Posts

Showing posts with the label Gosip Artis

#TAHNIAH ~ Cantiknya isteri baharu Datuk Jamal Abdillah

Image
Datuk Jamal Abdillah dan isteri   BIARPUN ramai yang sudah mengetahui tentang pernikahan Datuk Jamal Abdillah, 59, dan isteri barunya, Zai Izzati Khiruddin, 24, namun baharu hari ini penyanyi Kekasih Awal dan Akhir ini memperkenalkan isterinya secara rasmi kepada umum.  Pernikahan Jamal dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah ini berlangsung di Ipoh, Perak pada 1 April, tahun lalu.  Jamal yang tampil di majlis sidang media mengumumkan persembahannya sempena Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah petang tadi turut mendedahkan dia dan isteri hanya berkenalan selama dua bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.  “Urusan kahwin saya dan isteri dipermudahkan dan saya anggap ia sebagai anugerah dari Allah SWT pada saya.   “Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh,” katanya kepada media.  Berkongsi tentang ciri is...

#KRISIS RUMAHTANGGA ~ Hidup perlu diteruskan - Ziana Zain

Image
Ziana Zain. - Gambar fail  “Sebagai seorang selebriti yang menjadi tatapan umum, kita perlu fokus dalam meneruskan kerjaya. Hidup perlu diteruskan.”   Itu kata-kata yang diucapkan penyanyi popular Ziana Zain sambil menahan sebak ketika sedang membuat persembahan pada majlis Malam Gala Mood Republik 2018 yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam tadi.  Ketika itu, Ziana sedang mempersembahkan lagu hitnya, Puncak Kasih sebelum tiba-tiba mengalirkan air mata dan menghentikan persembahan buat seketika.  Sedar dengan kesedihan dan kemelut rumah tangga yang dihadapi Ziana pada ketika ini membuatkan penonton bersorak tanda memberi sokongan moral terhadapnya.  “Terima kasih, ” ucapnya tatkala peminat melaungkan kata-kata ‘kuatkan semangat’ dan ‘kami sayang Kak Ziana’ .  Ziana bagaimanapun tidak dapat ditemu bual media kerana bergegas pulang sebaik membuat persembahan.  Terdahulu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita suami Ziana, Armin Z...

#SPEKULASI ~ Apa ada Elfira Loy -Asyraff Mazlan?

Image
Elfira dan Mazlan   IKATAN pertunangan yang terlerai antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi terus menjadi perbualan netizen apabila satu persatu spekulasi mengenai hubungan mereka sebelum ini diperkatakan.  Terbaru, keterbukaan seorang lelaki bernama Asyraff Mazlan berkongsi beberapa gambar dan videonya bersama pelakon dan pengacara kecil molek itu, baik semasa mereka menunaikan ibadah umrah awal bulan lalu dan terbaru, ketika sambutan hari jadinya baru-baru ini menarik perhatian netizen.  Biarpun tidak keluar berdua kerana turut ditemani Nurul Ezzlisa Loy, namun ramai yang membuat spekulasi, lelaki tersebut kini istimewa di hati Elfira. arif_aziz07 Ni ke sbb elfira putus tunang?  mufid.official Doa yg baik baik semoga jadi Tidak kurang juga, ada sesetengah netizen bertindak berani dengan tagged nama Sufian di gambar tersebut.  sania_atkins perlu ke nak tag dia? Hormat la perasan Sufian. Hormat jugak tuan IG ni.   Dalam pada itu, Elfira dan Suf...

#PANAS ~ Foto Zizi Kirana dedah payu dara dikecam netizen

Image
FOTO seksi yang dimuat naik Zizi Kirana di laman sosial Instagramnya. - INSTAGRAM/ZIZI_KIRANA  Bekas ahli kumpulan Fabulous Cat, Zizi Kirana, 33, dilihat sengaja mengundang kecaman netizen apabila memuat naik sekeping foto separuh lucah di laman sosial Instagram nya yang menampakkan sebahagian payu dara.  Pernah dilanda dengan pelbagai kontroversi, Zizi yang juga peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) disifatkan oleh pengikut media sosial sebagai seorang selebriti yang suka mencari publisiti murahan.  Memetik komen yang ditinggalkan, Zizi selaku wanita Islam tidak sewajarnya berpakaian seksi sebegitu malah ada berpendapat, gadis itu terlalu berani untuk beraksi sedemikian.  Malah tindakan pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil itu mengenakan pakaian seksi seolah-olah sengaja mahu menayangkan ‘aset’ miliknya.  Bagaimanapun, terdapat juga komen peminatnya yang memuji kecantikan penyanyi berasal dari Semporna, Sabah itu serta pakaian yang digayakannya. ...

