Posts

Showing posts with the label Filem Baru

#BOX OFFICE ~ “Terima Kasih Malaysia Sebab Jumanji Laris” – The Rock

Image
LOS ANGELES – Aktor The Rock memuat naik video beliau terharu filem sekuel Jumanji berjaya disenaraikan sebagai ketiga terlaris di Malaysia walhal ia baru memasuki minggu kedua tayangan.  Malaysia ujar pelakon utama filem Jumanji: Welcome to The Jungle itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya merujuk negara Asia tenggara tersebut mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.  “Terima kasih Malaysia! #Jumanji sudah menjadi filem ketiga paling laris, mungkin juga nanti boleh jadi filem yang terlaris, siapa tahu? Saya dan Malaysia sudah ‘kenal’ lama sejak zaman saya sebagai ahli gusti dahulu.  “Malah ada beberapa aksi pertarungan (perlawanan gusti) yang tidak dapat dilupakan di Kuala Lumpur, selamanya saya berterima kasih atas sokongan anda semua,” kata The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson. Menerusi laman sosial itu, antara negara lain yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti profesional popular Amerika Syarikat sejak 1996 terse...

#PENGABDI SETAN ~ 'Pelakon' terlebih ketika rakam babak di kubur

Image
SEJAK awal pembikinan semula filem ini, ia sudah mendapat perhatian peminat genre seram bukan sahaja di Indonesia, bahkan di negara serantau lain seperti Malaysia dan Singapura.  Mengekalkan judul sama dari filem asalnya, Pengabdi Setan arahan Joko Anwar mendapat respons yang cukup positif di Indonesia semenjak mula ditayangkan 28 September lalu.  Kini filem berkenaan bakal ditayangkan di Malaysia bermula 23 November ini. Penulis yang berkesempatan menonton filem ini lebih awal tidak dapat menafikan Pengabdi Setan mengundang debaran tersendiri sejak lima minit filem ini bermula.  Tidak hanya menonton, penulis bersama teman media lain juga berkesempatan menemu bual Joko dan dua pelakon filem ini, Tara Basro dan Dimas Aditya yang turut hadir mempromosikan Pengabdi Setan di Malaysia.  Akui Joko, lokasi rumah yang digunakan di dalam filem ini merupakan rumah yang sudah ditinggalkan sejak 20 tahun lalu dan dibina pada zaman British lagi.  "Selepas berbulan-bulan m...

#FILEM BARU ~ Lakonan Zul Ariffin Berjaya, Tak Hirau Dikritik Tak Berbaju

Image
MENGHITUNG hari menantikan tanggal 12 Oktober untuk menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu oleh pembaca novel thriller , Tombiruo: Penunggu Rimba .  Bagi penulisnya sendiri, Ramlee Awang Murshid dikatakan sangat berpuas hati dengan hasil lakonan yang telah ditunjukkan oleh pelakon utama, Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Tombiruo.  Dia juga menyifatkan watak Ejim itu berada di tahap yang terbaik.  “Ejim merupakan bintang utama dalam Tombiruo. Namun begitu, dalam filem, Ejim lebih banyak berdiam tanpa dialog serta harus memakai topeng.  “Saya sendiri merasakan sukar untuk pelakon merealisasikan watak tersebut kerana Ejim harus memberikan lakonan hebat menerusi bahasa tubuh sahaja,” kata Ramlee kepada Astro Gempak . Ketika ditanyakan mengenai kritikan yang bakal diterima selepas filem ini ditayangkan, Ramlee menjawab dengan tenang dengan jawapannya yang tersendiri.  “Sukar untuk merealisasikan sebuah novel tebal dalam sebuah naskah filem berdurasi dua jam. ...

#BOX OFFICE ~ Filem Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi!

