Posts

Showing posts with the label Laudya Cynthia Bella

#SYUKUR ~ Erra Fazira berlapang dada dan gembira anak dapat menerima ibu tiri

Image
Erra akui anaknya gembira dengan kehadiran ibu tiri. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI PELAKON popular Erra Fazira meluahkan rasa gembira apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal berkahwin dengan pelakon Laudya Cynthia Bella.  Erra, 42, berkata dia bersyukur dan berlapang dada apabila Emran kali pertama memperkenalkan calon isteri yang juga bakal ibu kepada anak mereka Engku Aleesya.  "Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya.   "Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut," katanya kepada Harian Metro.  Erra yang juga pelakon filem Sembilu memberitahu anaknya gembira dengan kehadiran bakal ibu tirinya itu.  "Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella. "Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingg...

#WOW ~ 'One step closer to happiness' - Bella

Image
ANTARA gambar yang dimuatnaik Bella ke akaun Instagramnya. FOTO Instagram Laudya Cynthia Bella  PERKAHWINAN pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dipercayai kian hampir.  Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella dilaporkan mengadakan majlis khatam al-Quran di kediamannya di kawasan Pasar Minggu, Jakarta Selatan, Ahad lalu.  Namun majlis yang diadakan secara tertutup membabitkan keluarga Bella hanya dikongsikan di laman Instagram milik Bella, semalam.  "One step closer to happiness.   "Ini part of the best moment in my life, proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan takdir.   "Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati. Terima kasih ya Allah," tulis Bella sambil meletakkan hashtag #BAE.   Menerusi satu lagi gambar dimuat naik, Bella turut...