#TAHNIAH ~ Hamil Anak Kembar, Zizie Ezette Tak Rancang Keluarga

BAGI sesetengah pasangan suami isteri, mereka pasti merancang untuk mendapatkan anak kembar. Namun tidak bagi pelakon Zizie Ezette Abdul Samad dan suami, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin. Zizie, 39, memberitahu bahawa kehamilannya untuk kali kedua ini memang merupakan faktor semula jadi yang mana dia langsung tidak mendapatkan sebarang rawatan kesuburan atau IVF. Menurut pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu, dia juga tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, petua atau makanan tambahan untuk memudahkan proses kehamilannya. “Ramai yang mesej saya secara peribadi untuk bertanya petua mengandung daripada saya dan jika saya ada makan ubat subur atau makanan tambahan untuk hamil. “Saya tidak keberatan untuk kongsi dengan semua jika benar saya melakukannya. Namun saya hamil secara semula jadi tanpa sebarang rawatan,” tulisnya di salah satu gambar dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya semalam. Tambah pelakon yang juga merupakan kakak kepada pelakon hebat S...