#SEIRAS ~ Kembar Neelofa Pula Ditemui
Hawa kelihatan seperti Neelofa. FAKTA mengatakan bahawa dalam dunia ini ada tujuh orang mempunyai muka serta paras muka yang sama. Terdahulu seorang doktor bernama Afiq menarik perhatian apabila wajahnya dikatakan seiras dengan pelakon Redza Rosli. Manakala, bulan lalu pula menjadi trending di media sosial apabila penyampai berita Nasional 8, Normazalina dikatakan kembar penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza. ARTIKEL BERKAITAN: #BIOR BETIK ~ DATUK SITI NURHALIZA MENJADI PEMBACA BERITA RTM? Antara komen daripada netizen yang mengatakan Hawa kembar Neelofa. Baru-baru ini muncul pula seorang gadis di Instagram yang mempunyai raut wajah seakan-akan pelakon dan pengacara Neelofa. Wanita tersebut bernama Hawa Rizwana dan dia mempunyai lebih 9,000 pengikut di Instagram. Memang tidak dinafikan jika dilihat fotonya daripada bahagian tepi memang kelihatan seperti Neelofa. Bagaimanapun kalau lihat daripada bahagian hadapan, tidak terdapa...