#HOT~"Gila Ke Saya Pakai Seluar Koyak Tapi Bertudung?" - Che Ta
Rozita enggan layan komen negatif peminat laman sosial.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 44, berkata, dia enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur cara berpakaian dan hanya mencari kesilapannya semata-mata.
ARTIKEL BERKAITAN:#PANAS~Che Ta Dikecam Netizen Kerana Memakai Jeans Koyak Di Lutut Pula
"Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung?
Saya malas hendak jawab tentang perkara ini.
"Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat... itu yang penting," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Foto yang menerima kritikan di laman Instagram Rozita Che Wan.
Dalam gambar terbabit kelihatan Rozita memakai seluar jean yang koyak di bahagian lutut sambil memegang sebuah beg tangan.
Foto tersebut menerima 744 komen yang rata-rata memberi nasihat kepadanya dengan 6,060 likes daripada dua juta pengikut di Instagram.
Dalam pada itu, Rozita, perkara tersebut bukanlah kali pertama dikecam oleh pengguna laman sosial berkaitan isu pemakaian.
"Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul.
Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka," ujar Rozita yang mengesahkan dia mengenakan legging atau sarung betis sebelum memakai jean koyak berkenaan.[mStar]