Posts

Showing posts with the label Intan Najuwa

#GOSIP PANAS ~ Drama Kekasih Paksa Rela tidak promosi pedofilia - Intan Najuwa

Image
Intan Najuwa kini mencipta nama menerusi drama rantaian, Kekasih Paksa Rela.   KUALA LUMPUR - Pelakon, Intan Najuwa menegaskan drama rantaian lakonannya, Kekasih Paksa Rela tidak mempromosi jenayah pedofilia seperti yang dibincangkan peminat menerusi ruangan Instagram. Sebaliknya, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, berkata, drama adaptasi novel berjudul sama tersebut mengangkat sisi positif poligami dalam kalangan golongan muda pada masa kini.  “Benar, saya melakonkan watak seorang pelajar tingkatan enam yang berkahwin dengan lelaki berusia.  Tetapi, fokus utama drama Kekasih Paksa Rela adalah berkenaan isu poligami,”   “Pada pendapat saya, drama ini mempunyai mesej yang sangat positif dan memberikan kefahaman kepada penonton tentang nilai-nilai murni menerusi poligami,” katanya ketika dihubungi Kosmo!  .  Dalam pada itu, Intan berkata, watak yang dijayakannya dalam drama tersebut, Hanan Khaira bukanlah watak pelajar perem...