Posts

Showing posts with the label APO2016

#KELAKAR~Finalis APO2016: Amran Fans Teringin Naik Pentas

Image
PETALING JAYA: Selebriti media sosial, Amran Fans berharap peminat dan ‘pembencinya’ di media sosial dapat merealisasikan impiannya untuk ‘beraksi’ di pentas berprestij Anugerah Pilihan Online (APO2016) pada hujung bulan ini.  Menurut Amran yang mempunyai hampir sejuta pengikut di Facebook, dia sudah lama mengidamkan peluang untuk mengulangi kejayaannya selepas yang terakhir ketika memenangi acara lumba lari di sekolah.  “Bagilah peluang untuk Amran menang (APO2016). Dulu kecil-kecil dekat sekolah Amran pernah menang lumba lari 100 meter saja.  "Dapat pingat emas celup. Itu pun sebab kawan Amran lupa bawa bekal air untuk dia minum, habis dia semput,” katanya kepada mStar Online. Beberapa gambar 'Amran' menggunakan teknik superimpose. -Foto Facebook Amran Fans  Tambah Amran yang identitinya masih menjadi rahsia itu lagi, dia amat memerlukan undi orang ramai bagi melayakkannya menang dalam kategori Selebriti Media Sosial Pilihan Online.  “Anda semua tak kesian de...

#APO2016~ Ikon Fesyen Kasut,Jimmy Choo Bakal Meriahkan Majlis

Image
KUALA LUMPUR: Malam Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ikon fesyen, Datuk Dr Jimmy Choo.  Pereka kasut terkemuka itu berkata beliau begitu teruja untuk bersama memeriahkan malam kemuncak acara tersebut kerana ia akan mengetengahkan bakat baharu di negara ini.  "Saya sentiasa menyokong bakat-bakat baharu. Anak-anak muda perlu diberi peluang dan saya sememangnya menyokong APO 2016.  "Ini adalah satu projek baharu kerana ia merangkumi bukan sahaja bidang muzik tetapi juga elemen media sosial," katanya. Choo mengulas mengenai acara anjuran mStar Online bersama Suria FM.  Menurut beliau, pasaran Bahasa Malaysia lebih luas dan percaya radio dan portal berita secara dalam talian itu berada pada landasan yang betul.  "Memandangkan ia disiarkan secara langsung oleh RTM, gabungan tenaga kerja itu akan membantu bakat baharu meraih penonton yang lebih luas," katanya. ...

#Finalis APO2016: "Mira Filzah Cun", Kata Amran Fans

Image
Gambar 'Amran' bersama Mira Filzah menggunakan teknik 'superimpose'. Foto Facebook 'Amran Fans'  PETALING JAYA: Sesi pelancaran buku "The Amran Fans" di Putrajaya gamat apabila personaliti media sosial yang identitinya masih menjadi rahsia itu telah diajukan soalan cepumas oleh peminatnya mengenai ‘kegilaannya’ terhadap pelakon Mira Filzah.  Mengapa dia meminati Mira Filzah adalah antara soalan ditanya semasa sesi pelancaran buku terbitan DuBook Press sempena Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2016 (Bookerville Carnival) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari 29 Mac sehingga 3 April lalu.  Ketua Pegawai Eksekutif DuBook Press, Mutalib Uthman berkata, soalan berkenaan diajukan semasa sesi perbualan antara Amran Fans dan peminatnya menerusi telefon dan didengar tetamu yang hadir apabila pembesar suara telefon dibuka.  “Amran tak dapat hadir ke majlis pelancaran kerana tak sihat. Jadi, kami beri peluang kepada peminatnya un...

#CONTEST~Pengumuman finalis Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) berlangsung meriah

Image
PETALING JAYA: Majlis pengumuman finalis Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) berlangsung meriah dengan kehadiran selebriti dan personaliti tempatan yang berjaya mencipta nama menerusi medium digital.  Kehangatan majlis yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf penggiat industri hiburan dan personaliti gaya hidup dan bintang sukan isu diserikan dengan persembahan artis seperti Dayang Nurfaizah, Hazama, Ippo Hafiz dan Sufi AF 2015.  Sejak tempoh pencalonan dibuka bermula 3 Mac dan berakhir 30 Mac, APO2016 yang dijayakan portal mStar Online dan stesen radio Suria FM menerima 120,000 undian pencalonan. Hafiz Suip sempat melayan permintaan peminat untuk bergambar.  Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut ialah Hafiz Suip, Janna Nick, Syamel AF2015 One Forteen.  Selain itu antara personaliti gaya hidup yang turut hadir ialah Chef Azli Razali, Chef Adu Amran, Chef Nik Michael, penulis blog Ben Ashaari serta ikon Instagram, Luqman Podolski.  Hadir sama i...