Posts

Showing posts with the label Tahniah

#TAHNIAH ~ Cantiknya isteri baharu Datuk Jamal Abdillah

Image
Datuk Jamal Abdillah dan isteri   BIARPUN ramai yang sudah mengetahui tentang pernikahan Datuk Jamal Abdillah, 59, dan isteri barunya, Zai Izzati Khiruddin, 24, namun baharu hari ini penyanyi Kekasih Awal dan Akhir ini memperkenalkan isterinya secara rasmi kepada umum.  Pernikahan Jamal dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah ini berlangsung di Ipoh, Perak pada 1 April, tahun lalu.  Jamal yang tampil di majlis sidang media mengumumkan persembahannya sempena Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah petang tadi turut mendedahkan dia dan isteri hanya berkenalan selama dua bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.  “Urusan kahwin saya dan isteri dipermudahkan dan saya anggap ia sebagai anugerah dari Allah SWT pada saya.   “Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh,” katanya kepada media.  Berkongsi tentang ciri is...

#WEDDING ANNIVERSARY TERLAJAK LARIS ~ ‘Warna hijau pucuk pisang ni famous masa tu’

Image
DALAM diam, usia perkahwinan pasangan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sudah menginjak 11 tahun, tahun ini.  Susulan itu, pasangan suami isteri ini turut berkongsi momen romantis di laman Instagram (IG) masing-masing.  Pengasas jenama D'Herbs ini mengakui tidak menyangka sahabat baiknya, Nur Shahida adalah suri hati hidupnya lantaran tiada persefahaman, sebelum ini.  Namun, jutawan kosmetik berusia 31 tahun ini tidak mampu menolak jodohnya itu. "11tahun dulu .. dia sahabat saya dan kawan baik satu tempat kerja.. Dulu masa jumpa mula-mula @shahidadherbs rasa tak boleh nak get long sebab dia pendiam dan tegas.   "Saya pula gila-gila.. so macam tak sebulu sangat just kawan OK. Lama-lama tu terasa sayang sebab kami rasa ada keserasian. Tu yang orang tua kata, jangan benci. Nanti suka.. hahahaha... padan muka," tulis Aliff Syukri.  Tidak ketinggalan, isterinya, Nur Shahida turut berkongsi pengalaman ...

#DETIK CEMAS ~ Pengakhirannya saya mungkin berada di ICU ketika bersalin - Nora Danish

Image
DI sebalik ribuan ucapan tahniah yang diterima dan wajah comel baby NeyNey, ada kisah yang terpaksa dilalui oleh Nora Danish sehingga dia terpaksa bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar.  Menurut pelakon ini menerusi akaun Instagram miliknya, dia pada awalnya berharap dapat melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim atau NeyNey secara normal.  "Saya telah dinasihatkan oleh Doktor (Dr) Aziz untuk melahirkan NeyNey secara pembedahan kerana selepas pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas saya, saya diberitahu mempunyai dua fibroid yang sangat merbahaya.   "Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat melahirkan anak walaupun fibroid tersebut mungkin boleh menyebabkan keguguran atau pengakhirannya saya berada di ICU (Unit Rawatan Rapi)," tulisnya. Perkongsian isteri kepada usahawan Nedim Nazri ini menerima lebih 60,000 tanda likes.  Sementara itu, Nora turut menasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk mempunyai anak supaya melakukan pe...

#WOW ROMANTIS ~ I love u until jannah: Angah Raja Lawak

Image
Angah Raja Lawak bersama isterinya   TANPA sedar, usia perkahwinan penyampai radio dan pelawak, Angah Raja Lawak genap dua tahun, semalam.  Malah, selebriti berusia 40 tahun ini berkongsi ucapan istimewa untuk isterinya, Amira Asyura Abd Razak, 23, di laman Instagramnya (IG).  "Happy anniversary! Syukur Alhamdulillah dah dua tahun usia perkahwinan kami yang masih muda.   "TQ sayang @asyura_king banyak bersabar dengan karenah-karenah suamimu ini dan TQ juga kerana sentiasa bersikap positif dan sentiasa membuat kita terus menjadi pasangan yang bahagia.. Alhamdulillah..I love u until jannah. insya- ALLAH," tulisnya.  Tidak ketinggalan, Angah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.  "Terima kasih kepada awak semua yang terus mendoakan kami..," luahnya sambil beserta #happyanniversary, #angahwawa dan #love.   Angah dan Amira Asyura mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.[SH]

#TERUJA ~ Sebulan je lagi, Siti bakal bersalin...

Image
Datuk Seri Siti Nurhaliza luah rasa syukurnya   PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya menantikan kehadiran cahaya mata sulungnya yang dijangka lahir sekitar Mac depan.  Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram nya (IG), Siti tidak putus-putus meluahkan rasa syukurnya dengan kurniaan yang telah lama dinantikan ini.  “Subhanallah.. Alhamdulillah, syukur ya Allah.. Tak sangka bulan depan, saya bertemu cahaya mata yang dinanti-nantikan.  “Semoga semuanya dipermudahkan, dan semuanya sihat sempurna. Ya Allah, terima kasih ya Allah..” tulis Siti, mengharapkan yang terbaik buat kandungannya itu.  Rata-rata peminat dan pengikut Siti di IG seakan memahami apa yang dirasai Siti, malah turut sama mengiringi doa agar segalanya dipermudahkan buat penyanyi kesayangan ramai ini.  Terdahulu sebelum itu, Siti turut mencipta dan merakamkan lagu Comel Pipi Merah, ditujukan khas buat anak yang bakal ...

#WOW HEBAT ~ Baju "Pok Ya Cong Codei" laris macam pisang goreng panas

Image
Sabri bersama peminat yang membeli baju Pok Ya Cong Codei keluaran Akademi Dikir Barat Arjunasukma.   Pok Ya Cong Codei terus mencetuskan fenomena apabila baju T eksklusif berdasarkan telefilem itu laris terjual bak ‘pisang goreng panas’ sejak mula dipasarkan, Selasa lalu.  Sehingga hari ini, lebih 2,000 helai baju keluaran Akademi Dikir Barat Arjunasukma yang mendapat lesen hak cipta daripada pengarah dan pelakon utama telefilem itu, Sabri Yunus dan syarikat produksi, Balang Rimbun, dijual.  Pengasas akademi, juga pengurus jualan produk itu, Muhd Sulhie Yusof berkata, selain sambutan luar biasa untuk baju T, pihaknya turut menerima permintaan tinggi dari seluruh negara untuk menjadi ejen jualan.  “Sekarang kita ada seramai 15 ejen jualan sah meliputi hampir 30 lokasi seluruh negara yang menjual secara terus dan ada juga jual melalui online,” katanya, semalam.  Menurutnya, pelancaran secara rasmi baju itu akan di-buat oleh Sabri di Kota Bharu pada 22 Febr...

#RESEPSI PERKAHWINAN ~ Bapa Yuna buat kejutan

Image
Majlis perkahwinan pasangan mempelai ini dihadiri kira-kira 1,500 orang tetamu yang terdiri daripada golongan diraja, saudara-mara dan kenalan rapat.   PUTRAJAYA - Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan kepada tetamu apabila mendendangkan dua buah lagu iaitu Corazon Espinaado dari Santana sambil bermain gitar dan hit milik Ed Sheeran, Perfect pada majlis resepsi anaknya, Yuna dan Adam yang berlangsung di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .  Selain bapa Yuna, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari juga membuat kemunculan bersama Aizat dengan mendendangkan lagu Aku Dan Dirimu yang merupakan lagu duet Bunga bersama Ari Lasso.  Rakan penyanyi bertaraf antarabangsa itu, Dez Duron dari Amerika Syarikat turut mempersembahkan sebuah lagu buat mempelai.  Pengantin baru itu memilih tema tradisional sentuhan Reka Teemor kelihatan mempersona dalam persalinan busana pengantin tradisional Perak berona putih rekaan Hatt...

#TAHNIAH ~ 'Tak mahu berlebih-lebih' kata Yuna

Image
YUNALIS Mat Zara’ai atau Yuna tidak berniat merahsiakan majlis pernikahannya dengan Adam Sinclair yang berlangsung tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, jumaat lalu.  Yuna, 32, ketika ditemui Harian Metro, berkata siapa yang mengenali dirinya pasti tahu dia seorang yang kurang berkongsi cerita peribadi kepada umum.  “Bukan nak berahsia tetapi saya cuma tidak mahu berlebih-lebih pada hari bahagia saya.   “Lagipun saya memang menginginkan hari pernikahan saya privasi,” katanya.  Menurut Yuna, hari bahagianya hanya dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan sahabat terdekat.  “Kira-kira 300 tetamu saja yang hadir kerana saya memang nak majlis pernikahan ini hanya membabitkan keluarga terdekat tanpa gangguan daripada pihak luar.  “Lagipun persiapan majlis dilakukan sendiri dan memerlukan kerja keras yang banyak daripada kedua-dua pihak,” katanya. Sementara itu, Yuna memberitahu dia belum menetapkan destinasi berbulan madu.  Namun, katanya, bercadang ...

#TAHNIAH ~ ‘Ku Rela Dibenci’ Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Image
Kalau memang rezeki sudah ditentukan Allah, sememangnya tiada satu makhluk pun yang mampu menghalangnya lagi.  Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records.  Aiman meluahkan rasa terharu apabila lagu hasil ciptaan bapanya sendiri, Yusri Ishak itu mencipta sejarah apabila tersenarai dalam catatan terbaharu buku rekod terbaik tempatan itu.  Aiman berkata, dia sememangnya tidak menyangka single sulungnya itu menerima jumlah tontonan tertinggi di laman penstriman video popular YouTube sehingga layak menerima penghargaan itu.  “Tak sangka dan terkejut apabila dimaklumkan lagu tersebut tersenarai sebagai lagu paling banyak tontonan. “Lagu itu sendiri sangat bermakna dalam hidup saya kerana di situlah bermulanya karier saya sebagai penyanyi,” katanya dipetik mStar Online .  Menurut pemuda berusia 19 tahun ini lagi, majlis penyerahan sijil penghargaan itu akan diada...

#BOX OFFICE ~ “Terima Kasih Malaysia Sebab Jumanji Laris” – The Rock

Image
LOS ANGELES – Aktor The Rock memuat naik video beliau terharu filem sekuel Jumanji berjaya disenaraikan sebagai ketiga terlaris di Malaysia walhal ia baru memasuki minggu kedua tayangan.  Malaysia ujar pelakon utama filem Jumanji: Welcome to The Jungle itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya merujuk negara Asia tenggara tersebut mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.  “Terima kasih Malaysia! #Jumanji sudah menjadi filem ketiga paling laris, mungkin juga nanti boleh jadi filem yang terlaris, siapa tahu? Saya dan Malaysia sudah ‘kenal’ lama sejak zaman saya sebagai ahli gusti dahulu.  “Malah ada beberapa aksi pertarungan (perlawanan gusti) yang tidak dapat dilupakan di Kuala Lumpur, selamanya saya berterima kasih atas sokongan anda semua,” kata The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson. Menerusi laman sosial itu, antara negara lain yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti profesional popular Amerika Syarikat sejak 1996 terse...

#TAHNIAH ~ Aishah dinobatkan juara Gegar Vaganza Musim Ke-4

Image
Penyanyi Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4).   PENYANYI Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang dipancarkan secara langsung dari Pinewood, Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru malam tadi.  Aishah tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu All By Myself nyanyian asal Celine Dion menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Liza Hanim, Hazami, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.  Kehebatan vokal penyanyi yang pernah muncul menerusi kumpulan Aishah & The Fan Club ini sememangnya tidak boleh dinafikan apatah lagi dengan penghayatan hebat yang diberikan menerusi persembahannya untuk segmen solo sehingga mendapat standing ovation daripada juri tetap Hety Koes Endang.  Kemenangan ini sekaligus melayakkan Aishah membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar membeli belah bernilai RM6,000 ...

#GOSIP PANAS ~ Fattzura Sudah Tunang 13 Nov Lalu, Bakal Nikah Masa Terdekat

Image
TEKA-TEKI mengenai spekulasi ‘pernikahan’ pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura beberapa hari lalu akhirnya terjawab.  Pasangan tonggak utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini mendedahkan bahawa mereka masih belum bernikah, tetapi sudah bertunang pada 13 November lalu.  Bagaimanapun, pasangan tersebut turut mengesahkan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. Perkara tersebut telah diumumkan dalam satu sidang media rasmi yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang, semalam.  Dalam pada itu, Fazura memberitahu beliau mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak media yang tidak bertanggungjawab telah menyiarkan gambar rumah keluarganya baru-baru ini. Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan berita kononnya pasangan ini ‘bernikah’ dalam diam pada malam Selasa lalu.  Beberapa media melaporkan, majlis tersebut hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat pasangan pelakon ini sahaja.  Bagaimanapun, perkara itu ...

#TAHNIAH ~ Hamil Anak Kembar, Zizie Ezette Tak Rancang Keluarga

Image
BAGI sesetengah pasangan suami isteri, mereka pasti merancang untuk mendapatkan anak kembar. Namun tidak bagi pelakon Zizie Ezette Abdul Samad dan suami, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin. Zizie, 39, memberitahu bahawa kehamilannya untuk kali kedua ini memang merupakan faktor semula jadi yang mana dia langsung tidak mendapatkan sebarang rawatan kesuburan atau IVF.  Menurut pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu, dia juga tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, petua atau makanan tambahan untuk memudahkan proses kehamilannya. “Ramai yang mesej saya secara peribadi untuk bertanya petua mengandung daripada saya dan jika saya ada makan ubat subur atau makanan tambahan untuk hamil.   “Saya tidak keberatan untuk kongsi dengan semua jika benar saya melakukannya. Namun saya hamil secara semula jadi tanpa sebarang rawatan,” tulisnya di salah satu gambar dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya semalam. Tambah pelakon yang juga merupakan kakak kepada pelakon hebat S...

#TAHNIAH ~ Datuk Jalaluddin Hassan Selamat Bernikah Lagi Untuk Kali Ke-3

Image
Dengan sekali lafaz, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, 44.  Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada pukul 10.55 pagi dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur.  Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh abang kepada pengantin perempuan iaitu Lokman Abdul Ghani dihadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussien Onn iaitu Mohd Faisal Mohd Noor.  Jalaluddin, 63, menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada Rapidah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.  Rapidah yang juga seorang ibu tunggal turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 daripada pihak pengantin lelaki berbalas tujuh dulang.  Majlis itu dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.  Dalam pada itu, pasangan mempelai turut diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang diadakan secara...

#HEBAT ~ Mr Bean bakal timang anak di usia 62 tahun

Image
PELAKON yang popular dengan watak Mr Bean, Rowan Atkinson bakal bergelar bapa di usia 62 tahun, lapor mirror.co.uk   Komedian itu dan pasangannya, Louise Ford, 33, kini sedang menanti kelahiran anak pertama mereka itu.  Ini merupakan cahayamata ketiga Atkinson yang sebelum ini mempunyai dua anak berusia 23 tahun dan 21 tahun iaitu Ben dan Lily dalam perkahwinan terdahulunya bersama Sunetra Sastry.  Pasangan tersebut bertemu semasa berlakon bersama pada 2012 dan mula bercinta setelah Atkinson berpisah dengan isterinya pada 2014.

#FINAL ~ Idayu Juara Megastar AF

Image
Idayu muncul juara AF Megastar melalui lagu My All dan Amylea Azizan. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  SEPERTI dijangka, Idayu muncul juara program realiti AF Megastar sekali gus menyandang gelaran Megastar pada konsert akhir di Royal Theatre, Shah Alam, malam tadi.  Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang.  Pada konsert akhir itu, semua peserta diberi dua tugasan iaitu menyampaikan lagu penyanyi lain dan lagu baru masing-masing.  Idayu tampil dengan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baru, Selamanya ciptaan Amylea Azizan. Juara menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  Idayu menganggap kemenangannya adalah sesuatu yang berbaloi sepanjang penantiannya.  “Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong sepanjang 12 tahun saya berjuang dalam industri muzik,” katanya.  Selain itu, di konsert akhir berkenaan, ...

