#PANAS ~ Foto Zizi Kirana dedah payu dara dikecam netizen

FOTO seksi yang dimuat naik Zizi Kirana di laman sosial Instagramnya. - INSTAGRAM/ZIZI_KIRANA Bekas ahli kumpulan Fabulous Cat, Zizi Kirana, 33, dilihat sengaja mengundang kecaman netizen apabila memuat naik sekeping foto separuh lucah di laman sosial Instagram nya yang menampakkan sebahagian payu dara. Pernah dilanda dengan pelbagai kontroversi, Zizi yang juga peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) disifatkan oleh pengikut media sosial sebagai seorang selebriti yang suka mencari publisiti murahan. Memetik komen yang ditinggalkan, Zizi selaku wanita Islam tidak sewajarnya berpakaian seksi sebegitu malah ada berpendapat, gadis itu terlalu berani untuk beraksi sedemikian. Malah tindakan pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil itu mengenakan pakaian seksi seolah-olah sengaja mahu menayangkan ‘aset’ miliknya. Bagaimanapun, terdapat juga komen peminatnya yang memuji kecantikan penyanyi berasal dari Semporna, Sabah itu serta pakaian yang digayakannya. ...