#PANAS ~ Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Image
Selepas pelancaran penuh kontroversi koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota Kuala Lumpu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa. Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen yang secara jelas ‘memerli’ Hajjah Neelofa yang baru berusia 29 tahun itu.  “Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau.  Apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang ‘makan dalam’! Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.  Beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.  Imam Muda Kata Hukumny...

#BADANG ~ Macam saya ni kayu, hina sangat: Datuk Seri Aliff Syukri

Image
JUTAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pelakon-pelakon hebat Malaysia yang berasa tidak senang dengan kehadirannya dalam bidang seni lakon.  Menurut Aliff, dia menerima tawaran berlakon dalam filem Badang setelah ditawarkan oleh pengarah.  "Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini.Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja.   "Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini. Saya hanya pelakon sahaja. Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena," tegasnya.  Pembawa watak utama filem Badang ini turut bertanya jika dia tidak mempunyai bakat kenapa dia diberikan tawaran berlakon filem?  "Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro. "Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP , Reali...

#APA KES ~ Sedang kumpul pahala daripada fitnah orang: Rafidah

Image
PELAKON, pengacara dan penulis skrip, Rafidah Abdullah secara halus menyindir pihak yang menyebar fitnah mengenai dirinya melalui status bio di laman Instagram (IG) peribadinya.  Ayat : "Sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang", dipercayai dinaikkan oleh Rafidah ekoran berita dia dikatakan berkahwin dengan kaum sejenis di Australia sejak semalam.  Bahkan, menerusi satu paparan skrin perbualan antara seorang peminat dengan Rafidah, bekas pengacara program 3R itu bersedia sekiranya ada pihak mahu membuat semakan pendaftaran kahwin dan passportnya. Menerusi tinjauan gambar-gambar lama di IG milik Rafidah mendapati wanita yang dikaitkan dengan selebriti itu adalah teman rapatnya dan Rafidah sering memuat naik gambar bersama wanita tersebut dan beberapa teman lain.  Sementara itu, IG rakan Rafidah yang memuat naik gambar-gambar dan kapsyen-kapsyen tersebut bagaimanapun didapati telah dinyahaktifkan atau ditukar kata namanya kerana akaunnya tidak lagi wujud.

#WOW ROMANTIS ~ I love u until jannah: Angah Raja Lawak

Image
Angah Raja Lawak bersama isterinya   TANPA sedar, usia perkahwinan penyampai radio dan pelawak, Angah Raja Lawak genap dua tahun, semalam.  Malah, selebriti berusia 40 tahun ini berkongsi ucapan istimewa untuk isterinya, Amira Asyura Abd Razak, 23, di laman Instagramnya (IG).  "Happy anniversary! Syukur Alhamdulillah dah dua tahun usia perkahwinan kami yang masih muda.   "TQ sayang @asyura_king banyak bersabar dengan karenah-karenah suamimu ini dan TQ juga kerana sentiasa bersikap positif dan sentiasa membuat kita terus menjadi pasangan yang bahagia.. Alhamdulillah..I love u until jannah. insya- ALLAH," tulisnya.  Tidak ketinggalan, Angah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.  "Terima kasih kepada awak semua yang terus mendoakan kami..," luahnya sambil beserta #happyanniversary, #angahwawa dan #love.   Angah dan Amira Asyura mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.[SH]

