Posts

Showing posts with the label Hiburan

#AF Megastar ~ 8 bekas juara AF berentap bersama peserta lain

Image
ANTARA bekas juara Akademi Fantasia terdiri dari Zahid, Shahir, Mila dan Faizal.. - Foto NSTP   KUALA LUMPUR: Hanya lapan bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu bakal menyertai program realiti terbaru terbitan Astro, AF Megastar.   Rancangan yang akan memulakan siarannya pada September ini menampilkan 24 peserta daripada 13 musim program berkenaan.  Menurut sumber, bekas juara yang bakal bersaing kembali ialah Zahid (AF2), Faizal (AF4), Milla (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016).  Enam belas peserta lain ialah Rosma (AF1), Anding (AF2), Adam (AF2), Bob (AF2), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).  "Semua peserta berkenaan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama, manakala bakinya bakal menjayakan persembahan pada...

#FILEM BARU ~ Sinopsis Film Annabelle: Creation (2017)

Image
Sinopsis Film Annabelle: Creation (2017)   Anda penggemar Film Horror?  Annabelle: Creation (2017) akan kembali hadir dengan cerita yang tentu saja lebih menarik. Filem ini diarahkan oleh David F. Sandberg , dan diterajui oleh para pelakon seperti: Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia, Talitha Bateman . Akan rilis (global) di bioskop mulai tanggal 11 Agustus 2017, dan di bawah ini adalah sinopsisnya: Cerita pada filem ini berfokus pada seorang pembuat boneka dan istrinya. Beberapa tahun setelah kematian putri mereka yang tragis, maka mereka memutuskan untuk membuka kembali rumahnya agar ditempati (secara tertutup) oleh seorang biarawati dan beberapa gadis dari panti asuhan. Tak lama kemudian, mereka menjadi incaran boneka misterius ciptaannya yang bernama Annabelle.   Film Annabelle: Creation (2017)  Credit: LOVEHEAVEN-07

#TAHNIAH ~ Syamsul Yusof Menang Pengarah Terbaik FFAP

Image
PENGARAH filem pecah panggung Munafik , Syamsul Yusof mengangkat nama negara apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.  Syamsul menerusi laman Instagramnya menzahirkan perasaan syukur di atas penganugerahan tersebut. “Nikmat itu dari Allah. Hakikatnya apa yang ada hanyalah pinjaman. Secebis bakat dan ilham dari Tuhan pada kita sekecil-kecil hambaNya,” tulis suami Puteri Sarah Liyana ini.  Kemenangan itu menjadikan Syamsul pengarah kedua Malaysia bergelar Pengarah Terbaik Asia Pasifik selepas Allahyarham Yasmin Ahmad mencipta sejarah sama tujuh tahun lalu.  Yasmin menerima pengiktirafan sama pada 2010 menerusi filem Mualaf lakonan Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha.  Selain kemenangan Syamsul, filem Ola Bola turut mengharumkan nama negara apabila membawa pulang trofi Suntingan Terbaik.  FFAP dianjurkan Federation of Motion Picture in Asia Pacific (FFAP) sejak 1...

#SYIOK TV ~ Afdlin Shauki dan AC Mizal tubuh stesen TV sendiri bukan kerana kecewa

Image
BAGAIKAN mimpi, tapi itulah yang akan menjadi kenyataan apabila gandingan Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal bakal muncul dengan stesen televisyen sendiri iaitu Syiok TV .  Bakal bersiaran pada penghujung tahun ini, Syiok TV mempunyai tiga saluran dengan konsep berbeza iaitu komedi, pelbagai dan inspirasi.  Selaku pengasas, dua sahabat baik ini begitu optimis stesen televisyen ini akan dapat membantu golongan artis dalam industri seni hiburan tempatan.  "Kita tahu, ramai artis yang mempunyai idea bernas. Apabila ia disampaikan ke stesen TV yang akhirnya diangkat hingga berjaya, hak harta intelek (IP) yang bukan lagi milik artis.  "Karya mereka dibayar secara terus dan artis tidak boleh guna lagi. Kami tidak seperti penyanyi yang mendapat royalti apabila lagu diputarkan," katanya pada sidang media khas semalam di Restoran Comedy Planet, miliknya.  Menurut Afdlin lagi, kerana sayangkan karya itu, Afdlin bersama AC menubuhkan stesen TV ini.  "Niat kami untuk me...