Posts

Showing posts with the label Gosip Panas

#SPEKULASI ~ Apa ada Elfira Loy -Asyraff Mazlan?

Image
Elfira dan Mazlan   IKATAN pertunangan yang terlerai antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi terus menjadi perbualan netizen apabila satu persatu spekulasi mengenai hubungan mereka sebelum ini diperkatakan.  Terbaru, keterbukaan seorang lelaki bernama Asyraff Mazlan berkongsi beberapa gambar dan videonya bersama pelakon dan pengacara kecil molek itu, baik semasa mereka menunaikan ibadah umrah awal bulan lalu dan terbaru, ketika sambutan hari jadinya baru-baru ini menarik perhatian netizen.  Biarpun tidak keluar berdua kerana turut ditemani Nurul Ezzlisa Loy, namun ramai yang membuat spekulasi, lelaki tersebut kini istimewa di hati Elfira. arif_aziz07 Ni ke sbb elfira putus tunang?  mufid.official Doa yg baik baik semoga jadi Tidak kurang juga, ada sesetengah netizen bertindak berani dengan tagged nama Sufian di gambar tersebut.  sania_atkins perlu ke nak tag dia? Hormat la perasan Sufian. Hormat jugak tuan IG ni.   Dalam pada itu, Elfira dan Suf...

#OWHH ~ 'Kalau makan aiskrim memanglah kena begitu...' : Kak KM

Image
Aksi makan aiskrim Kak KM bersama Iqram Dinzly yang mendapat kecaman   KERAP tampil dengan aksi ghairah, pengasas produk kecantikan, Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM mengakui sudah ‘masak’ dengan kecaman netizen.  Bahkan, anak kepada artis veteran, Normah Damanhuri ini lebih selesa untuk tidak mengambil pusing setiap kata-kata yang dilemparkan netizen.  “Saya dah banyak kali kena kecam. Jadi, saya memang dah tak ada rasa apa-apa. Saya pun malas nak layan,” katanya pada Sinar Harian.  Terbaru, pemilik produk jamu kecantikan, Sweet Dara ini memuat naik video sedang makan aiskrim bersama pelakon, Iqram Dinzly dalam aksi yang dianggap menggiurkan sehingga diselar netizen.  Video berdurasi 60 saat itu dipercayai dirakamkan ketika mereka mengunjungi majlis malam berinai, Betty Rahmad di Kuala Lumpur.  “Sebenarnya, kita memang tak rancang pun nak buat video macam itu. Tapi, biasalah kalau makan aiskrim memanglah kena begitu,” katanya. ...

#HOT ~ Farid Kamil dakwa dianiaya, tiga rakan artis beri dadah?

Image
PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil mendakwa telah dianiaya oleh tiga rakan artis yang memberinya minuman bercampur dadah sehingga dia hilang kawalan dalam kejadian yang berlaku di Balai Polis Kota Damansara, bulan lalu.  Memetik laporan Malay Mail, tiga artis yang dimaksudkan adalah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.  Selain diberikan minuman yang telah bercampur dengan dadah, Farid juga mendakwa diberikan rokok bersalut dengan cecair yang tidak dikenalpasti sehingga berasa khayal.  Farid juga mendakwa kekerasan dilakukan terhadapnya oleh pihak polis semasa dalam tahanan reman. Farid turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan pada dirinya.  Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya.  Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan Farid telah membuat laporan rasmi.  “Farid membuat la...

#GOSIP PANAS ~ Drama Kekasih Paksa Rela tidak promosi pedofilia - Intan Najuwa

Image
Intan Najuwa kini mencipta nama menerusi drama rantaian, Kekasih Paksa Rela.   KUALA LUMPUR - Pelakon, Intan Najuwa menegaskan drama rantaian lakonannya, Kekasih Paksa Rela tidak mempromosi jenayah pedofilia seperti yang dibincangkan peminat menerusi ruangan Instagram. Sebaliknya, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, berkata, drama adaptasi novel berjudul sama tersebut mengangkat sisi positif poligami dalam kalangan golongan muda pada masa kini.  “Benar, saya melakonkan watak seorang pelajar tingkatan enam yang berkahwin dengan lelaki berusia.  Tetapi, fokus utama drama Kekasih Paksa Rela adalah berkenaan isu poligami,”   “Pada pendapat saya, drama ini mempunyai mesej yang sangat positif dan memberikan kefahaman kepada penonton tentang nilai-nilai murni menerusi poligami,” katanya ketika dihubungi Kosmo!  .  Dalam pada itu, Intan berkata, watak yang dijayakannya dalam drama tersebut, Hanan Khaira bukanlah watak pelajar perem...

#PANAS ~ Penerbit tak gentar ugutan saman Farid Kamil

Image
Penerbit dan novelis popular tanah air, Siti Rosmizah Semail (gambar) tidak teragak-agak untuk menyaman aktor, Datuk Farid Kamil yang didakwa melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu (LKC) .  Siti Rosmizah mendakwa, sikap tidak berdisiplin aktor terbabit menyebabkan beliau mengalami kerugian ketika menghasilkan drama arahan Jalena Rejab dan Along Kamaluddin itu.  "Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran.  Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.   "Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu.  Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa. "Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya d...

