Posts

Showing posts with the label Kematian

#KENANGAN ~ ‘Kehidupan dongeng kami bertukar tragedi’ - Isteri Vokalis Linkin Park

Image
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat satu dunia bersedih dengan kematian mengejut vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington, individu paling terasa kehilangannya tentu sekali isterinya, Talinda, lapor Huffington Post.  Seminggu selepas kematian suaminya, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi kesedihannya bersama umum.  “Seminggu yang lalu, saya kehilangan orang tersayang dan anak-anak saya kehilangan hero dan ayah mereka. Kami mempunyai kehidupan dongeng yang kemudiannya bertukar menjadi tragedi drama Shakespeare.   “Bagaimana saya mahu meneruskan kehidupan?  Macam mana ingin menyembuhkan luka di hati saya?  “Hanya satu jawapan yang saya tahu iaitu membesarkan anak-anak kami dengan segala kasih-sayang yang masih ada dalam diri,” katanya.  Bennington yang ditemui mati di rumahnya di Los Angeles meninggalkan seorang isteri dan enam anak.  Talinda berkata, dia berasa bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada ...