Posts

Showing posts with the label Jackie Chan

#JACKIE CHAN ~ Pelakon Lagenda Seni Bela Diri Yang Tidak Tahu Membaca Dan Menulis

Image
Tak perlu nak kenalkan lagi siapa Jackie Chan. Semua orang mengenali lagenda seni bela diri dan pelakon hebat dan tangkas ini. Walaupun bertubuh kecil, ia bukanlah penghalang kepada Jackie Chan untuk berjaya dalam industri lakonan sehingga menembusi Hollywood. Beliau yang tak boleh membaca, adalah contoh kepada masyarakat bahawa usaha dan kegigihan mampu membuahkan kejayaan. Jackie Chan dilahirkan pada 7 April 1954 di Hong Kong kepada bapanya Charles dan ibunya Lee-lee Chan. Ketika dilahirkan, bapanya yang tak mampu membayar kos pembedahan terpaksa meminjam daripada rakan, dan menolak tawaran doktor untuk mengambil Jackie Chan sebagai bayaran. Bapanya merupakan seorang tukang masak di kedutaan Perancis di Hong Kong manakala ibunya seorang pembantu rumah. Semasa zaman kanak-kanaknya, kehidupan Jackie Chan dihimpit kemiskinan yang sangat teruk. Bapa beliau akan mengejutkan awal pagi dan mereka akan berlatih kung fu bersama-sama. Charles percaya dengan belajar kung fu, ia akan membantu...

#GEMPAR~Jackie Chan letupkan bas berhampiran Parlimen Britain

Image
Letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, London.   LONDON-BRITAIN. Penduduk dan pelancong di London kelmarin dikejutkan dengan letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, hanya beberapa meter dari bangunan Parlimen Britain.  Memetik laporan Mirror.Uk melaporkan kejadian yang berlaku pada 11.30 pagi itu bagaimanapun cuma untuk satu babak filem terbaru pelakon terkenal, Jackie Chan bertajuk The Foreigner.   Namun, terdapat penduduk London yang merasakan babak letupan bas itu kurang sensitif memandangkan sejarah 13 orang terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu pada 7 Julai 2005.  Babak di jambatan Lambeth itu tidak dimaklumkan kepada semua penduduk berhampiran menyebabkan ada yang terkejut apabila mendengar letupan tersebut.  Penduduk yang terkejut dengan kejadian itu membanjiri media sosial dengan meluahkan kemarahan terhadap kru penggambaran filem kerana tidak membuat pengumuman awal.  "Saya mahu tahu siapa yang ...