Posts

Showing posts with the label Aliff Aziz

#PANAS ~ Aliff Aziz mengaku bersalah keluar dengan Afifah Nasir

Image
ARTIS, Aliff Aziz (kiri) bernama Isteri, Bella Astillah pada sidang media berhubung insiden rumah tangga mereka baru-baru ini di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong. - Foto Osman Adnan   Pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz, mengaku bersalah menyakitkan hati isterinya, Bella Astillah, apabila keluar dengan pelakon baharu, Afifah Nasir.  Malah, bintang kelahiran Singapura itu turut meminta maaf kepada isteri, ahli keluarga dan peminat kerana kesalahannya itu.  Beliau juga mengharapkan pelakon wanita berkenaan, yang juga adik kepada Anzalna Nasir, akan melakukan tindakan sama sepertinya.  "Saya dan dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jika saya boleh mengaku kekhilafan diri dan memohon maaf, sekali gus berdepan dengan semua pihak termasuk keluarga dan rakan media, dia juga sewajarnya melakukan perkara sama andai berasakan dirinya bersalah.  "Tak perlu nak menegakkan benang yang basah. Kita sama-sama buat silap dan kebenaran akan terserlah juga akhirnya...

#KONTROVERSI ~ ‘Saya Bukan Aliff Aziz, Berhenti Ganggu Saya’- Mohd Faris

Image
SUSULAN kontroversi hangat penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, bukan jejaka bernama Alif sahaja terkena tempias malahan orang yang tiada kena mengena dengan nama tersebut pun turut ada yang menjadi mangsa.  Apa yang terjadi kali ini?  Hal ini bermula apabila terdapat satu status di laman Twitter milik Aliff yang bertulis “Jangan nak kecam sangat, siapa tak puas hati kol aku 0111192**** , bangsa* Haters”. Berikutan itu, seorang ahli perniagaan, Mohd Faris Mohd Ali telah menerima lebih daripada 7,000 mesej di aplikasi Whatsapp, 400 panggilan telefon dan hampir 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) memaki hamun, menghina serta tidak kurang yang mencabarnya untuk bergaduh.  Nombor telefon miliknya telah disalah guna oleh orang tidak bertanggungjawab dan menjadi tular kononnya ia adalah milik penyanyi kelahiran Singapura itu. “Saya bukan Aliff Aziz, tolong berhenti hubungi nombor telefon saya.  Saya mula terima gangguan pada 5 pagi semalam dan tak tahu apa-apa sehing...