Posts

Showing posts with the label Mira Filzah

#GOSIP PANAS ~ Zizan Razak ‘Sorok’ Kisah Cinta Dengan Mira Filzah?

Image
MAHU fokus dan dipandang kerana pencapaian karier dan bukan kerana gosip cinta semata-mata membuatkan Zizan Razak enggan membuka mulut soal cinta.  Pemilik nama sebenar Mohammad Razizan Abdul Razak ini masih belum lagi bersedia untuk bercerita mengenai hubungan rapatnya bersama dengan pelakon cantik manis, Mira Filzah. Sebelum ini, kedua-dua pasangan selebriti ini pernah digosipkan bersama selepas mereka membintangi telefilem Jula Juli Bintang Cinta.  Menurut pelakon dan pelawak yang berusia 33 tahun itu, kisah percintaannya merupakan satu perkara yang agak peribadi untuk dikongsikan kepada umum.  Bagaimanapun, beberapa tahun yang lalu, karier Zizan agak merundum sedikit selepas hubungannya bersama dengan aktres cantik, Emma Maembong terputus di tengah jalan. “Saya tidak boleh komen tentang itu, ia terlalu peribadi untuk dikongsi dengan media.   “Saya tidak mahu libatkan soal peribadi dengan kerjaya. Soal kerjaya saya boleh cerita tapi kalau cinta sudah terlal...

#HOT~Zizan bukan kekasih saya - Mira Filzah

Image
Mira Filzah   Pelakon popular, Mira Filzah menegaskan dia masih solo dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan cinta dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak.  Menafikan gosip yang mengatakan dia dilihat semakin rapat dengan pelawak itu, Mira berkata, hubungan mereka hanya sekadar teman sesama industri dan tidak lebih daripada itu.  Baru-baru ini, mereka dilihat berdua-duaan membuat laporan polis setelah pelakon Cinta Si Wedding Planner itu dikatakan terlibat dalam satu kemalangan kecil.-UTUSAN ONLINE

#Finalis APO2016: "Mira Filzah Cun", Kata Amran Fans

Image
Gambar 'Amran' bersama Mira Filzah menggunakan teknik 'superimpose'. Foto Facebook 'Amran Fans'  PETALING JAYA: Sesi pelancaran buku "The Amran Fans" di Putrajaya gamat apabila personaliti media sosial yang identitinya masih menjadi rahsia itu telah diajukan soalan cepumas oleh peminatnya mengenai ‘kegilaannya’ terhadap pelakon Mira Filzah.  Mengapa dia meminati Mira Filzah adalah antara soalan ditanya semasa sesi pelancaran buku terbitan DuBook Press sempena Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2016 (Bookerville Carnival) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari 29 Mac sehingga 3 April lalu.  Ketua Pegawai Eksekutif DuBook Press, Mutalib Uthman berkata, soalan berkenaan diajukan semasa sesi perbualan antara Amran Fans dan peminatnya menerusi telefon dan didengar tetamu yang hadir apabila pembesar suara telefon dibuka.  “Amran tak dapat hadir ke majlis pelancaran kerana tak sihat. Jadi, kami beri peluang kepada peminatnya un...