Posts

Showing posts with the label Artis Seberang

#VIDEO ~ Upiak Isil - Tak Tun Tuang (Official Music Video)

Image
Upiak - Tak Tun Tuang (Official Music Video)

#PENGABDI SETAN ~ 'Pelakon' terlebih ketika rakam babak di kubur

Image
SEJAK awal pembikinan semula filem ini, ia sudah mendapat perhatian peminat genre seram bukan sahaja di Indonesia, bahkan di negara serantau lain seperti Malaysia dan Singapura.  Mengekalkan judul sama dari filem asalnya, Pengabdi Setan arahan Joko Anwar mendapat respons yang cukup positif di Indonesia semenjak mula ditayangkan 28 September lalu.  Kini filem berkenaan bakal ditayangkan di Malaysia bermula 23 November ini. Penulis yang berkesempatan menonton filem ini lebih awal tidak dapat menafikan Pengabdi Setan mengundang debaran tersendiri sejak lima minit filem ini bermula.  Tidak hanya menonton, penulis bersama teman media lain juga berkesempatan menemu bual Joko dan dua pelakon filem ini, Tara Basro dan Dimas Aditya yang turut hadir mempromosikan Pengabdi Setan di Malaysia.  Akui Joko, lokasi rumah yang digunakan di dalam filem ini merupakan rumah yang sudah ditinggalkan sejak 20 tahun lalu dan dibina pada zaman British lagi.  "Selepas berbulan-bulan m...

#TERKINI ~ Manohara semakin langsing selepas lama menyepi

Image
NAMA Manohara Odelia Pinot pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu apabila kisah perkahwinannya dengan Tengku Muhammad Fakhry Petra menjadi perbualan hangat.  Selepas pulang ke negara kelahirannya, Manohara pernah terbabit dengan sebuah filem yang menceritakan kisah peribadinya pada tahun 2009.  Selepas itu, Manohara mula menyepi dan hanya sesekali muncul di khalayak.  Kini, Manohara, 25, merupakan salah seorang bintang Indonesia yang mengalami transformasi penampilan secara positif.  Penampilannya tampak begitu langsing bak seorang model dan begitu berbeza dari masa awal-awal namanya menjadi sebutan.  Tidak ada diet spesifik, namun menurut Kapanlagi.com.  Manohara hanya mengamalkan senaman dan hanya memakan sayur untuk memastikan tubuhnya langsing. - www.kapanlagi.com

#SYUKUR ~ Erra Fazira berlapang dada dan gembira anak dapat menerima ibu tiri

Image
Erra akui anaknya gembira dengan kehadiran ibu tiri. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI PELAKON popular Erra Fazira meluahkan rasa gembira apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal berkahwin dengan pelakon Laudya Cynthia Bella.  Erra, 42, berkata dia bersyukur dan berlapang dada apabila Emran kali pertama memperkenalkan calon isteri yang juga bakal ibu kepada anak mereka Engku Aleesya.  "Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya.   "Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut," katanya kepada Harian Metro.  Erra yang juga pelakon filem Sembilu memberitahu anaknya gembira dengan kehadiran bakal ibu tirinya itu.  "Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella. "Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingg...

#WOW ~ 'One step closer to happiness' - Bella

Image
ANTARA gambar yang dimuatnaik Bella ke akaun Instagramnya. FOTO Instagram Laudya Cynthia Bella  PERKAHWINAN pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dipercayai kian hampir.  Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella dilaporkan mengadakan majlis khatam al-Quran di kediamannya di kawasan Pasar Minggu, Jakarta Selatan, Ahad lalu.  Namun majlis yang diadakan secara tertutup membabitkan keluarga Bella hanya dikongsikan di laman Instagram milik Bella, semalam.  "One step closer to happiness.   "Ini part of the best moment in my life, proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan takdir.   "Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati. Terima kasih ya Allah," tulis Bella sambil meletakkan hashtag #BAE.   Menerusi satu lagi gambar dimuat naik, Bella turut...

#WOW HEBAT ~ Princess Syahrini Dan Queen DSV Bakal Bergabung Satu Konsert

Image
USAHAWAN produk kecantikan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mempunyai berita baik buat peminat!  Vida memasang hasrat untuk bekerjasama dengan artis sensasi dari Indonesia, Syahrini.  Untuk makluman, Syahrini baru sahaja mengadakan persembahan di Konsert Nova 2017 yang berlangsung pada 5 Ogos lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.  Namun ramai teruja dengan kisah aktres cantik ini apabila berjaya meraih tumpuan netizen dengan perkongsian gaya hidup mewahnya. Justeru Vida dilaporkan berasa amat teruja berikutan dapat bertemu dengan Syahrini ketika konsert tersebut dan baru-baru ini kedua-dua diva ini bercadang untuk mengadakan konsert duet.  Konsert tersebut bakal diadakan di Istana Budaya. Kenyataan itu diakui oleh Syahrini sendiri di mana dia akan datang ke Malaysia sekali lagi untuk mengadakan konsert duet bersama pengasas kosmetik itu.  “Kepada semua peminat Dato Seri Vida, aku akan datang sekali ke Kua...

