#ISU PANAS ~ Sejak Kahwin Rezeki Melimpah,Siapa Kata Tak laku? - Dazrin Kamaruddin

SEMAKIN hari, semakin ramai nampaknya artis tanah air yang mendirikan rumah tangga. Bukan itu sahaja, malah tidak kurang juga yang bertambah bilangan anak . Berborak soal rumah tangga, baru-baru ini pelakon telemovie 30 Hari Cinta , Dazrin Kamarudin telah dikatakan sudah ‘tidak laku’ setelah bergelar suami. Ha? Biar betul? Hmmm…mari kita baca akuan Dazrin sendiri. Dazrin, 29, bagaimanapun menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya sudah tidak laku selepas bergelar suami. Pelakon ini berkata, rezekinya mula melimpah ruah sejak mendirikan rumah tangga dan sehingga kini dia tidak henti dihujani dengan pelbagai tawaran berlakon. “Saya rasa sejak berkahwin ini bukan tak laku tapi lagi bertambah rezeki ada lah. Tawaran berlakon pun sentiasa ada sahaja. “Jadi tiada istilah tak ada tawaran selepas berkahwin atau apabila dah bergelar suami saja tidak boleh berlakon lagi,” ujarnya dipetik sebuah portal online. Pertanyaan berkaitan kehidupan ha...