Posts

Showing posts with the label Perkahwinan

#ISU STATUS CERAI ~Saya tidak akan kembali kepada Hafiz: Joy Revfa

Image
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam membuat keputusan lafaz cerai ahli perniagaan, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim terhadap usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Refva pada 12 Januari 2015, adalah sah.  Hakim, Mohd Suhail Mohd Najid membuat keputusan selepas kes disebut kali pertama di hadapannya pada Selasa. Mahkamah mendapati lafaz cerai Mohd Rayus memenuhi rukun dan syarat talak serta Seksyen 57 Enekmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.  Sementara itu, Joy menegaskan tidak akan kembali kepada suaminya, Hafiz Hamidun meskipun mahkamah memutuskan penceraian perkahwinan sebelum ini sebagai sah .  Jelas Joy, dia sudah tawar hati dengan Hafiz yang dianggapnya gagal memainkan peranan sebagai suami.

#ISU PANAS ~ Disamakan Seperti Pelacur, Joy Revfa Minta Hentikan Hinaan

Image
Hafiz dan Joy Revfa berkahwin pada 1 Mei lalu.  Isteri penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Siti Arifah Amin atau Joy Revfa meminta orang ramai menghentikan hinaan dan cacian kononnya dia masih isteri orang ketika berkahwin dengan penyanyi itu pada 1 Mei lalu. Joy, 33, berkata, dia yakin perkahwinan yang dibina lebih tiga bulan itu adalah sah di sisi agama dan dirinya telah diabaikan serta digantung tidak bertali sejak 23 Mei lalu. "Selama ini saya diam, saya tidak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara dan turut campur tangan kerana mereka melihat penderitaan dan tangisan saya selama ini.  "Tolong hentikan hinaan dan cacian anda terhadap saya bahawa saya masih isteri orang ketika berkahwin dengan dia (Hafiz). Kepada yang menghina dengan menuduh saya pelacur dan anak saya adalah anak haram, saya maafkan,” ujarnya. Imam Tegur Hafiz Hamidun Lambatkan Faraq Joy menerusi laman Instagram miliknya memberi reaksi kepada kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yan...

#GAMBAR ~ Tahniah Datuk Siti Dan Datuk K Sambut Ulangtahun Perkahwinan ke-11

Image
Pada tanggal 21 Ogos 2006 merupakan tarikh dimana Datuk Siti Nurhaliza, 38, dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), 58, disatukan sebagai suami isteri dan semalam Datuk Siti dan suaminya telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-11.  Diminta mengulas sisi peribadi isterinya, Datuk K menyifatkan kehadiran Siti selama 11 tahun sebagai suri hati dalam hidupnya merupakan anugerah terbaik pernah beliau miliki.  Datuk K berkata, keprihatinan dan sikap ambil berat Siti yang pernah menjaganya ketika dia terlantar sakit antara yang tidak akan dilupakannya selagi hayat dikandung badan.  "Beliau isteri hebat dan terbaik. Siti sentiasa sabar dan menjaga saya (sewaktu sakit) dengan penuh ketabahan.  "Beliau juga menjadi penyejuk jiwa dan setia mendampingi saya sama ada dalam susah ataupun senang," luah Datuk K.  Pengorbanan yang dimaksudkan Datuk K itu ketika beliau terlantar sakit selepas mengalami kecederaan parah kerana terlibat dalam kemalangan motosika...

#SENSASI ~ Joy Revfa Fail Bubar Pernikahan Dengan Hafiz Hamidun

Image
KEPINCANGAN rumah tangga penyanyi kerohanian Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa, kini di tahap klimaks apabila isterinya memfailkan permohonan pembubaran pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, pagi tadi.  Menurut Joy, tindakan itu dilakukan oleh sebab keraguan Hafiz terhadap pernikahan mereka. Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, berkata tindakannya itu adalah atas sebab statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah.  “Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.  “Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.  “Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah,” katanya dalam temu bual bersama pihak media di luar mahkamah selepas prosiding tamat, memetik laporan BH Online . ISTERI PENYANYI HAFIZ HAMIDUN, JOY REVFA (KIRI) ATAU N...