#TERUJA~Siti Liza Terkejut Terima Ucapan Daripada Siti Nurhaliza

Image
Siti Liza   PENYANYI Indonesia Siti Liza menzahirkan rasa terharu dan gembira apabila menerima hadiah paling bermakna dalam hidupnya iaitu ucapan daripada penyanyi kesayangannya Datuk Siti Nurhaliza.   Seperti dilapor Detik Hot, penyanyi lagu Dua Hati yang menyambut kelahiran ke 28 pada 27 April itu terkejut apabila seorang penyanyi terkenal menerusi laman sosial Instagram menyanyikan lagu hari jadi kepadanya.  Siti Nurhaliza   "Hadiah paling istimewa buat saya tahun ini ialah menerima ucapan hari lahir daripada idola saya Siti Nurhaliza menerusi Instagram .  "Saya gembira dan menjerit ketika menerima kiriman itu.  Saya juga menontonnya beberapa kali kerana seperti tidak percaya dan ini merupakan video terindah dalam hidup saya," ujarnya.  Siti Liza merupakan penyanyi yang terlalu menggagumi Siti Nurhaliza daripada segi suara dan tingkah laku wanita itu.[mStar]

#HOT~Benarkah Julia Perez Botakkan Kepala Sebab Stres Bercerai?

Image
JIKA ditanyakan kepada kebanyakan wanita normal pasti mereka tidak sanggup untuk membotakkan kepala masing-masing walau demi tujuan apa pun.  Namun, berlainan pula halnya dengan selebriti kontroversi Indonesia, Julia Perez yang tidak kisah untuk menogelkan mahkotanya demi menyatakan sokongan terhadap pesakit kanser.  Pada mulanya, ramai peminat tempatan membuat andaian bahawa dia sengaja membotakkan kepala disebabkan kecewa dengan hal rumah tangga yang terkandas tengah jalan.  “Saya botak bukan untuk mencipta kontroversi dan juga bukan kerana stres dengan penceraian. Tujuan saya adalah sebagai sokongan untuk pesakit kanser, khususnya untuk pesakit wanita,” katanya.  Tidak hairanlah Julia Perez atau Jupe bertekad untuk membotakkan kepalanya demi sokongan moral kepada pesakit kanser kerana sebelum ini dia juga pernah menghidap kanser serviks namun telah disahkan bebas penyakit itu baru-baru ini.  “Saya botakkan kepala sebagai sokongan moral buat wanita yang menghi...

#PENGAKUAN~Marshanda mengaku pengemis itu adalah bapanya

Image
ARTIS popular Indonesia, Marshanda mengakui pengemis yang ditemui baru-baru ini adalah bapanya.  Menurut Marshanda, dia berasa gembira kerana dapat bertemu semula dengan bapanya itu selepas berpisah sejak dua tahun lalu tidak lama selepas dia bercerai dengan bekas suaminya.  “Selepas bercerai saya menukar nombor telefon menyebabkan saya hilang nombor telefon papa.  Marshanda berkata, hubungan dia dengan bapanya, Irwan Yusuf, 49, renggang sejak belasan tahun lalu selepas lelaki itu bercerai dengan ibunya.  “Saya tidak malu kerana ini adalah cerita lama dalam keluarga saya.  “Selepas dua tahun berpisah, saya gembira kerana dapat bertemu semula dengan papa,” katanya  [ARTIKEL BERKAITAN: Ayah artis terkemuka hidup mengemis ]   Sebelum itu, seorang gelandangan yang sudah lama menetap di kaki lima berhampiran daerah JI Bangka, Jakarta Selatan, Irwan Yusuf, mengaku sebagai ayah kandung kepada artis terkemuka Indonesia, Marshanda atau lebih dikenali sebag...

#GOSIP PANAS~Ayah artis terkemuka hidup mengemis?

Image
Foto lelaki berkenaan dikatakan mirip dengan ayah kandung Marshanda – Foto detik.com  SEORANG gelandangan yang sudah lama menetap di kaki lima berhampiran daerah JI Bangka, Jakarta Selatan, Irwan Yusuf, mengaku sebagai ayah kandung kepada artis terkemuka Indonesia, Marshanda atau lebih dikenali sebagai Chacha.  Difahamkan, Irwan ditahan oleh petugas Pelayanan, Pengawasan, dan Pengendalian Sosial (P3S) Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan ketika tengah mengemis di Jalan Bangka, Jakar Selatan pada Jumaat lalu.  “Ketika kami menahannya, masyarakat di sekitar memaklumkan dia sudah lama mengemis di daerah tersebut,” kata Ketua Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan, Mursyidin seperti dipetik oleh detik.com.  Buat masa ini, Irwan dibawa ke Panti Sosial Bina Insan Bangun Daya, Cipayung, Jakarta Timur bagi mendapat rawatan sementara menunggu ahli keluarga terdekat untuk membawanya pulang.  Hingga kini, masih belum ada sebarang pengesahan dari pihak Marshanda mengenai perkara te...