Posts

Showing posts with the label Doa

#DOA ~ Mahadzir Lokman Dilaporkan Kritikal Di PPUM

Image
DATUK Mahadzir Lokman dilaporkan koma dan berada dalam keadaan kritikal di ICU, PPPUM, Petaling Jaya.- Foto Mohd Yusni Ariffin   Personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan koma dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.  Adiknya, Danial Lokman, berkata sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, dua hari lalu, keadaan abangnya tidak stabil.  "Abang ada penyakit darah tinggi dan diabetis sejak dulu. Selepas pulang dari Jakarta dua hari lalu, keadaannya kurang stabil, dia ada mengadu sakit kepala.   "Pagi tadi, dia langsung tidak bangun, dan kami terus memanggil ambulans. Sekarang abang koma dan berada pada tahap kritikal di ICU.   "Doktor beritahu, paru-parunya dijangkiti kuman," katanya kepada BH Online.  Sehubungan itu, Danial memohon kepada semua rakan abangnya untuk mendoakan kesihatannya.  Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai ber...

#DOA ~ Yazit Search Dimasukkan Ke Hospital Di Brunei Ketika Bersiap Nak Naik Pesawat

Image
"Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian.  "Pada awalnya kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat.  "Dia terus dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk mendapatkan rawatan," kata isteri kepada Yazit Ahmad yang juga bekas pemain dram kumpulan Search, Ramlah Mat. Dalam pada itu, isteri Yazit ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya itu agar dapat kembali ke Malaysia segera.  Tambah Ramlah, suaminya diberikan rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang menyebabkan dia menjadi semput. Bagaimanpun katanya, keadaan semakin stabil biarpun masih berada dalam keadaan lemah.  "Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan.  "Sepatutnya sudah boleh keluar h...