Posts

Showing posts with the label Al Fatihah

#ALFATIHAH ~ Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang

Image
SALAM takziah diucapkan kepada tiga pelakon popular, Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah di atas pemergian bapa tersayang.  Bapa mereka, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati meninggal dunia kira-kira jam 9.15 malam semalam, di Hospital Ampang.  Berita sedih itu dikongsikan oleh Shahirah menerusi Instagram (IG)nya.  "Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke Rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak2 dan sanak saudara.   "Semoga roh dicucuri rahmat. AlFatihah," tulisnya.  Menurutnya, jenazah bapa mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, jam 10 pagi hari ini.  "Jenazah sekarang berada di rumah saya, Taman Melawati. "Besok akan di kebumikan, insya-ALLAH bersebelahan dengan kubur arwah Mak Esah di perkuburan Klang Gate pukul 10 pagi," tulisnya lagi.  Pada kesempatan itu, Shahira turut merakamkan ucapan penghargaan di at...

#ALFATIHAH ~ Pak Jabit Telah Kembali Ke Rahmatullah

Image
JIKA anda pernah menonton filem Hantu Kak Limah , pasti anda akan kenal dengan watak Pak Jabit iaitu Ketua Kampung kepada penduduk Kampung Pisang.  Kini tiada lagi lakonan dan lawak selamba daripada beliau. Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir telah menghembuskan nafas yang terakhir di Klinik Lancang, Temerloh, Pahang pada pukul 7.10 pagi Khamis.  Pak Jabit merupakan pelakon yang sering menjadi pilihan pengarah Mamat Khalid dalam filem lawak yang diarahkan antaranya ialah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Kampung .  Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak arwah sendiri menerusi akaun Facebook miliknya. Difahamkan bahawa jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Temerloh selepas solat Zohor.  Kini, kita telah kehilangan ramai penggiat seni veteran yang berbakat. Pemergian Pak Jabit ini semestinya dirasai oleh kaum keluarga, rakan rapat dan peminatnya sendiri yang sentiasa menantikan lakonan lucu P...