#MASIH BERBISA~Mustar Juara 'Kilauan Emas Otai', Bawa Pulang RM150,000

KUALA LUMPUR: Peserta dari Selangor iaitu Mustaffa Rasyid Abd Jabar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan Kilauan Emas Otai yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Rabu. Ia adalah kemenangan kedua Mustaffa atau lebih mesra dengan sapaan Mustar, 47, selepas menjuarai Kilauan Emas musim kelima tahun lalu. Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 berserta trofi. Pada peringkat akhir itu, Mustar menyanyikan dua buah lagu berjudul Kini Hatiku Telah Tertawan dan Menunggu Nasi Minyak duet bersama Asmidar. Mustar ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan berkenaan namun menganggap ia sebagai rezeki anak-anaknya. "Menang kalah itu adat pertandingan dan saya hanya memfokuskan kepada memberikan persembahan terbaik kepada penonton. "Alhamdulillah saya memang tidak menyangka akan menang namun saya anggap ia adalah rezeki anak-anak," ujarnya. T...