#HOT ~ Raja Ema ditegur netizen kerana berpakaian seksi

Image
Raja Ema   TINDAKAN pelakon penyanyi dan popular 80-an, Raja Ema berkongsi gambar percutian bersama keluarga di sebuah negeri utara tanah air menyebabkan dia dikecam sesetengah pengikut laman sosialnya.  Semuanya berpunca dari sekeping gambar yang dikongsi oleh penyanyi yang juga terkenal lagu Jejaka Idaman tersebut yang dianggap agak seksi.  Apatah lagi, wanita berusia 50 tahun ini sudah kembali bertudung sejak dua tahun lalu. Raja Ema dengan baju ketat yang menampakkan susuk tubuhnya.   yasminerinaanuar Seksa sngt ni kak .. Xsesuai la post gmbar mcm ni walaupun nk tunjuk akak dah kurus skrg.. Sori  kak anne_eija97 Btul tu..just bg pandangan je..brhijab xsesuai pose pic mcmtu..  itsfidahlfs@yasminerinaanuar Betul tu.. makin kurus ptt nya mkn pkai longgar..dh slalu sgt sy tgk dlm ig post pki mcmni.. kita ni bkn muda lg..   sis_zeq Artis ni jika d tegur kata kita ni kecam..hates..x de ape yg nk d busukkn la ..cuma kami menegur sesama...

#HOT ~ Farid Kamil dakwa dianiaya, tiga rakan artis beri dadah?

Image
PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil mendakwa telah dianiaya oleh tiga rakan artis yang memberinya minuman bercampur dadah sehingga dia hilang kawalan dalam kejadian yang berlaku di Balai Polis Kota Damansara, bulan lalu.  Memetik laporan Malay Mail, tiga artis yang dimaksudkan adalah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.  Selain diberikan minuman yang telah bercampur dengan dadah, Farid juga mendakwa diberikan rokok bersalut dengan cecair yang tidak dikenalpasti sehingga berasa khayal.  Farid juga mendakwa kekerasan dilakukan terhadapnya oleh pihak polis semasa dalam tahanan reman. Farid turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan pada dirinya.  Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya.  Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan Farid telah membuat laporan rasmi.  “Farid membuat la...

#GEMPAR PANAS ~ Aliff Syukri meraung hilang anak seketika di Lombok

Image
ANAK Alif Syukri, Ibraheem Adham atau Baim selamat ditemui oleh pekerja resort.   Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 32, menempuh detik cemas apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham, 4, hilang tatkala mereka sekeluarga dan kakitangan D’Herbs sedang seronok bercuti di pusat percutian Gili Terawangan, Lombok, Indonesia.
  Berkata kepada Utusan Online , Aliff yang turut ditemani isterinya, Datin Seri Norshahida Mohd. Rashid serta dua lagi anak mereka, Ahmad Rayyan, 11, dan Qadejah El Zahra, 6, terkejut setelah mendapati Ibraheem hilang sejurus selesai melakukan aktiviti sukaneka.
  Selain keluarga, dia turut membawa kira-kira 40 kakitangan dan stokis D’Herbs dari seluruh Malaysia bercuti ke pulau itu sebagai tanda penghargaan di samping mengeratkan silaturahim.
  “Alang-alang itu, dianjurkan juga beberapa aktiviti sampingan agar percutian ini tidak membosankan dan lebih bermakna. 
   “Pun begitu, sukaneka hanya melibatkan ora...

#TAHNIAH ~ 'Tak mahu berlebih-lebih' kata Yuna

Image
YUNALIS Mat Zara’ai atau Yuna tidak berniat merahsiakan majlis pernikahannya dengan Adam Sinclair yang berlangsung tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, jumaat lalu.  Yuna, 32, ketika ditemui Harian Metro, berkata siapa yang mengenali dirinya pasti tahu dia seorang yang kurang berkongsi cerita peribadi kepada umum.  “Bukan nak berahsia tetapi saya cuma tidak mahu berlebih-lebih pada hari bahagia saya.   “Lagipun saya memang menginginkan hari pernikahan saya privasi,” katanya.  Menurut Yuna, hari bahagianya hanya dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan sahabat terdekat.  “Kira-kira 300 tetamu saja yang hadir kerana saya memang nak majlis pernikahan ini hanya membabitkan keluarga terdekat tanpa gangguan daripada pihak luar.  “Lagipun persiapan majlis dilakukan sendiri dan memerlukan kerja keras yang banyak daripada kedua-dua pihak,” katanya. Sementara itu, Yuna memberitahu dia belum menetapkan destinasi berbulan madu.  Namun, katanya, bercadang ...

