Posts

Showing posts with the label Yazid Search

#PANAS~Search Beri Masa 48 Jam Untuk Yazit Tarik Semula Laporan Polis

Image
Amy (dua, kiri) bersama peguam Yusmadi Yusof (tengah) ketika sidang media berhubung tindakan ahli kumpulannya iaitu Yazit membuat laporan polis atas tuduhan pecah amanah kumpulan itu. -fotoTHESTAR/ArtChen   KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search iaitu Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman memberi tempoh selama 48 jam untuk pemain dram kumpulan itu Yazit Ahmad agar menarik balik laporan polis atas dakwaan pecah amanah terhadap kumpulan mereka.  Amy, 57, berkata, mereka turut menuntut Yazit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dakwaan buruk yang dianggap fitnah dan tidak berasas itu.  "Kami memberi tempoh 48 jam untuk Yazit menarik laporan polis yang dibuat pada 4 Mei lalu yang mendakwa terdapat pecah amanah dalam konsert Search 35 tahun yang bakal berlangsung 30 Ogos depan.  "Apa yang dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya menuntut dia meminta maaf secara terbuka atas fitnah berkenaan," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu. ...