Posts

Showing posts with the label Sharifah Haslinda

#ALFATIHAH ~ Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang

Image
SALAM takziah diucapkan kepada tiga pelakon popular, Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah di atas pemergian bapa tersayang.  Bapa mereka, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati meninggal dunia kira-kira jam 9.15 malam semalam, di Hospital Ampang.  Berita sedih itu dikongsikan oleh Shahirah menerusi Instagram (IG)nya.  "Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke Rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak2 dan sanak saudara.   "Semoga roh dicucuri rahmat. AlFatihah," tulisnya.  Menurutnya, jenazah bapa mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, jam 10 pagi hari ini.  "Jenazah sekarang berada di rumah saya, Taman Melawati. "Besok akan di kebumikan, insya-ALLAH bersebelahan dengan kubur arwah Mak Esah di perkuburan Klang Gate pukul 10 pagi," tulisnya lagi.  Pada kesempatan itu, Shahira turut merakamkan ucapan penghargaan di at...

#HOT~Sharifah Haslinda tarik balik permohonan cerai

Image
PELAKON Sharifah Haslinda menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.  Notis penarikan balik itu difailkan melalui peguamnya Ummi Kartini Abd Latif di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.  Pada prosiding sebutan kes itu, Sharifah Haslinda dan Reezal Marican tidak hadir ke mahkamah.  Ummi Kartini memaklumkan, anak guamnya berhasrat untuk menarik balik permohonan cerai itu kerana sedang meneruskan perbincangan lanjut dengan defendan (suami).  Ummi Kartini berkata, plaintif berhasrat menarik semula kes itu dan telah memaklumkan defendan mengenai perkara tersebut.  "Plaintif berhasrat untuk menarik semula kes dengan kebebasan untuk memfailkan semula," katanya.  Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin kemudiannya meluluskan permohonan palintif mengikut Seksyen 96 Akta Tatacara Mal 2003 dengan kebebasan untuk memfailkan semula namun atas alasan dan fakta yang berbeza.  ...