersedia mencari pengganti. "Selepas kegagalan hubungan dahulu hati saya belum terbuka lagi, pernah juga mencuba untuk mengenali wanita lain tetapi entah mengapa tidak menjadi.| "Nantilah jika sudah benar-benar stabil dan kerjaya saya sudah kembali seperti dahulu mungkin saya lebih yakin untuk jaga anak orang," ujarnya kepada mStar Online. Dazrin yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Amyra Rosli pada 8 Ogos 2014 terpaksa membatalkan hasrat berkenaan pada saat-saat akhir kerana masalah yang dirahsiakan. Saat-saat indah Dazrin dan Amyr...