#GOSIP PANAS ~ Fattzura Sudah Tunang 13 Nov Lalu, Bakal Nikah Masa Terdekat

Image
TEKA-TEKI mengenai spekulasi ‘pernikahan’ pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura beberapa hari lalu akhirnya terjawab.  Pasangan tonggak utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini mendedahkan bahawa mereka masih belum bernikah, tetapi sudah bertunang pada 13 November lalu.  Bagaimanapun, pasangan tersebut turut mengesahkan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. Perkara tersebut telah diumumkan dalam satu sidang media rasmi yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang, semalam.  Dalam pada itu, Fazura memberitahu beliau mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak media yang tidak bertanggungjawab telah menyiarkan gambar rumah keluarganya baru-baru ini. Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan berita kononnya pasangan ini ‘bernikah’ dalam diam pada malam Selasa lalu.  Beberapa media melaporkan, majlis tersebut hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat pasangan pelakon ini sahaja.  Bagaimanapun, perkara itu ...

#GOSIP PANAS ~ Zizan Razak ‘Sorok’ Kisah Cinta Dengan Mira Filzah?

Image
MAHU fokus dan dipandang kerana pencapaian karier dan bukan kerana gosip cinta semata-mata membuatkan Zizan Razak enggan membuka mulut soal cinta.  Pemilik nama sebenar Mohammad Razizan Abdul Razak ini masih belum lagi bersedia untuk bercerita mengenai hubungan rapatnya bersama dengan pelakon cantik manis, Mira Filzah. Sebelum ini, kedua-dua pasangan selebriti ini pernah digosipkan bersama selepas mereka membintangi telefilem Jula Juli Bintang Cinta.  Menurut pelakon dan pelawak yang berusia 33 tahun itu, kisah percintaannya merupakan satu perkara yang agak peribadi untuk dikongsikan kepada umum.  Bagaimanapun, beberapa tahun yang lalu, karier Zizan agak merundum sedikit selepas hubungannya bersama dengan aktres cantik, Emma Maembong terputus di tengah jalan. “Saya tidak boleh komen tentang itu, ia terlalu peribadi untuk dikongsi dengan media.   “Saya tidak mahu libatkan soal peribadi dengan kerjaya. Soal kerjaya saya boleh cerita tapi kalau cinta sudah terlal...

#GOSIP PANAS ~ Siapa Anis Al-Idrus,Hafiz Hamidun Dah Ada Pasangan Baru?

Image
Bakal muncul dengan single terbaru ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun,pelakon Anis Al-Idrus akui sedia terima apa jua kontroversi yang timbul.Anis memberitahu single keduanya berjudul Tak Guna itu mengisahkan mengenai luahan hati seorang kepada kekasihnya dalam percintaan.  “Lirik itu ditulis sepenuhnya oleh Hafiz, saya tahu ia akan timbul pelbagai persoalan mengenai kisahnya.  “Apa yang saya tahu, ia merupakan luahan hati seseorang kepada kekasihnya yang menghadapi konflik dalam percintaan.   “Kisah selanjutnya, saya harap peminat boleh tunggu bila ia dilancarkan pada penghujung tahun ini.   “Saya sudah bersedia apa sahaja kontroversi yang mungkin akan terpalit kepada saya. “Lagu itu sudah dirakamkan dan saya harap boleh diterima ramai,” katanya kepada Astro Gempak.  “Kalau tanya sekarang apa yang saya fokus, saya sedang fokus dalam semua bidang iaitu lakonan, pengacaraan, nyanyian dan perniagaan.   “Saya seorang yang kuat bekerja dan saya ...

#PANAS ~ Shahir gagal jelaskan sewa kereta mewah?

Image
SEJAK akhir-akhir ini, namanya terus menjadi siulan. Bukan hanya kemunculannya semula dalam arena seni hiburan tempatan, malah namanya ‘panas’ dek kerana kontroversi yang menghambat jejaka ini.  Jika beberapa hari lalu, seorang wanita memuat naik mengenai Shahir yang dikatakan masih berhutang dengannya sejak beberapa tahun lalu, kini seorang lelaki turut memuat naik mesej perbualan antaranya dengan Shahir yang memintanya menjelaskan hutang sewa kereta berjumlah RM24,000.  Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir atau nama sebenarnya Shahir Zawawi terpalit kontroversi terbaru ini apabila dikatakan berhutang kereta mewah yang disewanya sejak lima bulan lalu.  Memetik ruangan komen di laman sosial Facebook pemilik kereta terbabit, rata-rata kenalannya bertanyakan jenis kereta yang disewa Shahir namun enggan didedahkannya.  “Kereta ape tu biarlah rahsia. Tapi kereta mewahla, dia dah sewa lima bulan tapi baru bayar sebulan, so ada lagi RM24,000 dia hutang. Haah nak...

