#ISU HANGAT ~ Didakwa 'geng kunyit' ini jawapan Hafiz Hamidun...
PENYANYI nasyid Hafiz Hamidun (gambar), menggesa mana-mana pihak yang mendakwa bahawa beliau bukan lelaki sejati dan sukakan kaum sejenis menampilkan bukti berhubung dakwaan itu. Katanya sekiranya, tiada bukti berhubung dakwaan tersebut, beliau tidak teragak -agak untuk mengambil tindakan undang-undang. "Tak apalah kalau dia (Joy)...buat kenyataan, dia kena buktikan dan jika berlakunya unsur-unsur yang tidak tepat saya anggap itu fitnah dan pihak peguam saya tak ragu-ragu untuk mengambil tindakan saman," katanya dalam sidang medianya di Damansara hari ini. Terdahulu, isterinya, Siti Arifah Mohd Amin,30, atau lebih dikenali sebagai Joy Refva mendakwa Hafiz mengaibkan dirinya apabila menjaja cerita ‘dalam kelambu’ mereka kepada orang luar. Siti Arifah mendakwa, selama ini beliau hanya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga status suaminya sebagai ‘ustaz penyanyi’, tetapi apabila diberitahu dia menjaja cerita dalam kelambu, tiba dia tampil bersuara. ...