Posts

Showing posts with the label Pertandingan

#TAHNIAH ~ Aishah dinobatkan juara Gegar Vaganza Musim Ke-4

Image
Penyanyi Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4).   PENYANYI Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang dipancarkan secara langsung dari Pinewood, Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru malam tadi.  Aishah tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu All By Myself nyanyian asal Celine Dion menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Liza Hanim, Hazami, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.  Kehebatan vokal penyanyi yang pernah muncul menerusi kumpulan Aishah & The Fan Club ini sememangnya tidak boleh dinafikan apatah lagi dengan penghayatan hebat yang diberikan menerusi persembahannya untuk segmen solo sehingga mendapat standing ovation daripada juri tetap Hety Koes Endang.  Kemenangan ini sekaligus melayakkan Aishah membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar membeli belah bernilai RM6,000 ...

#FINAL ~ Idayu Juara Megastar AF

Image
Idayu muncul juara AF Megastar melalui lagu My All dan Amylea Azizan. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  SEPERTI dijangka, Idayu muncul juara program realiti AF Megastar sekali gus menyandang gelaran Megastar pada konsert akhir di Royal Theatre, Shah Alam, malam tadi.  Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang.  Pada konsert akhir itu, semua peserta diberi dua tugasan iaitu menyampaikan lagu penyanyi lain dan lagu baru masing-masing.  Idayu tampil dengan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baru, Selamanya ciptaan Amylea Azizan. Juara menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  Idayu menganggap kemenangannya adalah sesuatu yang berbaloi sepanjang penantiannya.  “Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong sepanjang 12 tahun saya berjuang dalam industri muzik,” katanya.  Selain itu, di konsert akhir berkenaan, ...

#GOSIP PANAS ~ Shahir AF Dan Erra Fazira Bakal Disatukan Tahun Depan?

Image
SETELAH tiga tahun menjalinkan percintaan secara senyap-senyap, kini Shahir Zawawi dikatakan bakal menyunting pelakon, Erra Fazira selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan.  Shahir, 29, telah menegaskan bahawa hanya Erra yang bertakhta di hatinya dan tiada wanita lain yang dapat merampas tempat wanita itu di dalam hidupnya. Bekas juara program Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang mempersiapkan diri untuk berentap dalam konsert akhir AF Megastar , Ahad ini.  Selepas ada gosip liar yang mengatakan kononnya dia bermain kayu tiga dengan pramugari yang dikenali sebagai Mona Syamim, Shahir kini lebih berani tampil dengan kebenaran mengenai isu itu. “Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati.  Tiada wanita lain selain dirinya.   “Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan.  Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yan...

#TAHNIAH ~ Aishah Akui Kahwin Lagi Lepas 3 Kali Bercerai

Image
RASANYA nama penyanyi lagu Janji Manismu seakan-akan ‘hilang’ daripada industri hiburan tanah air buat beberapa ketika.  Namun, baru-baru ini nama Aishah kembali disebut-sebut apabila membuat kejutan menjadi antara 12 peserta program Gegar Vaganza musim keempat yang akan bermula pada 29 Oktober ini.  Dalam pada itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengakui sudah mendirikan rumah tangga pada tahun ini selepas berpisah dengan suami ketiganya pada 2011 yang lalu.  Biarpun begitu, penyanyi ini enggan memberi ulasan lanjut mengenai perkahwinan terbarunya itu.  “Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya dipetik laporan mStar Online.  Mengenai program pertandingan realiti yang disertainya itu, Aishah menyatakan dia mendapat sokongan dan galakan daripada suaminya sendiri. Bagaimanapun, penyanyi ini mengharapkan tiada pihak yang mencampur aduk kerjaya seninya dengan penglibatannya dalam bidang p...

