#HOT~"Gila Ke Saya Pakai Seluar Koyak Tapi Bertudung?" - Che Ta
Rozita enggan layan komen negatif peminat laman sosial. PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menegaskan dia memahami apa yang dilakukan selama ini khususnya mengenai cara berpakaian yang sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung. Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 44, berkata, dia enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur cara berpakaian dan hanya mencari kesilapannya semata-mata. ARTIKEL BERKAITAN: #PANAS~Che Ta Dikecam Netizen Kerana Memakai Jeans Koyak Di Lutut Pula "Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini. "Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat... itu yang penting," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Foto yang menerima kritikan di laman Instagram Rozita Che Wan. Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas dikritik netizen gara-gara satu gambar yang dimuat naik di Instagram pada malam Is...