#TAHNIAH ~ Datuk Jalaluddin Hassan Selamat Bernikah Lagi Untuk Kali Ke-3

Dengan sekali lafaz, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, 44. Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada pukul 10.55 pagi dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur. Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh abang kepada pengantin perempuan iaitu Lokman Abdul Ghani dihadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussien Onn iaitu Mohd Faisal Mohd Noor. Jalaluddin, 63, menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada Rapidah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Rapidah yang juga seorang ibu tunggal turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 daripada pihak pengantin lelaki berbalas tujuh dulang. Majlis itu dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai. Dalam pada itu, pasangan mempelai turut diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang diadakan secara...