Posts

Showing posts with the label Box Office

#BOX OFFICE ~ “Terima Kasih Malaysia Sebab Jumanji Laris” – The Rock

Image
LOS ANGELES – Aktor The Rock memuat naik video beliau terharu filem sekuel Jumanji berjaya disenaraikan sebagai ketiga terlaris di Malaysia walhal ia baru memasuki minggu kedua tayangan.  Malaysia ujar pelakon utama filem Jumanji: Welcome to The Jungle itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya merujuk negara Asia tenggara tersebut mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.  “Terima kasih Malaysia! #Jumanji sudah menjadi filem ketiga paling laris, mungkin juga nanti boleh jadi filem yang terlaris, siapa tahu? Saya dan Malaysia sudah ‘kenal’ lama sejak zaman saya sebagai ahli gusti dahulu.  “Malah ada beberapa aksi pertarungan (perlawanan gusti) yang tidak dapat dilupakan di Kuala Lumpur, selamanya saya berterima kasih atas sokongan anda semua,” kata The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson. Menerusi laman sosial itu, antara negara lain yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti profesional popular Amerika Syarikat sejak 1996 terse...

#BOX OFFICE ~ Filem Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi!

Image
SEJAK mula ditayangkan 24 Ogos lalu, filem Abang Long Fadil 2 sememangnya mendapat tempat di hati penggemar filem Melayu.  Mana tidaknya, pelakon dan watak yang dibawakan mereka menjadi sehingga mampu memikat hati anak kecil untuk menonton filem ini berulang kali.  Sehingga semalam, filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd . berjaya mengutip RM17.8 juta sekali gus mencatat rekod baru penjualan tiket tertinggi.  Dengan kutipan lebih RM100,000 yang direkodkan, filem ini berjaya membenamkan rekod RM17.7 juta yang berjaya dicapai menerusi filem Polis Evo dua tahun lalu. Khabarnya, filem yang diterajui Zizan ini masih ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara.  Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem ini menyatakan rekod ini adalah bukti industri perfileman kembali bangkit menghasilkan karya-karya yang boleh dibanggakan.  “Saya melihat kebangkitan semula filem Melayu semakin positif dengan persaingan sihat dalam kalangan pengarah muda.  “Jika dua tahun lalu, f...