#GOSIP PANAS ~ Drama Kekasih Paksa Rela tidak promosi pedofilia - Intan Najuwa
Intan Najuwa kini mencipta nama menerusi drama rantaian, Kekasih Paksa Rela.
Sebaliknya, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, berkata, drama adaptasi novel berjudul sama tersebut mengangkat sisi positif poligami dalam kalangan golongan muda pada masa kini.
“Benar, saya melakonkan watak seorang pelajar tingkatan enam yang berkahwin dengan lelaki berusia.
Tetapi, fokus utama drama Kekasih Paksa Rela adalah berkenaan isu poligami,”
“Pada pendapat saya, drama ini mempunyai mesej yang sangat positif dan memberikan kefahaman kepada penonton tentang nilai-nilai murni menerusi poligami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! .
Dalam pada itu, Intan berkata, watak yang dijayakannya dalam drama tersebut, Hanan Khaira bukanlah watak pelajar perempuan bawah umur.
“Saya tidak lihat drama ini mempromosikan jenayah pedofilia kerana watak yang saya jayakan merupakan seorang gadis berusia 19 tahun yang sedang menuntut di tingkatan enam.
“Jadi, tidak timbul isu bahawa drama ini mengalakkan jenayah pedofilia,” katanya lagi.[K!Online]