Image
SEJAK mula ditayangkan 24 Ogos lalu, filem Abang Long Fadil 2 sememangnya mendapat tempat di hati penggemar filem Melayu.  Mana tidaknya, pelakon dan watak yang dibawakan mereka menjadi sehingga mampu memikat hati anak kecil untuk menonton filem ini berulang kali.  Sehingga semalam, filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd . berjaya mengutip RM17.8 juta sekali gus mencatat rekod baru penjualan tiket tertinggi.  Dengan kutipan lebih RM100,000 yang direkodkan, filem ini berjaya membenamkan rekod RM17.7 juta yang berjaya dicapai menerusi filem Polis Evo dua tahun lalu. Khabarnya, filem yang diterajui Zizan ini masih ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara.  Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem ini menyatakan rekod ini adalah bukti industri perfileman kembali bangkit menghasilkan karya-karya yang boleh dibanggakan.  “Saya melihat kebangkitan semula filem Melayu semakin positif dengan persaingan sihat dalam kalangan pengarah muda.  “Jika dua tahun lalu, f...

#FILEM BARU ~ Sinopsis Film Annabelle: Creation (2017)

Image
Sinopsis Film Annabelle: Creation (2017)   Anda penggemar Film Horror?  Annabelle: Creation (2017) akan kembali hadir dengan cerita yang tentu saja lebih menarik. Filem ini diarahkan oleh David F. Sandberg , dan diterajui oleh para pelakon seperti: Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia, Talitha Bateman . Akan rilis (global) di bioskop mulai tanggal 11 Agustus 2017, dan di bawah ini adalah sinopsisnya: Cerita pada filem ini berfokus pada seorang pembuat boneka dan istrinya. Beberapa tahun setelah kematian putri mereka yang tragis, maka mereka memutuskan untuk membuka kembali rumahnya agar ditempati (secara tertutup) oleh seorang biarawati dan beberapa gadis dari panti asuhan. Tak lama kemudian, mereka menjadi incaran boneka misterius ciptaannya yang bernama Annabelle.   Film Annabelle: Creation (2017)  Credit: LOVEHEAVEN-07

#GEMPAR~Jackie Chan letupkan bas berhampiran Parlimen Britain

Image
Letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, London.   LONDON-BRITAIN. Penduduk dan pelancong di London kelmarin dikejutkan dengan letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, hanya beberapa meter dari bangunan Parlimen Britain.  Memetik laporan Mirror.Uk melaporkan kejadian yang berlaku pada 11.30 pagi itu bagaimanapun cuma untuk satu babak filem terbaru pelakon terkenal, Jackie Chan bertajuk The Foreigner.   Namun, terdapat penduduk London yang merasakan babak letupan bas itu kurang sensitif memandangkan sejarah 13 orang terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu pada 7 Julai 2005.  Babak di jambatan Lambeth itu tidak dimaklumkan kepada semua penduduk berhampiran menyebabkan ada yang terkejut apabila mendengar letupan tersebut.  Penduduk yang terkejut dengan kejadian itu membanjiri media sosial dengan meluahkan kemarahan terhadap kru penggambaran filem kerana tidak membuat pengumuman awal.  "Saya mahu tahu siapa yang ...

#BOX-OFFICE~Filem Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta Hari Pertama Tayangan!

Image
ANTARA babak dalam filem Mat Moto.  DI sebalik kesuraman kutipan tiket perfileman tempatan, filem Mat Moto berjaya mencatat rekod sebanyak RM1 juta walaupun baharu sehari ia ditayangkan.  Satu pencapaian yang cukup menakjubkan!  Menurut pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim, dia sama sekali tidak menyangka filem pertama arahannya berjaya mendapat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.  Pekin yang turut berlakon dalam filem itu berkata kutipan itu melebihi sasaran awal yang ditetapkan olehnya. “Datuk Yusof telefon saya pukul tiga pagi memaklumkan perkara itu dan saya hilang kata-kata apabila mendapat tahu perkara itu kerana ia jauh melebihi sasaran awal.  “Selepas mengambil kira jualan tiket sebelum filem ditayangkan kami hanya menganggarkan kutipan hari pertama RM500 ribu tetapi tidak sangka mencecah RM1 juta, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar. Filem Mat Moto arahan bersama Pekin Ibrahim dan Syafiq Yusof mula ditayangkan di pawagam bermula Khamis (14 Janu...