#PERTAMA KALI ~ Amy Mastura Gementar Sertai Super Spontan Superstar

Image
PROGRAM Super Spontan Superstar 2017 bakal membuka tirainya pada esok hari. Untuk musim kali ini ia menampilkan ramai pelawak tanah air yang bakal beraksi.  Nama Amy Mastura antara peserta yang akan berentap dalam program lawak santai ini. Dia yang dijangka menyertai kumpulan King Musang mengakui berasa risau dan gementar untuk membuat persembahan.  “Secara jujurnya saya memang rasa kurang yakin dengan diri saya sendiri, rasa gementar apabila memikirkan persembahan yang akan dilakukan nanti.   “Bukan apa, saya jenis yang ‘blur’ dan perkara yang menjadi kerisauan utama adalah jika saya lambat tangkap atau mahir dengan permainan yang diberikan,” katanya dipetik laporan Astro Gempak. #AMY Mastura #KingMusang mau serang! #SuperSpontanSuperstar 2017 .Mulai 8.9.2017 setiap jumaat jam 10 malam. Astro Warna & Warna HD. @amymasturalerr A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on Sep 5, 2017 at 9:01pm PDT Mana taknya, program lawak seperti ini merupakan program pertama ...

#AF Megastar ~ 8 bekas juara AF berentap bersama peserta lain

Image
ANTARA bekas juara Akademi Fantasia terdiri dari Zahid, Shahir, Mila dan Faizal.. - Foto NSTP   KUALA LUMPUR: Hanya lapan bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu bakal menyertai program realiti terbaru terbitan Astro, AF Megastar.   Rancangan yang akan memulakan siarannya pada September ini menampilkan 24 peserta daripada 13 musim program berkenaan.  Menurut sumber, bekas juara yang bakal bersaing kembali ialah Zahid (AF2), Faizal (AF4), Milla (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016).  Enam belas peserta lain ialah Rosma (AF1), Anding (AF2), Adam (AF2), Bob (AF2), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).  "Semua peserta berkenaan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama, manakala bakinya bakal menjayakan persembahan pada...

#MASIH BERBISA~Mustar Juara 'Kilauan Emas Otai', Bawa Pulang RM150,000

Image
KUALA LUMPUR: Peserta dari Selangor iaitu Mustaffa Rasyid Abd Jabar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan Kilauan Emas Otai yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Rabu.  Ia adalah kemenangan kedua Mustaffa atau lebih mesra dengan sapaan Mustar, 47, selepas menjuarai Kilauan Emas musim kelima tahun lalu.  Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 berserta trofi.  Pada peringkat akhir itu, Mustar menyanyikan dua buah lagu berjudul Kini Hatiku Telah Tertawan dan Menunggu Nasi Minyak duet bersama Asmidar.  Mustar ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan berkenaan namun menganggap ia sebagai rezeki anak-anaknya.  "Menang kalah itu adat pertandingan dan saya hanya memfokuskan kepada memberikan persembahan terbaik kepada penonton.  "Alhamdulillah saya memang tidak menyangka akan menang namun saya anggap ia adalah rezeki anak-anak," ujarnya.  T...

#KELAKAR~Finalis APO2016: Amran Fans Teringin Naik Pentas

Image
PETALING JAYA: Selebriti media sosial, Amran Fans berharap peminat dan ‘pembencinya’ di media sosial dapat merealisasikan impiannya untuk ‘beraksi’ di pentas berprestij Anugerah Pilihan Online (APO2016) pada hujung bulan ini.  Menurut Amran yang mempunyai hampir sejuta pengikut di Facebook, dia sudah lama mengidamkan peluang untuk mengulangi kejayaannya selepas yang terakhir ketika memenangi acara lumba lari di sekolah.  “Bagilah peluang untuk Amran menang (APO2016). Dulu kecil-kecil dekat sekolah Amran pernah menang lumba lari 100 meter saja.  "Dapat pingat emas celup. Itu pun sebab kawan Amran lupa bawa bekal air untuk dia minum, habis dia semput,” katanya kepada mStar Online. Beberapa gambar 'Amran' menggunakan teknik superimpose. -Foto Facebook Amran Fans  Tambah Amran yang identitinya masih menjadi rahsia itu lagi, dia amat memerlukan undi orang ramai bagi melayakkannya menang dalam kategori Selebriti Media Sosial Pilihan Online.  “Anda semua tak kesian de...