#GOSIP PANAS ~ “Saya ‘Beauty With Brains’, Jangan Dengki” - Fathia Latiff

Image
AKTRES kontroversi Fathia Latiff nampaknya tidak serik-serik lagi mengeluarkan kenyataan memalukan dirinya sendiri melalui akaun Twitter miliknya.  Isnin lalu, pelakon berusia 30 tahun itu telah memuat naik status berbahasa Inggeris yang berbunyi:  “I’m a beauty with brain. Thats an obvious fact. Don’t be jealous. (Saya cantik dan bijak. Itulah kenyataan. Jangan cemburu.)”  Nur fathia Latiff @fatiyalatiff Im a beauty with brain. Thats an obvious fact. Dont be jealous. 19:26 - 22 Jan 2018 · Paddington, London 433 Replies 968 Retweets  1,401 likes Twitter Ads information and privacy  Seperti biasa, tweet berbaur angkat bakul itu telah mengakibatkan netizen memberikan respon yang sarkastik terhadapnya hinggakan kami yang baca pun rasa nak tercabut jantung!  “@yyun1rahman: You are beauty with brain, its just that most of the time, u didnt use it. (Awak memang bijak dan cantik, cuma kebanyakan masanya awak tak guna otak sangat).”   “@sufiannn: Artis y...

#TEKA-TEKI ~ Farid Kamil Buat Repot Polis...Apa Motifnya?

Image
Jumpa di mahkamah esok - Farid Kamil STATUS yang dikongsi di Instagram Farid Kamil kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.- Foto ihsan @faridkamilz   Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, menyatakan mahu terus memperjuangkan nasib orang yang teraniaya tanpa menyebut individu dimaksudkan.  Pada masa sama, beliau turut berharap masyarakat dapat mendoakan supaya perjalanan hidupnya yang penuh berliku itu mampu ditempuhi dengan penuh kesabaran.  "Assalamualaikum. Terima kasih di atas iringan doa daripada kalian. Semoga Allah SWT akan terus merahmati kita semua. Insya-Allah, dengan kudrat yang masih tinggal, saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang teraniaya.   "Pinta saya supaya kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat ditempuhi. Amin," katanya dalam status yang dikongsi di Instagramnya kira-kira jam 1.40 tengah hari semalam.  Menerusi perkongsian di akaun @faridkamilz yang diikuti 774,000 peminat itu, bel...

#SPEKULASI ~ Lindsay Lohan Bakal Lancar Jenama Hijab

Image
PELAKON bermasalah yang pernah digelar “wild child” Hollywood satu ketika dahulu, Lindsay Lohan, dikatakan bakal mengeluarkan jenama hijabnya sendiri dalam masa terdekat ini.  Spekulasi mengenai kerjaya baru Lohan ini mula bertebaran apabila dia memuat naik gambarnya berselendang dengan memaparkan matanya beserta kapsyen, “Jenama fesyen terbaru akan datang.”   Para peminat mula ‘naik syeikh’ dan mengandaikan selendang yang dipakai Lohan itu merupakan salah satu daripada koleksi hijab yang bakal diperkenalkan olehnya nanti.  Tidak kurang juga ada peminat Muslim Lohan yang gembira pelakon seksi itu mula kerap dilihat mendekatkan diri dengan gaya hidup Islamik seperti memakai tudung dan membaca al-Quran.  Bulan lalu, Lohan mendakwa dia telah dilayan dengan buruk di Lapangan Terbang Heathrow,London hanya kerana memakai hijab di tempat awam.  “Semasa saya mahu terbang ke New York baru-baru ini, saya memakai hijab dan telah ditahan di lapangan terbang dan melalu...

#PENGAKUAN ~ Saya memang gedik: DSV

Image
“SAYA memang tidak boleh dipisahkan daripada aksi gedik, itulah diri saya yang sebenar, I am me , saya tidak boleh nak berpura-pura.   Demikian pengakuan jujur pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.  Jutawan kosmetik itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu manipulasi individu tertentu di media sosial mencetuskan kontroversi semata-mata untuk meraih perhatian netizen.  “Video saya kebanyakannya tak ada lah dikritik netizen sangat pun, kecuali aksi gedik saya. Tapi gedik dan saya tidak boleh dipisahkan, itulah saya, it’s me, I am me .  Saya bukan acah-acah gedik untuk lariskan produk, dah saya memang macam tu,” katanya kepada Sinar Harian.  Penyanyi I Am Me itu, bagaimanapun mahu warga netizen yang mengkritik dirinya kerana didakwa menunjuk-nunjuk di laman sosial supaya melihatnya dari segi positif.  “Mereka banyak cakap fasal saya selalu ‘show off’ pame...