#GOSIP PANAS ~ “Doa Yang Baik, Kalau Ada Jodoh Apa Salahnya” – Fazura

Image
NAMPAKNYA demam Fattzura masih belum reda lagi dalam kalangan peminat drama Hero Seorang Cinderella (HSC) .  Hubungan rapat yang terjalin sejak tujuh bulan lalu membuatkan ramai peminat berteka-teki mengenai status hubungan kedua-duanya.  Terbaharu, ada khabar angin mengatakan yang Fattah dan Fazura bakal melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 13 November ni! Betul ke ni nak bertunang dah?  Bagi pelakon cantik Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, dia langsung tidak menolak jika sudah tertulis bahawa jodohnya memang untuk bersama dengan Fattah. Doa yang diberikan oleh peminat sangat diharapkan oleh pelakon dan penyanyi berusia 34 tahun itu kerana apa yang terjadi itu langsung tidak memerikan tekanan kepada dirinya.  “Saya okey sahaja dengan kata-kata peminat. Itu adalah satu doa yang baik, bukannya sesuatu yang buruk.  Jadi tidak salah saya menerima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, apa salahnya.   “Keberkesanan gandingan kami berdua dalam HSC...

#GOSIP PANAS ~ Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru Datuk Seri Vida?

Image
BELUM sampai setahun kembali solo sejak 7 April lalu, Datuk Seri Vida (DSV) kini dilanda kontroversi apabila dikaitkan ada hubungan rapat dengan seorang pemuda berusia 20-an.  Keakraban antara mereka berdua yang tengah tular menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.  Apa lagi melucukan, terdapat segelintir pihak yang mengatakan lelaki kacak berkenaan adalah ‘scandal’ dan ‘anak ikan’ baharu bagi DSV.  Hamboi hamboi hamboi… Bukan main lagi yer…  Sedih akan perkara itu, pemuda dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi penjelasan sekali gus membuat penafian terhadap dakwaan kononnya dia sebagai ‘anak ikan’ baru DSV. “Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari saya hanya dapat tidur selepas waktu subuh.   “Saya tidak pelik sekiranya timbul kata-kata seperti saya ini bakal suami DSV kerana kami mem...

#TAHNIAH ~ Aishah Akui Kahwin Lagi Lepas 3 Kali Bercerai

Image
RASANYA nama penyanyi lagu Janji Manismu seakan-akan ‘hilang’ daripada industri hiburan tanah air buat beberapa ketika.  Namun, baru-baru ini nama Aishah kembali disebut-sebut apabila membuat kejutan menjadi antara 12 peserta program Gegar Vaganza musim keempat yang akan bermula pada 29 Oktober ini.  Dalam pada itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengakui sudah mendirikan rumah tangga pada tahun ini selepas berpisah dengan suami ketiganya pada 2011 yang lalu.  Biarpun begitu, penyanyi ini enggan memberi ulasan lanjut mengenai perkahwinan terbarunya itu.  “Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya dipetik laporan mStar Online.  Mengenai program pertandingan realiti yang disertainya itu, Aishah menyatakan dia mendapat sokongan dan galakan daripada suaminya sendiri. Bagaimanapun, penyanyi ini mengharapkan tiada pihak yang mencampur aduk kerjaya seninya dengan penglibatannya dalam bidang p...

#VIRAL ~ Eyka Farhana Terkejut Video Lucah Tersebar Dikaitkan Dengannya

Image
PELAKON filem Juvana 2 , Eyka Farhana dikatakan berang apabila namanya dikaitkan dengan sebuah penyebaran video lucah yang viral di laman sosial sejak Julai lepas.  Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mengakui amat terkejut akan kejadian tersebut.  Pelakon ini mula menyedari perkara berkenaan selepas ditanya oleh beberapa orang rakan yang ingin mendapatkan kesahihan mengenai video tersebut.  “Itu bukan saya…Saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.   “Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain.   “Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,” ujarnya memetik mStar Online. Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini. Saya masih waras dan belum lagi 'GILA' untuk m...

#GOSIP PANAS ~ Fasha Sandha Jadi DJ Club?

Image
Oleh: Paparazi myMetro  Rabu petang, Papa diajak seorang teman ke sebuah pusat hiburan sekitar TRec, Kuala Lumpur. Katanya ada kejutan!  Dalam hati Papa, apa hal dia ni sakit ke ajak pergi kelab petang-petang hari kala semua orang dok sibuk bekerja. Biasanya ke kelab apabila tengah malam nak masuk esok pagi. Apa yang buat Papa lagi jadi biol, katanya ada kejutan! Aikkkk ulang tahun kelahiran Papa lambat lagi. Tapi kawan punya pasal, Papa ikutlah dia sekejap. Masuk saja dalam pusat hiburan berkenaan Papa nampak seorang perempuan cantik tengah dok spin baik punya dekat area DJ.  Muka memang biasa Papa tengok. Bila Papa melihatnya pada jarak dekat, la..Fasha Sandha ke? Aikkk dah tukar ‘profesion’ ke sis?  Baru nak timbul syak wasangka tapi nasib baik belum jatuh fitnah, Papa dikejutkan dengan suara lelaki melaungkan ‘cut’ menggunakan hailer dengan kuatnya!  Opps! berlakon rupanya. Adoi suspens betul. Jadi Papa terus risik-risik apa yang sedang berlaku. Rupa-rupan...