#PENGAKUAN ~ Saya memang gedik: DSV

“SAYA memang tidak boleh dipisahkan daripada aksi gedik, itulah diri saya yang sebenar, I am me , saya tidak boleh nak berpura-pura. Demikian pengakuan jujur pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. Jutawan kosmetik itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu manipulasi individu tertentu di media sosial mencetuskan kontroversi semata-mata untuk meraih perhatian netizen. “Video saya kebanyakannya tak ada lah dikritik netizen sangat pun, kecuali aksi gedik saya. Tapi gedik dan saya tidak boleh dipisahkan, itulah saya, it’s me, I am me . Saya bukan acah-acah gedik untuk lariskan produk, dah saya memang macam tu,” katanya kepada Sinar Harian. Penyanyi I Am Me itu, bagaimanapun mahu warga netizen yang mengkritik dirinya kerana didakwa menunjuk-nunjuk di laman sosial supaya melihatnya dari segi positif. “Mereka banyak cakap fasal saya selalu ‘show off’ pame...