#APA DAH JADI ? ~ Rolls Royce Datuk Aliff Syukri Di Sita JPJ...

Image
Kereta Rolls Royce yang didaftarkan atas nama Datuk Aiff Syukri disita kerana kesalahan LKM.   KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D'herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.  Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).  Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri. Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.  Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.  “Siasatan mendapati har...

#SENSASI PANAS ~ Video Neelofa Gelek Arab Cetus Sensasi

Image
KUALA LUMPUR- Beberapa video aktres popular dan hos program televisyen Neelofa sedang menari tular di Internet sejak dua tiga hari ini.  Klip-klip pendek yang telah disunting menjadi sebuah video berdurasi beberapa minit itu sudah pun mencecah lebih 300,000 tontonan dan menerima ribuan komen daripada netizen.  Dalam salah satu klip video, selebriti dan usahawan berjaya berusia 28 tahun itu dilihat dibawa masuk ke dalam dewan sambil ditandu ala-ala puteri Arab oleh beberapa orang lelaki.   Neelofa kemudiannya dilihat mempersembahkan gerak tarian yang lincah dan menawan di atas pentas sambil diiringi oleh sekumpulan penari latar.  Ramai yang tak sangka Neelofa boleh menari sebenarnya kerana menganggap karakternya yang kelihatan serius dan tegas. Tapi sekali dia ‘belanja’ skil, fuh gamat dewan dibuatnya!  Video tersebut difahamkan diambil ketika malam gala jenama tudungnya,Naelofar Hijab, yang diadakan Sabtu lalu di Hotel JW Marriot, di sini.  Majlis terseb...

#GOSIP PANAS ~ Erry Putra Tunggu ‘Lampu Hijau’ Pinang Cikgu

Image
Kekecewaan hati pelakon dan penyanyi Erry Putra dek kerana hubungannya cinta yang lalu tidak berpanjangan akhirnya terubat selepas dia bertemu pengganti.  Pelakon drama Andainya Takdir ini mengakui hatinya kini sudah dimiliki seorang gadis. Malah dia sedang menunggu lampu hijau daripada kekasihnya untuk masuk meminang sekali gus menyunting gadis tersebut menjadi isterinya, lapor Utusan.  “Saya sudah ada pengganti dan hanya menunggu `lampu hijau’ daripadanya memandangkan dia seorang guru pelatih di sebuah sekolah.  Jadi, dia meminta masa terlebih dahulu,” jelasnya.  Enggan berkongsi nama kekasihnya buat masa ini, kata Erry pertemuan pertama mereka berlaku ketika dia datang ke sekolah kekasihnya itu atas urusan kerja.  “Apa yang boleh saya beritahu dia berasal dari Perak dan merupakan seorang guru pelatih sahaja.  “Memang saya yang mendekatinya dahulu, Jangan risau kalau semuanya sudah disahkan saya akan kongsi,” tambahnya lagi.  Mengenai perkembangan s...

#Woww ~ Datuk Seri Vida Sudah Kurus....

Image
Penampilan Datuk Seri Vida dulu dan kini.  SEMAKIN berseri-seri penampilan Datuk Seri Vida sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja berseri, malah Vida semakin kurus.  Sejak awal tahun ini, Vida sememangnya mengamalkan diet seimbang dengan mengurangkan pengambilan nasi.  Berbeza susuk tubuh Vida beberapa tahun lalu di mana, badannya masih berisi. Namun malam tadi, Vida nampak berbeza.  Menerusi video di laman Facebook nya bersama penyanyi Aishah sejurus tamat program tajaannya Gegar Vaganza malam tadi, beliau mengakui badannya semakin langsing.  Aishah yang merupakan pemenang ‘Anugerah Gelora Vida Vaganza’ turut kagum dengan penampilan baru Vida dan berhasrat untuk sihat dan ramping sepertinya.{SH]