Posts

Showing posts with the label Aizat Amdan

#HITS ~ Lagu ‘Jangan Menangis’ Buat Ramai Orang Menangis

Image
JANGAN menangis, ini semua ketentuanNya.. Itu adalah bait-bait lirik lagu yang berjudul Jangan Menangis nyanyian Aizat Amdan. Lagu yang dicipta bersama Faizal Tahir ini rupanya tersimpan 1001 kisah di dalamnya.  Terdahulu, Aizat mengakui ada cerita lain di sebalik lagu ini. Lagu ini sebagai hint kepada ibunya bahawa dia bakal berpindah keluar dari rumah keluarganya di Ampang.  Naskhah Jangan Menangis ini juga hasil ilham dan pengalaman Aizat dan Faizal Tahir yang sama-sama menyertai ekspedisi 1Moment4Them empat tahun lalu.  Sesiapa yang memang mengikuti karya daripada kedua-dua penyanyi popular ini pasti tahu setiap lagu yang dihasilkan bermakna dan sedikit sebanyak memberi impak kepada pendengar seperti lagu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir.  Kebanyakan netizen turut mengakui lagu yang baru dikeluarkan lima bulan ini sangat menyentuh hati dan deep sekali .  Mereka juga turut mengatakan pasti akan menangis setiap kali mendengar lagu istimewa ini, berb...