Posts

Showing posts with the label Allahyarham Sudirman Hj Arshad

#NOSTALGIA ~ Pementasan Kenang 25 Tahun Pemergian Sudirman

Image
GENAP 25 tahun Malaysia kehilangan mutiara seni tanah air, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad pada tahun ini.  Sebagai penghormatan dan tribute mengenang Allahyarham Sudirman, The Actors Studio Seni Teater Rakyat akan menganjurkan pementasan muzik menerusi One Thousand Million Smiles. Khabarnya, pementasan muzik ini telah dianjurkan pada tahun lalu dan dianjurkan sekali lagi kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Tambahan pula, Sudirman merupakan satu nama yang memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Disebabkan itu juga, Datuk Aznil Nawawi tekad untuk membuat persembahan seakan-akan persembahan Sudirman semasa Majlis Penutupan Sukan SEA KL2017 Ogos lalu.  Menurut laporan BH Online , kejayaan pementasan muzik pada tahun lalu membuktikan lagu dan nyanyian Sudirman masih relevan pada era ini dan sudah pasti akan menjadi sanjungan dan diingati sampai bila-bila.  Finalis Malaysian Idol , Nikki Palikat dan pemenang rancangan realiti NTV7, Audition...