#WOWWW ~ 'Pok Ya Cong Codei lebih popular dari Fattah Amin'
Sabri Yunus tak sangka, gembira Pok Ya jadi bualan ramai. SEJAK ditayangkan pada 20 Januari lalu, telefilem Pok Ya Cong Codei kini menjadi viral di media sosial. Ceritanya mengenai seorang samseng yang sudah berumur dari Kelantan ditugaskan mencari seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur. Di dalam pencarian itulah bermulanya pelbagai kisah-kisah lucu yang berlaku. Antaranya adalah nama Cong Codei sendiri yang sebenarnya merujuk kepada sebuah hotel di Kuala Lumpur iaitu 'Concorde'. "Sebenarnya Cong Codei ini asalnya terjadi pada tahun 70-an, ada yang tersalah cakap dan dah tersebar. "Jadi bila adik ipar saya ceritakan balik saya rasa boleh gunakan dan jadikan ia satu cerita," ujar Sabri ketika dihubungi Sinar Harian. Sementara Pok Ya itu pula adalah watak rekaan namun sifat-sifatnya adalah dari watak-watak yang benar. "Pok Ya ini 'gedebe' iaitu seorang yang garang, tidak boleh ditegur namun turut mempunyai hati yang baik, seo...