#SPEKULASI ~ Lindsay Lohan Bakal Lancar Jenama Hijab


PELAKON bermasalah yang pernah digelar “wild child” Hollywood satu ketika dahulu, Lindsay Lohan, dikatakan bakal mengeluarkan jenama hijabnya sendiri dalam masa terdekat ini.

 Spekulasi mengenai kerjaya baru Lohan ini mula bertebaran apabila dia memuat naik gambarnya berselendang dengan memaparkan matanya beserta kapsyen,“Jenama fesyen terbaru akan datang.” 

 Para peminat mula ‘naik syeikh’ dan mengandaikan selendang yang dipakai Lohan itu merupakan salah satu daripada koleksi hijab yang bakal diperkenalkan olehnya nanti.

 Tidak kurang juga ada peminat Muslim Lohan yang gembira pelakon seksi itu mula kerap dilihat mendekatkan diri dengan gaya hidup Islamik seperti memakai tudung dan membaca al-Quran.

 Bulan lalu, Lohan mendakwa dia telah dilayan dengan buruk di Lapangan Terbang Heathrow,London hanya kerana memakai hijab di tempat awam.

 “Semasa saya mahu terbang ke New York baru-baru ini, saya memakai hijab dan telah ditahan di lapangan terbang dan melalui pengalaman dilayan dengan buruk buat pertama kali dalam hidup saya,” katanya kepada pengacara Piers Morgan di dalam rancangan Good Morning Britain.

 “Apabila seorang pegawai membuka pasport saya dan melihat nama yang tertera ialah ‘Lindsay Lohan’, dia serta-merta minta maaf sebelum menyuruh saya membuka hujab yang dipakai.”

 Bekas pelakon kanak-kanak yang popular dengan filem The Parent Trap itu sememangnya hidup dibelenggu kontroversi sejak remaja lagi oleh kerana gaya hidupnya yang liar.

 Namun sejak tahun lalu, Lohan dilihat semakin matang dan mengakui dia mula mengenali agama Islam, selain selalu memuat naik hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w di laman Instagram miliknya.-VVANITA.MY

Popular posts from this blog

#Woww ~ Datuk Seri Vida Sudah Kurus....

Buah Dada Nampak Besar Kerana Bengkak Susu Kata Elly Mazlein

#HOT ~ Raja Ema ditegur netizen kerana berpakaian seksi