#OFFER ~ Wany Hasrita Minta Jumpa Ibunya Kepada Lelaki Yang Mahu 'Tackle' Beliau
NAMA, Wany Hasrita mungkin tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni tanah air. Penyanyi kelahiran FMC Music ini berjaya memukau perhatian orang ramai dengan single bertajuk Menahan Rindu. Dalam pada meraih popularity sebagai penyanyi, siapa sangka anak jati kelahiran Selangor ini sering ‘disakat’ dan ‘diusik’ ramai jejaka di luar sana. Aii dik? Dah ada yang usik-usik tu, mungkin ada antaranya yang betul-betul nak menyunting… Hehehe… Sering dihujani dengan pick up line, pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini berharap jejaka yang menaruh hati padanya agar bersikap lebih serius. Menurut sumber, penyanyi ini yang juga merupakan salah seorang finalist Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) berharap agar mana-mana individu yang berkenaan diharap terus berjumpa sendiri dengan ibunya, Norita Jaafar. Tambahan pula, pada usianya yang kini sudah 25 tahun boleh dikatakan sudah cukup sesuai untuk berumah tangga. “Ramai saja yang memberi kata p...