Posts

Showing posts with the label Erra Fazira

#GOSIP PANAS ~ Shahir AF Dan Erra Fazira Bakal Disatukan Tahun Depan?

Image
SETELAH tiga tahun menjalinkan percintaan secara senyap-senyap, kini Shahir Zawawi dikatakan bakal menyunting pelakon, Erra Fazira selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan.  Shahir, 29, telah menegaskan bahawa hanya Erra yang bertakhta di hatinya dan tiada wanita lain yang dapat merampas tempat wanita itu di dalam hidupnya. Bekas juara program Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang mempersiapkan diri untuk berentap dalam konsert akhir AF Megastar , Ahad ini.  Selepas ada gosip liar yang mengatakan kononnya dia bermain kayu tiga dengan pramugari yang dikenali sebagai Mona Syamim, Shahir kini lebih berani tampil dengan kebenaran mengenai isu itu. “Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati.  Tiada wanita lain selain dirinya.   “Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan.  Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yan...

#SYUKUR ~ Erra Fazira berlapang dada dan gembira anak dapat menerima ibu tiri

Image
Erra akui anaknya gembira dengan kehadiran ibu tiri. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI PELAKON popular Erra Fazira meluahkan rasa gembira apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal berkahwin dengan pelakon Laudya Cynthia Bella.  Erra, 42, berkata dia bersyukur dan berlapang dada apabila Emran kali pertama memperkenalkan calon isteri yang juga bakal ibu kepada anak mereka Engku Aleesya.  "Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya.   "Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut," katanya kepada Harian Metro.  Erra yang juga pelakon filem Sembilu memberitahu anaknya gembira dengan kehadiran bakal ibu tirinya itu.  "Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella. "Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingg...