#HOT ISU ~ Kesalahan Merogol Tiada Pengampunan Mudah Ke Kalau Kes Dah Lama? - Fathia Latiff

Fathia, Kesalahan Merogol Tiada Pengampunan Mudah! KALAU diikutkan, memang seminggu sekali sekurang-kurangnya Fathia Latiff akan menjadi tajuk berita dek kerana kenyataan dungunya di Twitter . Baru-baru ini, pelakon itu telah memberikan reaksi terhadap satu berita tentang hukuman yang telah dijatuhkan kepada seorang penjenayah. Seorang penganggur telah dijatuhi hukuman mati dan penjara 18 tahun serta 12 sebatan selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu di Gua Musang, Kelantan. Berasa seperti adalah satu tanggungjawab sosialnya untuk memberikan komen, Fathia menulis bahawa tidakkah undang undang boleh memberikan peluang kedua kepada individu tersebut sedangkan jenayah itu telah dilakukan lebih 3 tahun dulu. Seperti biasa, para netizen pun berbondong-bondonglah mengecam kenyataan Fathia itu kerana seakan-akan meringankan kesalahan bunuh dan rogol tersebut. Bagaimanapun, Fa...