Posts

Showing posts with the label Meninggal Dunia

#ALFATIHAH ~ Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang

Image
SALAM takziah diucapkan kepada tiga pelakon popular, Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah di atas pemergian bapa tersayang.  Bapa mereka, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati meninggal dunia kira-kira jam 9.15 malam semalam, di Hospital Ampang.  Berita sedih itu dikongsikan oleh Shahirah menerusi Instagram (IG)nya.  "Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke Rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak2 dan sanak saudara.   "Semoga roh dicucuri rahmat. AlFatihah," tulisnya.  Menurutnya, jenazah bapa mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, jam 10 pagi hari ini.  "Jenazah sekarang berada di rumah saya, Taman Melawati. "Besok akan di kebumikan, insya-ALLAH bersebelahan dengan kubur arwah Mak Esah di perkuburan Klang Gate pukul 10 pagi," tulisnya lagi.  Pada kesempatan itu, Shahira turut merakamkan ucapan penghargaan di at...

#BUNUH DIRI ~ Ahli Grup SHINee, Jonghyun ditemui mati

Image
AHLI grup SHINee , Jonghyun ditemui mati di kediamannya yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul jam 6.30 petang tadi waktu tempatan lapor Channel News Asia.  Pihak berkuasa mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak berkuasa di dalam sebuah bilik bersama arang batu yang terbakar, satu kaedah bunuh diri biasa di sana.  "Pada jam 4.42 petang tadi, kakak Jonghyun melaporkan bahawa adiknya akan membunuh diri, kami segera ke kediamannya dan mendapati dia telah melakukan percubaan tersebut menggunakan briket arang.  "Kami segera memberikan bantuan kecemasan dan membawanya ke Hospital Universiti Konkuk kerana dia menunjukkan simptom serangan jantung," katanya.  Sebab kematian adalah kerana keracunan karbon monoksida.

#KENANGAN ~ Aktor Bollywood Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Image
Pelakon ikon veteran terkenal Bollywood, Shashi Kapoor, yang pernah muncul dalam 116 judul filem, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 79 tahun di Mumbai.  “Mendiang disahkan meninggal dunia pukul 5.20 petang pada 4 Disember di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani selepas sehari dimasukkan,” dedah Dr. Ram Narain, pengarah eksekutif hospital berkenaan di Versova, Mumbai.  Dalam petikan laporan portal Indian Express , legenda filem Hindi itu yang pernah menjadi produser dan sutradara; dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan pada malam Ahad, bagi menjalani rawatan jangkitan paru-paru.  Aktor tersebut pernah bertarung dengan keadaan serupa pada tahun 2014, selepas menjalani pembedahan pintas.  Shashi Kapoor meninggalkan anak perempuan, Sanjana Kapoor serta dua anak lelakinya iaitu Kunal dan Karan.  Merupakan anak Prithviraj Kapoor dan Ramsarni Kapoor serta adik lelaki bongsu kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, menurut media tempatan, mendiang pertama kali b...

#ALFATIHAH ~ Pak Jabit Telah Kembali Ke Rahmatullah

Image
JIKA anda pernah menonton filem Hantu Kak Limah , pasti anda akan kenal dengan watak Pak Jabit iaitu Ketua Kampung kepada penduduk Kampung Pisang.  Kini tiada lagi lakonan dan lawak selamba daripada beliau. Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir telah menghembuskan nafas yang terakhir di Klinik Lancang, Temerloh, Pahang pada pukul 7.10 pagi Khamis.  Pak Jabit merupakan pelakon yang sering menjadi pilihan pengarah Mamat Khalid dalam filem lawak yang diarahkan antaranya ialah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Kampung .  Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak arwah sendiri menerusi akaun Facebook miliknya. Difahamkan bahawa jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Temerloh selepas solat Zohor.  Kini, kita telah kehilangan ramai penggiat seni veteran yang berbakat. Pemergian Pak Jabit ini semestinya dirasai oleh kaum keluarga, rakan rapat dan peminatnya sendiri yang sentiasa menantikan lakonan lucu P...

#ALFATIHAH~Man Dayak Lefthanded Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Image
ALLAHYARHAM Man Dayak (dua dari kanan) meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. - Foto FB Man Kidal   KUALA LUMPUR: Pemain dram kumpulan Lefthanded yang dikenali dengan nama Man Dayak, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi selepas mengadu sesak nafas.  Vokalis kumpulan itu, Nash, ketika dihubungi BH Online, memberitahu Allahyarham Man Dayak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Othman, 54, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.  "Saya mendapat panggilan tengah malam tadi dan terus bergegas ke rumah arwah di Skudai Kiri, Johor.  "Syukur saya sempat sampai dan bersama rakan-rakan termasuk Man Kidal menguruskan jenazah arwah," katanya yang sedang mengendalikan urusan memandikan jenazah.  Nash berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Jalan Tampoi, Johor Bahru.  Nash berkata, arwah adalah sahabat yang berbakat besar dalam bidang muzik.  "Arwah membuat keputusan berhenti daripada kumpulan ...