Posts

Showing posts with the label Populariti

#POPULAR ~ Sabri Yunus Kini Jadi Sebutan Kerana Pok Ya Cong Codei

Image
NAMANYA sebelum ini mungkin hanya dikenali sebagai pelakon dalam drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu mahupun tukang karut menerusi rancangan Karoot Komedia X. Namun siapa sangka dengan hanya satu telefilem, nama Sabri Yunus kini telah menjadi sebutan di bibir netizen kerana wataknya menerusi telefilem bertajuk Pok Ya Cong Codei.  Menurut Sabri Yunus, 57, pada mulanya dia tidak mahu mempopularkan watak Pok Ya yang diciptakannya. Sabri yang turut merupakan pengarah dan pelakon itu sama sekali tidak menyangka bahawa telefilem Pok Ya Cong Codei telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sejak ianya mula ditayangkan pada 20 Januari lalu. Setelah melibatkan diri di dalam telefilem berkenaan, jadual hariannya semakin padat bagi mempromosikan setelah ianya disiarkan menerusi siaran Astro Mustika dan Citra.  Penerimaan terhadap telefilem itu bertambah hangat apabila watak itu turut menjadi sebutan oleh penonton dari luar negara.  “Saya tidak terfikir sambutan ya...

#HEBAT ~ Lagu I Am Me, DSV Kini Ke Peringkat Antarabangsa?

Image
MEMANG tular di media sosial apabila lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida yang hangat tiba-tiba popular sehingga dijadikan bahan parodi oleh ramai netizen tempatan.  Kini, ada yang cuba membuat ‘ajuk’ dengan lebih dahsyat lagi sehingga ke peringkat antarabangsa. World tu, bukan lagi peringkat kebangsaan, rantau Asia tenggara atau benua Asia!  Fuhhh…sampai ke peringkat antarabangsa tu…  Baru-baru ini terdapat netizen membuat parodi gabungan antara program pencarian bakat yang popular, Britain’s Got Talent dengan memasukkan selingan persembahan Vida. Menerusi video berdurasi kurang daripada empat minit tersebut, ia memaparkan para panel juri begitu ‘asyik’ menari dan penonton pula bertepuk tangan sambil berdiri.  Ia kononnya Mat Saleh dan Minah Saleh itu begitu berpuas hati dengan ‘persembahan’ pengasas kosmetik tempatan tersebut yang mungkin lain daripada lain!  Walaupun video ini hanyalah suntingan semata namun sehingga kini ia telah mendapat lebih daripada 3...

#POPULAR ~ Walaupun dikutuk, video DS Vida melebihi 2 juta kali ditonton

Image
SEJAK lagu I Am Me dilancarkan seminggu lalu, ia terus mendapat perhatian ramai.  Terkini, lagu nyanyian Datuk Seri Vida itu sudah ditonton lebih dua juta pelayar.  Datuk Seri Vida menerusi Instagramnya berterima kasih dan menghargai sokongan terhadap lagu nyanyiannya itu.  “Terima kasih atas sokongan sayang-sayang. “Siapa yang dok kutuk-kutuk fasal lagu ni, saya kirim salam Miewwww... Aummm..,” katanya.  Lagu tersebut kini terus trending biarpun sudah 11 hari dilancarkan.  Lagu I Am Me adalah ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim dan lirik ditulis sendiri Datuk Seri Vida.  Manakala video klipnya mendapat sentuhan Yusry Abdul Halim.  Tidak hanya itu, lagu I Am Me turut menjadi perhatian ramai apabila diparodikan dengan pelbagai gaya dan cara.  Terdahulu, penyanyi Faizal Tahir memuat naik sekeping foto dengan kapsyen ‘tahniah Datuk Seri Vida, lagu anda telah berjaya di peringkat antarabangsa apabila berjaya menarik perhatian 'orang Arab'. ...