#ANUGERAH ~ Rezeki Berganda Siti Nurhaliza Selepas Umum Kehamilan

Image
ORANG kata bila berkahwin, pintu rezeki akan terbuka dengan luasnya. Sama seperti murahnya rezeki seorang ibu yang sedang hamil.  Itulah yang dirasa kini oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang baru mengumumkan berita kehamilannya itu pada Jumaat lalu.  Sehingga semalam, sudah tiga anugerah yang diterima penyanyi itu selepas berkongsi berita gembira bersama peminat.  Sabtu lalu, sehari selepas berita kandungannya disahkan, lagu duet yang dinyanyikan Siti bersama Faizal Tahir iaitu Dirgahayu telah memenangi Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 menerusi kategori Duo Terbaik . Kemudian, pada malam Anugerah Silet 2017 yang berlangsung pada Isnin lalu di Jakarta, Indonesia, sekali lagi lagu dendangan Siti memenangi hati juri.  Lagu Seluruh Cinta nyanyiannya dengan Cakra Khan diumumkan menjadi juara kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet di Anugerah Silet 2017.  Lagu itu telah berjaya mendapat tempat di hati netizen di sana kerana menjadi lagu tema b...

#ROMANTIK ~ Sejak Hamil, Datuk K Akui Siti Semakin Manja

Image
KETIKA seluruh nusantara meraikan berita kehamilan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza selepas 11 tahun berumah tangga, fokus ditumpukan kepada suaminya pula kali ini.  Akui Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, isterinya semakin manja dan gemar ‘berkepit’ sepanjang empat bulan pertama mengandung, namun katanya, sikap manja Siti itu tidaklah menjadi satu beban untuknya. ARTIKEL BERKAITAN: #TAHNIAH ~ DATUK SITI NURHALIZA SAH HAMIL 4 BULAN  Kongsi Khalid lagi, isterinya akan sering menanyakan di mana dirinya jika beliau pulang lewat sedikit daripada pejabat dan sentiasa inginkan lelaki itu dekat dengan dirinya. “Siti memang manja, malah itu sifat semula jadinya. Cuma, sejak hamil, saya perlu memberikannya lebih perhatian kerana Siti sukar berenggang dan tidak mahu kami berjauhan terlalu lama.   “Jika keluar bekerja, pada jam 4 petang, Siti pasti akan menghantar pesanan bertanya saya di mana. Bagi saya, itu perkara biasa terutama bagi seseorang yang sedang melalui fasa baharu...

#TAHNIAH ~ Pelakon Amyra Rosli, Amar Baharin timang anak lelaki

Image
PELAKON Amyra Rosli dan Amar Baharin dilaporkan menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira 12 tengah hari semalam.  Amyra dan Amar saling berkongsi berita kelahiran putera mereka di laman Instagram dengan memuat naik foto tangan bayi berkenaan.  Foto tersebut diiringi ucapan syukur dan doa memohon perlindungan untuk anak mereka. "Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami," tulis Amyra.  Amyra merupakan puteri kepada Rosli Awang, Timbalan Ketua Jurufotografi, Meja Foto Bernama. Amyra dan Amar bernikah pada 11 November 2016.  Sementara itu, Rosli ketika dihubungi berkata Amyra bersalin secara normal pada 12.07 tengah hari selepas dimasukkan ke Prince Court Medical Centre di sini pada 12 tengah malam.  Beliau turut melahirkan rasa gembira atas kelahiran cucu sulungnya itu.  “Alhamdulillah semuanya selamat berkat doa daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat Amyra dan Amar," katanya. – Bernama

#TAHNIAH ~ Datuk Siti Nurhaliza Sah Hamil 4 Bulan

Image
Sah! Penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil.  Pengesahan itu dibuat di kediaman beliau di Ampang, Selangor. Menurut Siti, kandungan beliau sudah berusia empat bulan.  Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti selepas majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup di kediamannya yang dikongsi bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa orang anak mereka.  Sebelum itu, kira-kira jam 8.45 malam, Siti memuat naik entri di Instagram untuk memberitahu tentang pengumuman tersebut.  Menerusi sesi ‘live’ tersebut, beliau juga berkata yang beliau akan membantu wanita yang senasib dengan dirinya.  Siti juga berkata beliau akan berehat dari karier nyanyiannya walaupun ada beberapa komitmen yang perlu dipenuhi beliau.  Spekulasi sudah mula bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu tentang beberapa persoalan terrmasuk perihal peribadi itu.  Siti mendirikan rumahtangga dengan usahawan, Khalid kira-kir...